Wednesday 26 June 2013

DARI NAZA CITRA KE TOYOTA INNOVA

Dari Naza Citra ke Toyota Innova




my ex Naza Citra
Naza Citra merupakan sebuah kete 2000cc yang pertama kami beli pada 2006 sebelum bertukar kepada Toyota Innova dengan cc yang sama, masa tu keperluan utk sebuah MPV begitu mendesak, dengan harga 84k, Enjin berkapasiti 2.0, seat Kulit, ada Sunroof, ABS, Airbag, EDB, DVD Monitor screen...ia megujakan aku dan isteri....lagipun pada masa tu Proton baru buat r&d nak keluarkan MPV, selain Avanza yang pada pandangan aku kurengg...Nissan Grand Livina pesaing terdekat pada masa tu tak memberikan aksesori dan ciri-ciri mpv yang aku idamkan pada harga yang berpatutan....Sunroof banyak sekali manfaatnya bagi kami yang selalu drive pulang ke Perak pada waktu malam...at least kalau aku letih masa rest kat R&R....tak yah nak on aircond...bukak je sunroof dan sikit cermin....InsyaAllah selamat....

Interior Toyota Innova G spec

2.0 ccvt 16v dohc

Interior Naza Citra

Naza Citra @ Kia Caren nie buatan Korea cuma pasang je kat Malaysia and next tukar nama....kemasan dalaman sederhana....tak semewah Kereta Jepun,..tapi dari segi handling dan suspension memang baik....meratah selekoh memang best....ergonomik untuk perjalanan jauh....releks..Kualiti atas sikit berbanding proton...x de pun masalah power window mcm proton Wira kami dulu....Enjin dengan kuasa kuda 138...pickup boleh tahan kalau nak banding Toyota Innova...Naza lagi kuat daya kilasnya...tapi top speed menang kat Toyota...confirm!!! aku pernah test Toyota Innova aku sehingga 190km/h....Naza Citra takat 160km/h dah bunyi lain macam.....

Kemasan Kulit & Arm rest utk keselesaan

dvd dan monitor screen untuk hiburan
Penggunaan minyak tentulah teknologi VVTi Toyota yang mengungguli......bila drive Toyota Innova ni baru aku perasan yang Naza Citra kami tu kuat penggunannya minyaknya.....aku pun tak faham mana fungsinya teknologi CVVT pada Naza tu....entah2 korea tak bagi kot.....selepas model Citra Rondo keluar barulah teknologi CVVT tu betul2 menjimatkan minyak Citra .....Kenapa kami tak ambil Toyota Innova awal2 dulu...sebabnya senang jek....masa tu reka bentuknya kureng sikit berbanding new facelift...kemudian harga full spec Toyota Inonva pada masa tu 109k...kami belum mampu.....

Walaupun tak ada sunroof, dvd lcd monitor, dan leather seat.....reability enjin Toyota sudah memadai...ditambah dengan ruang dalaman dan bagasi yang luas.....cuma kadang-kadang bawak Innova nie rasa macam bawak Hilux le pulak, mana taknya dahlah tinggi dan bunyinya...kekadang macam lori..keee...kee..apa-apa pun bersyukur dengan apa yang ada. Ini cuma satu perbandingan pengalaman ku yang telah menggunakan kedua-dua jentera tersebut. 

Wednesday 19 June 2013

Bro Bikerz ~Kawasaki ZXR250: Konvoi ke Tanjung Piai Pontian Johor : 16 June 2013

Penghujung Selatan Tanah Besar Asia
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca.

Selepas konvoi ke Sedili Besar dilaksanakan dengan jayanya, maka timbul la idea bersama Zulhusni untuk ride Ke Tanjung Piai, Pontian Johor.  Oleh kerana ketika itu cuti sekolah pertengahan tahun telah bermula maka aplikasi Whatassps menjadi penghubung kepada geng-geng Bro Bikerz. Maka flyers yang lebih kurang pun dihantar kepada all rider.
 

