Sunday 15 May 2016





KAWASAKI ZXR250 JOHOR
RIDE TO MORIB SELANGOR
EVENT RETROMANIA 2016

Asalamualaikum wbkt dan Salam Sejahtera

Setelah 3 bulan merancang dan menanti akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu  pun tiba.

                                               Julung kalinya kehadiran model Kawasaki ZXR250 di Event Retromania Morib 2016                                                        

Gathering ZXR250-Johor-Selangor-Negeri Sembilan-Melaka


Antara konvoi  yang melibatkan jentera ZXR250 terbesar daripada Johor

30 APRIL 2016 (SABTU)

5.00 PAGI
Aku dah bangun, tunaikan kewajipan dan bersiap untuk ride. Selepas menikmati secawan Teh O yang dihidangkan oleh isteri tersayang, aku pun panaskan enjin kudaku. Alahmdulillah semua okey. Lebih kurang jam 6.20 pagi, aku dan ZX2R memecah kesunyaian Bandar Penawar meredah lebuhraya E22 (Senai -Desaru) menuju ke Kampung Tanjung Langsat.
Satu pagi di Kampung Tanjung Langsat


Port biasa -Kedai Nasi Beryani

6.40 PAGI
Aku sampai ke workshop Sudin. Amir dah sampai, bagus...bagus, Sudin pun dah siap. Kami ambil keputusan untuk berkumpul di kedai Nasi Beryani kat Kampung tu. Aku terkejut sebab pagi tu Yan maklumkan ada lagi 2 buah kawasaki RR yang akan  turut serta ke Morib. Jadi jumlah rider RR yang turut serta menjadi 5 orang iaitu beliau, Angah, Andak, Jepun dan Zaman. Selepas Jepun sampai kami pun terus bergerak ke Plaza Tol Cahaya Baru. Memandangkan abang Nas masih belum siap, dia minta kami gerak dulu. dia terus ke RV1: Hentian Kulaijaya PLUS.
7.20 PAGI, kami berlapan tiba di Plaza Tol Cahaya Baru. Tapi kelibat Kid tak de lagi. Aku call, okey dia akan terus ke Kulai katanya. Kami teruskan perjalanan.
Plaza Tol Cahaya Baru - Lebuhraya E22


8.20 PAGI : RV1-HENTIAN REHAT KULAIJAYA
kami pun sampai ke RV:1 Kelihatan rakan-rakan yang lain sedang menunggu, Abg Halim (ZX2R Pekan Nenas), Abg Rosli (ZX2R Gelang Patah), Amin (ZX2R Skudai), dan Ejart (ZX2R Seri Alam). kami dah jadi 12 orang termasuk isteri Abg Halim. selang beberapa minit Abg Nas (ZX2R Tg Langsat) sampai dengan isterinya, dikuti Nano (ZX2R dari Kulai) dan akhir sekali Kid (ZX2R Masai). Isteri2 rider menaiki kereta bersama isteri Kid.

8.50 PAGI
14 buah motorsikal bergerak ke check point 1: Restoren D'Tepian Raudah Air Hitam untuk bersarapan dan menunggu rakan-rakan yang lain.


Sabar menanti

Otai kita, Abang Nas dengan Isterinya

Nano-Lawa helmet banggg....
 9.45 PAGI
kami sampai ke check point 1. Semua rider dari kawasan Simpang Rengam, Macap, Benut dan Air Hitam dah ada di situ (Hasnul Yamaha XJ6, Wan XJ6, Mat Noh ZX2R, Hirman ZX2R, Nazri Sulam ZX2R, dan Nazrun ZX2R). Kami ambil masa dalam 40 minit untuk bersarapan. Selepas Jaim ZX2R sampai, kami meneruskan perjalanan.

Sarapan di sini

Takilmat keselamatan oleh Mat NoR dan bacaan Doa oleh Abg Rosli
Baru beberapa KM konvoi bergerak keluar dari Plaza Tol Air Hitam, sebuah ZX2R mengalami masalah pin rantai tercabut. Mujur tiada kerosakan serius. Rescue team yang terdiri daripada abg Nas membuat rawatan susulan sementara yang lain meneruskan konvoi menuju ke check point 2 : RNR Pagoh.