Jangka masa kempen ke Tanjung Piai nie lebih kurang tiga minggu...so dalam masa tu dapat le berkenalan dengan seorang rider iaitu Fahmi yang menunggang Jentera KTM Duke 200.
Fahmi KTM..Sg Telor mari...
Untuk melancarkan lagi perjalanan  ke Tg Piai,  maka satu sesi TTS telah dibuat di Chamek Kopitiam Bandar Penawar pada 11 Jun 2013.  Pertemuan adalah membincangkan tentatif program dan sesi beramah mesra dengan Fahmi. Malam tu, 5 bikers hadir dan menyatakan persetujuan untuk ride ke Tanjung Piai. Syafik dan Zulkifli tak turun maklumlah rumah mereka jauh dari Bandar Penawar.
 
Malam ramah mesra

Seminggu sebelum ride, Shafik membuat pengesahan tidak dapat turut serta kerana perlu menghadiri  majlis Tahlil di Muar.  Dua hari sebelum pula, Fahmi KTM menarik diri kerana motorsikalnya masuk wad akibat berlaku keretakkan pada rimnya. Sehari sebelum pula, Zulkifli dan kuda Two strokenya membuat pengesahan tidak dapat turut kerana ada urusan yang perlu diberi keutamaan. Maka 4 orang rider termasuk aku sahaja yang confirm akan meneruskan program.

Pagi, 16 Jun 2013 yang nak kata panas pun tak... nak kata mendung pun tak....mungkin jerebu kesan pembakaran terbuka  aktiviti pertanian di Indonesia telah menampakkan kesan. Pagi tu tepat jam 7.20pagi aku sudah mula memanaskan kudaku....lima minit kemudian, aku bergerak meninggalkan rumah selepas minum teh panas yang disediakan oleh isteriku. Sampai je di depan sekolah....sekor kuda pun belum ada....so aku ambil satu lap dulu bagi memastkan kudaku betui-betui panas heee....5 minit aku tunggu, akhirnya Zulhusni dan Jironi pun sampai. Jam menunjukan pukul 7.40 pagi, kelibat Yazid belum nampak lagi....tak pe rileks, pujuk hatiku...bila jam dah hampir ke pukul 8.00 pagi. Aku terus call Yazid, ohhh...dia kata dia pergi, tapi lewat sikit kerana uruskan kereta. Yazid mencadangkan kami bergerak dulu dan tunggu di kawasan rehat Layang Lebuhraya E22. Tanpa berlengah lagi, kami pun meninggalkan kawasan sekolah, konvoi dipimpin oleh Zulhusni sebagaimana yang dirancang.


Perjalanan berjalan lancar, Zulhusni dengan mesin two stroke nya memimpin konvoi dengan baik. Satu ketika, berlaku satu insiden mencemaskan semasa aku di belakang sebuah lori...tayar lori tu pecah...pemandunya main lanyak je....abis tayar tu rabak....serpihan tayar melantun ke belakang,....satu serpihan melantun tepat ke helmet.... Alhamdulilah aku memakai jaket dan full face, nasib baik tak de apa-apa. Aku menjarakkan kuda ku dari belakang lori tu....bila laluan clear aku terus memotong tanpa berlengah lagi...Zulhusni dan Jironi dah jauh di depan sebab dia dah overtake lori tu awal lagi sebelum tayarnya pecah......akhirnya aku nampak kelibat mereka di atas jambatan.
 
Mercu Tanda Lebuhraya E22 Senai-Desaru
Kami berhenti rehat di Layang seperti yang dirancang untuk bersarapan, Pergghh....pagi tu Zul pekena Sup gear box...heee..heee..nak kerja keras lepas nie katanya.....Aku dengan Jironi bedal Nasik lemak jee...
sekali lagi konvoi didominasi jentera Kawasaki   
 


Punggung Kuda-kuda yang seksi.....heee..hee

 
































Gear box power racing











Setengah jam menjamu selera, kami dikejutkan dengan bunyi ekzos KLX Yazid. Setelah selesai Yazid meneguk secawan teh o, tepat jam 9.30 pagi kami meneruskan konvoi setelah memberi kuda-kuda minum Ron 97/95 di stesen minyak Shell RR Layang....Aku memimpin konvoi dengan kelajuan purata 120-130km/jam. 
 
Linkedua
 
Tol Lima Kedai Linkedua
Lebih kurang 20 minit konvoi sampai ke Plaza Tol Lima Kedai dan kemudiannya keluar ke persimpangan Pulai. Aku memberi Yazid laluan untuk memimpin konvoi sebaik keluar dari lebuhraya,  perjalannyan lancar sehinggalah kami keliru di satu persimpangan lampu isyarat, sama ada terus atau belok ke kiri. Akhirnya aku putuskan untuk ke kiri dulu dan berhenti di bahu jalan.
 
Mengesan arah menggunakan tiupan angina...heeee..
Dengan machonya aku mengeluarkan note 2 di tengah panas untuk mengesan laluan mengunakan aplikasi Google Maps. Alhamdulilah laluan ke kiri tu betul....Yazid terus memimpin konvoi, kami melalui Kg Ulu Pulai menghala ke Pekan Nenas.
 
Mercu tanda Pekan Nenas


 
Berpandukan papan tanda kami menuju ke Pekan Nenas melalui Skudai-Pontian Highway dan kemudian melalui Jalan Tenggayun,  hingga bertemu simpang tiga. Konvoi belok ke kiri dan meneruskan perjalanan hingga melalui beberapa buah kampung seperti Kampong Sawah, Kg Bugis Batu Enam, Pekan Penerok, Kg Air Masin, Kampung Permas dan melintasi pekan Kukup.  Akhirnya setelah 30 minit menunggang dari simpang kg Ulu Pulai, kami berhenti di sebuah stesen minyak Petronas yang letaknya hanya 8 km dari Tanjung Piai. Kesempatan ini, kami ambil untuk berehat sebentar, minum dan mengisi petrol.

Yazid memberi kuda kesayangannya minum sambil ditemu ramah pekerja di stesen minyak
Tiba-tiba Yazid memohon maaf kepada ahli-ahli konvoi kerana terpaksa berpatah balik. Yazid terpaksa pulang kerana kereta yang hendak digunakan oleh isterinya untuk ke satu program penting mengalami kerosakan. Dengan rasa berat hati terpaksa lah Yazid meninggalkan kami. Tak pe Yazid, kami faham, uruskan dulu yang utama. Nampaknya tinggal kami bertiga le gamaknya, perjuangan belum selesai, selepas bunyi motor Yazid hilang dari gegendang teliga kami, kami meneruskan perjalanan, Kami sampai di Taman Negara Tanjung Piai lebih kurang jam 10.30pagi.
 
Jironi terus landing.....
 
......Orang muda sedang menanggung keletihan.....

Setelah meletakan kuda di tempat yang teduh dan selamat, kami terus menuju ke salah satu pondok di depan pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai. Apa lagi masing- masing terus landing le.....penat gak wehhh...selepas lima minit aku dan Zulhusni pergi ke pintu masuk ke Taman Negara, Aku beberapa kali mengajak Jironi untuk ikut serta tapi dia menolak, mungkin keletihan...."tak pe la, pergilah... biar saya jaga barang". Aku pun hairan kenapa dia tak nak masuk, mungkin Jironi tak tahu tarikan utama pengunjung datang ke sini. Selepas beramah mesra dengan akak yang jaga kaunter tu, dan ejas-ejas nak minta diskaun tapi tak dapat, akhirnya keluar le RM5.00 seorang utk dewasa sebelum dibenarkan melangkah masuk ke Taman Negara Tg Piai....

Laluan utama pintu masuk ke Taman Negara Tg Piai
 
kanak-kanak RM 3.00
 
 
suasana tenang dan nyaman...lautan terbentang luas
 
Zulhusni menunjukan isyarat Jempol=Best!!


Nasib baik ada orang baik hati tolong snap gambar
 
Zul...kagum sungguh....
Pada hari yang sama satu program amal membersihkan kawasan Taman Negara sedang dijalankan oleh peserta yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan Singapura. Murni sungguh hati mereka. Taman Negara nie adalah kawasan Hutan Bakau. Sepanjang laluan dari pintu masuk hingga ke hujung jeti dihubungkan mengunakan jambatan kayu...suasananya redup di bawah rimbunan pokok-pokok Bakau. Terdapat beberapa pondok disediakan untuk pengunjung berehat kerana jarak dari pintu utama ke hujung jambatan lebih kurang 300 meter. Selepas 30 minit berjalan dan bergambar kami pun mengambil keputusan untuk keluar. Sebelum keluar, kami beli dulu cenderamata....Aku tak lupa pesan isteri tersayang supaya membeli cenderamata yang boleh ditampal di peti sejuk. Dari dulu lagi kalau ke mana-mana memang aku tak kan lupa kesukannya tu...bila keluar je, aku tunjukkan gambar kat Jironi,  melihat gambar, terkejut gak dia, rasa menyesal gak sebab tak masuk. Untuk mengubati sedikit rasa terkilan jironi membeli sedikit cenderama dan kemudian kami mengambil gambar kenang-kenangan di Tugu Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.

sedang warming up sebelum bertolak pulang
 
Lebih kurang 11.30pagi kami bergerak pulang ke Bandar Penawar, sepanjang perjalanan beberapa kali kami keliru hingga termasuk ke Jeti Kukup....heee.....tapi akhirnya konvoi selamat menuju naik ke highway....bila dah naik highway lega rasanya....lagipun highway yang kami lalu tu tak sibuk.....Aku mengepalai konvoi....bila line agak clear aku meningkatkan kelajuan 140-160km....dikuti rapat Jironi di belakang...hinggalah aku terlupa Zulhusni.....aku mengurangkan kelajuan kepada 140km/jam, tapi masih tak Nampak kelibat motor Zulhusni..Jironi terus memecut sambil aku mengikuti dari belakang. Sebenarnya sebelum bergerak balik tadi kami dah setuju untuk makan tengah hari di kawasan rehat  Layang. Bila dah semakin hampir dengan kawasan rehat layang, Jironi memperlahakan kelajuan dah berhenti di lorong tepi, mungkin nak tunggu Zulhusni. Aku terus masuk ke kawasan rehat, check hphone.. tak de miss call...its mean Zul ok le tu....2 minit kemudian Zulhusni dan Jironi pun sampai......Zul tension sebab kena tinggal...rupanya masa naik lebuhraya tu minyak dia dah tinggal sikit...silap aku tak check betui-betui....aku nampak dia tunjuk jempol kat Jironi masa naik highway tu....aku ingat ok....aku terus je la....maaf la Zul, harap tak serik yea...lepas makan, isi minyak, sambung perjalanan.....Zul memecut laju diikuti Jironi...wah boleh tahan laju...aku still kat belakang, tak nak tinggal member lagi macam tadi...tiba-tiba Zul memperlahankan motorsikalnya ...aku masih di belakang dia...kelajuan sekarang 100km/jam....Jironi semakin jauh di depan....tak pe, sekurang-kurangnya aku masih ada menemani Zulhusni.....bila sampai di Petronas Bandar Penawar aku tanya Zul kenapa....dia kata bila rpm cecah 3k...pulas tak gi....mmmm....seperti berlaku kerosakan kat silinder tu....tekanan dah lemah....mungkin ring piston dah longgar....
 
Apa-apa pun, Alhamdulilah Konvoi selamat sampai ke rumah masing-masing lebih kurang jam 2.40 petang.

Terima Kasih Semua.......
 
Next Trip...mungkin lepas raya kot (bulan September)....destinasi: Air Papan Mersing...


Setakat nie prestasi kudaku Kawasaki Ninja ZXR250 amat cemerlang....cuma posisi menunggangnya yang terlalu ekstream menyebabkan bahu aku rasa cepat lenguh. Hai nampak gayanya, kalau nak selesa berkonvoi aku kena cari kuda yang tak terlalu membongkok.  Zx2r nie top speed memang terbaik, Ninja 250r pun tak boleh gigit....maklumlah inline 4. Tapi bila masuk bab selenggara,  ramai akan tertarik dengan pakej Ninja 250r. Ninja 250r mungkin bukan pilihan ku kerana aku sekarang pon line 250....pilihanku mesti above 250....but, maybe not inline 4....twin pun dah ok...semestinya yang ada firing....agak-agak model apa tu....tunggu dah lihat, kalau ada lebih rezeki InsyaAllah......




































































































Monday 6 May 2013

PERODUA KELISA KACUK L700


Inilah Perodua Kelisa yang telah berjasa kepada kami sekeluarga
 
               Dalam post sebelum nie aku ada cerita yang aku ada sebuah perodua Kelisa. Kelisa nie aku beli secondhand pada bulan Ogos 2007 di Permas Jaya. Aku owner yang ke -3 kepada jentera cute ala-ala mini cooper nie yang mempunyai abang lain mak sama bapak di Jepun yang digelar Daihastu Coure L700......

 
Gini le rupe asalnya kalau di Jepun  Coure L700

            Oleh kerana pertalian yang kuat antara Daihatsu dan Perodua. Lisa nama manja jenteraku  yang berwarna kelabu tu aku modified......aku membuat pembedahan komestik pada wajah depannya  menjadi mirip L700 ... nak buat Gino besar la pulak kosnya (cover set depan je cecah 4K) So untuk menaik seri wajah Lisa, aku dapatkan Bumper, side, hood , lampu depan L700 yang bernilai 1.3K tu di kedai halfcut Best Zone Taman Austin Johor Bahru......Taman Austin merupakan syurga hulfcut di Johor.  Kerja-kerja pembedahan tersebut telah dilakukan di sebuah pusat rawatan kecantikan yang letaknya berhampiran kawasan tersebut. selepas 3 hari, aku bawa Lisa ke kedai cat untuk ku salin dengan baju baru berwarna Meroon....sayangnya gambar Lisa telah hilang di dalam simpanan kerana hard disk note book ku telah rosak..
 
Ini contoh Kelisa yang telah di kacuk menjadi Coure


Bole juga di kacuk jadi macam nie Daihatsu Gino
   Apa yang aku boleh kongsikan mengenai Lisa ialah......dengan body yang Kompak, disumbatkan pula dengan enjin 3 silinder bersesaran 1000cc....Twin Cam....troque kereta nie memang tidak boleh dipertikaikan....kena pulak Lisaku tu kotak gear manual...mencanak perginya....Syiokk,,,
1000cc Twin Cam 16 Valve


                 Suapan bahan bakar mengunakan sistem injection menjadikan penggunaan minyak memang amat menjimatkan.....tapi apa-apa kereta pun kalau disebat gila-gila minyak larung jugak. So jadilah pemandu yang berhemah...Kelajuan maksima yang aku pernah bawa kereta nie setakat 145km/h......Salah aku yang terlalu mengikutkan nafsu...Lisa pernah di saman....speed trap di Lebuh raya Utara Selatan area Air Keroh Melaka dengan kelajuan 135km/h.......pada tahun 2012
 
Dalaman Perodua Kelisa

Ruang dalaman...maklum le cute kan...faham-faham aje lah....amat sesuai untuk kemesraan suami isteri......laga-laga bahu....heeee...
 
Balik Rumah Mak Mertua....Gambar Ihsan
      Aku pernah memerah kudrat Lisa ke Gerik Perak.....penggunan minyak sangat menjimatkan.....muatan ketika itu 3 dewasa 2 kanak-kanak....terbaek......satu lagi aku dah banyak kali  drive Lisa ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.....cuma kat highway tu rasa kerdil le sangat....sabo je laa....kecil-kecil cili padi...

Bahagian Belakang Lisa yang seksi.....gambar ihsan nie....heeee
Pandangan sisi
 

Dari segi ketahanan....memang lasak dan tahan...maklum le barang jepun...banyak part mai dari sana.....kereta nie tak banyak memeningkan aku sepanjang menggunakan perkhidmatnanya.....apa yang aku pernah tukar atau ganti
               1.     Minyak enjin dan gear box (standard le tu)
               2.     Bearing tayar belah depan dan belakang (gatal pakai sportrim 15"
               3.     Tabung Ekzos selepas 3 tahun (maklum le dah lama...)
               4.     Drive shaft (lepas aku guna 5 tahun)
               5.     Alternator (lepas guna 5 tahun)
               6.     penyelenggaran biasa (Tayar, Bateri, Timing belt, plug, air filter, Pad brek dll)
               7.     Servis aircond sekali (lepas 3 tahun guna)
               8.     Clutch....(lepas guna 4 tahun)
               9.     Absober depan belakang (2 tahun guna)

***makluman Lisa telah aku miliki ketika usianya telah mencecah 5 tahun.....dan dia telah berkhidmat kepada ku selama 5 tahun.....usianya menjangkau 10 tahun sebelum kami berpisah......
pada bulan September 2012........Lisa ku gantikan dengan Is....panggilan manja kepada Toyota Altis 1.6E yang mengambil alih tugas Lisa L700ku.....

Semoga review tentang Perodua Kelisa yang pernah berjasa kepada ku, dapat menjadi panduan kepada pembaca yang berkenan sangat untuk memilikinya.......Wasalam.....





Saturday 4 May 2013

KAWASAKI ZXR250 : KONVOI KE SEDILI BESAR KOTA TINGGI JOHOR

 
SSTMI RIDE TO TG SEDILI JOHOR 1st May 2013
          Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca.....agak lama aku tidak update blog nie....pendek cerita setelah sekian lama tidak berkonvoi akibat kesibukan tugas akhirnya plan aku dengan Zulhusni untuk organize satu konvoi melibatkan tenaga kerja SSTMI berjaya dilaksanakan. Alhamdulilah.....tak sangka plan yang tak sampai seminggu tu dapat juga sambutan walaupun hanya melibatkan 6 penunggang kuda besi buatan Jepun spesis Kawasaki....
Flyers yang tak seberapa nie....membuahkan hasil akhirnya....
            Dalam masa seminggu tu aku dan Zulhusni berkempen la jugak untuk menarik peserta-peserta tapi tak lah pulun sangat mcam ahli politik PRU 13....Aku pun target bawah sepuluh orang jee...Akhirnya pada 30 April 2013,  6 buah jentera membuat pengesahan untuk turut serta.....Aku dengan kuda tuaku ZX250R....Zulhusni ZX150rr....Zulkifli ZX150rr...Joroni Ninja 250r....Shafiq Ninja 250r....dan Hayazid KLX 150.....manakala Syhamsul ER6F tak dapat turut serta kerana terpaksa pulang ke Kg....Ckgu Kamalulai ER6n....ada urusan dengan tukang rumah...., Ckgu Mansor pulak takot kena tinggal sebab kuda dia 135cc jek..(Honda Rider) retro beb....Aku tak pelawa Boss (Virago535) sebab aku tahu dia tengah sibuk dan akan ke KL....Ckgu Ridzuan (Vulcan 500) isterinya sedang sakit......tak pe next time lah yea...Lamjah pulak dah jual motor z750nya...Kamal Kamsun beria-ia benar nak follow tapi belum  ade kuda...sabor bro....pelan2..

Tepat jam 6.00pagi Aku dah bersiap.....Alhamdulilah, Isteriku memahami hobiku... jadi hati pun senang le juga nak berkonvoi nie...tepat jam 7.30pagi kuda besi aku pun meraung memecah kesunyian Taman Desaru Utama...setelah memberi kudaku minum Ron95 di Petronas Bandar Penawar....aku pun menghala ke Main Gate SSTMI (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail). Hatiku lega seorang peserta dah sampai..Syabas!! Shafiq dan Ninja 250rnya.....tak lama lepas tu Hayazid pun sampai dan diikuti oleh Zulhusni dan Joroni.....dalam 15 minit kemudian barulah Zulkifli Aris muncul....its ok...sebab Zul mai dari Ulu Tiram yang jaraknya lebih kurang 50km tu dari Bandar Penawar (dah jadik dekat sebab adanya lebuhraya E22 SENAI-DESARU)....semangat rider!!!...dia kata banyak motor cub konvoi ke Tanjung Balau dan Desaru...memang pun...hari nie kan 1 Mei ...cuti Hari Buruh.....

Menunggu Rider dari Ulu Tiram


Penaja rasmi...heeee
 
                 Sebelum tayar bergolek semua riders memakai jaket keselamatan Alpine Star (mcm ditaja pulak..heee).....bila dah bergaya tu konvoi tidak melepaskan peluang bergambaran....setelah enjin jentera dihidupkan, dengan lafaz Bismillah....Konvoi bergerak meninggalkan SSTMI lebih kurang jam 8.15am....aku mengepalai ride...kami menghala ke Sedili melalui jalan Ladang Siang ..(sebenarnya 29 April,... Aku dan Zulhusni dah ricky jalan tu.....yea la nak memastikan keselamatan konvoi...heehh...)..perjalanan sangat lancar sebab tak banyak kenderaan melalui laluan ini. Alhamdulilah jalan pun tak banyak rosak dengan kelajuan 110-120km/j...konvoi mengambil masa lebih kurang 20 minit sampai di Jasembay...setiba sahaja di situ aku memberi laluan kepada Shafiq memimpin konvoi menuju ke Pekan Sedili Kecil sebelum berhenti rehat bersarapan....anggaran masa tiba ke Sedili dari Bandar Penawar lebih kurang 30 minit.

                 Bersarapan merupakan akiviti utama konvoi kali ini hii...hiii.....kedai pilihan kami ialah warung keluarga Farida, staff pejabat sekolah...tapi Farida tak balik cuti nie sebab  malam semalam dia terlibat dengan Majlis Graduasi Pra Universiti di Dewan Mawar JB....untuk tidak membuang masa kami parking kuda2 kami dan memesan sarapan pagi...nampaknya menu Nasi Dagang menjadi pilihan kebanyakan peserta....setelah memberi minum kuda-kuda petrol di stesen minyak berhampiran jeti sedili Kecil, konvoi meneruskan aktiviti menuju ke Jeti Sedili Besar......sekali lagi Shafiq memimpin Konvoi ke Jeti Sedili Besar.......laluan menuju ke Sedili Besar melalui kebun kelapa Sawit....agak mencabar......Hayazid tersenyum girang....."hehe....ini jalan KLX aku le raja"...katanya......dalam 5 minit kami sampai ke destinasi....aktiviti seterusnya...bergambaran laa.


Zuhusni....gembira berjumpa org Terengganu


satu kebetulan....konvoi di sertai semua jentera dari pengeluar Kawasaki

berpeluk tubuh di tengah terik matahari
 
Lepas bergambar kami cepat-cepat ke Jeti...ada bumbung ....maklum laa...matahari dah naik tinggi....kami mengambil masa kurang 10 minit untuk sampai di sini.

Adakah brader ni juga seorang rider...kaki asah lutut...tengok saje la seluarnya

Shafiq hampa....brader nie hanyalah bekas kumpulan rock Metal


                   Di jeti tu kami bersembang dengan brader pengusaha bot di situ....banyak jugaklah dapat info tentang Sedili Besar...masyarakatnya...dan kegiatan ekonomi mereka...betul la kata orang "Jauh berjalan banyak pengalaman"...sebenarnya tak le berapa jauh....heee......Menurut brader tu ada 4 buah botnya disewa untuk aktiviti memancing....salah satu botnya dah masuk majalah Umpan tahun lepas....hee..hee... katanya sambil tersenyum,,, terima kasih brader!!!!...lebih kurang jam 11.30pagi kami bergerak pulang melalui jalan menuju ke Kota Tinggi........sampai di simpang ke Kota Tinggi Zulkifli meninggalkan konvoi menghala ke Ulu Tiram.....kami meneruskan perjalan menuju jalan ke Simpang Waha...Hayazid meninggalkan Konvoi di simpang Waha....masa tu lee tangan dah gatal nak pulas telinga kuda masing-masing....heeee,...hee....sampai je simpang besar laluan Bandar Penawar-Kota Tinggi....kami berpisah dengan Shafiq yang menghala ke kanan....manakala Aku, Zulhusni dan Joroni memeruskan perjalanan menuju ke Bandar Penawar.....Lebih kurang 12.30tgh Aku sampai di rumah....Alhamdullilah sekali lagi...konvoi selamat pergi dan pulang....Terima Kasih kepada Zulhusni...Zulkifli....Joroni....Shafiq...dan Hayazid.....Special Thanks kepada Hayazid...walaupun KLXnya boleh pergi setakat 110km/j.. ia bukanlah penghalang untuk berkonvoi...yang penting minat....

Tak banyak gambar sebab fotographer profesional...Zulkarnain tak muncul2....haaaaa....haaa...

Zulhusni dan Joroni dah tak sabar nak konvoi lagi........




Kepada kawan-kawan...InsyaAllah kita akan berkonvoi lagi.....Target seterusnya Tanjung Piai Pontian Johor....

Sekian

Wasalam