Rantai buat hal..Alhamdulillah berjaya diatasi

Refuel Shell RNR Pagoh (Yan dan Amir)

Dari kiri, Nano, Samsudin, Cikgu, Nas , Mat Nor dan Hasnul

Bro Nas perkemaskan rantai moto Cikgu Hirman


 
Abg Rosli


Sentiasa ceria : Amiruddin
Perjalanan diteruskan menuju ke RNR Ayer Keroh, kami memang rancang untuk berhenti di setiap RnR untuk memastikan pergerakan konvoi berjalan lancar, memastikan semua ahli sentiasa bersama dan alert dengan keadaan mesin ZX2 masing-masing, maklumlah kuda lama.
Cuaca amat baik hari nie, panas memang ting ting.
Jam 12.10 tgh. kami tiba di RnR Ayer Keroh. Masing-masing ambil kesempatan untuk berehat sebentar, cuaca pun boleh tahan panas.


Kasi rehat sama kuda besi

Seronok pulak lepak tepi lereng bukit di bawah pokok

macam sedang menyaksikan Moto GP di Sepang pulak

Motor Amir overflow macam tuannya...heee
1.00 PETANG
Konvoi diteruskan kali ini menuju ke check point ke 4 : RnR Seremban untuk solat, makan tengahari, refuel dan menghilangkan kebas-kebas tangan dan kaki, heeee.....


Check Point 4: RnR Seremban
Solat, Lunch dan rest
Di kawasan Rehat RnR Seremban nie pun penuh dengan kelab-kelab motorsikal Retro singgah untuk lunch dan rehat, hasilnya banyak maklumat dan informasi mengenai Event Retromania dapat dikongsikan. Antaranya  pergerakan konvoi kami untuk ke Morib di ubah bagi penjimatan masa, konvoi akan exit di Plaza Tol Pajam/Nilai dan akan melalui jalan dalam menuju ke Banting. Selepas persetujuan dan taklimat ringkas, konvoi diteruskan di dipimpin oleh Mat Nor dan Abang Nas.
3.50 petang konvoi meneruskan perjalanan.

4.45 PETANG
Aku dengan Bun sampai di pintu gerbang utama kampung Endah, yang lain dah tersesat ke arah lain gara-gara ikut GPS.  Aku pun pelik semasa di trafik light yang last tu, aku tunjuk arah ikut kanan, sebab aku tahu kat mana homestay tu....,tapi depa kata terus. Kebetulan pulak aku dah memang kat lorong sebelah kanan, macam mana nak terus...banyak moto-motor lain dah sailang depan aku nak masuk ke kanan jalan.So aku teruskan je perjalanan, ada juga yang follow tapi depa patah balik, aku dah suruh terus, Bun je yang follow aku....ngeeee.

Cantik pintu gerbang kampung nie

Aku dan kuda besiku

keluar merayau jap ke dataran Morib
jangan terkejut...UAI mai tauuu


Sembang Sampai Pagi....heeee

Gasket moto Andak bocor, nasib baik ada rescue team
Sampai juga  janda cikgu Zulhusni ke Morib


1 MEI 2016 (AHAD)

7.00 PAGI
Pagi-pagi lagi semua rider dah bangun, sungguh bersemangat pagi nie, masing-masing pakai baju kelab. Aktiviti pertama ialah susun motor kat depan Homestay, tuan rumah pun teruja dan bersemangat nak bergambar.



team Selangor dan Negeri Sembilan di RV 
mereka pagi tu

Abg Halim bersama Danial Bogers owner Zx2


Team Rothmans : Sudin
Ister-isteri Bikers

Geng ZX2R Zon Tengah : Danial, Abg Ariee, Ha nif, Oniel, Pie dan Bob

Amir merangkap AJK dokumentasi

Apasal la baju Nano tu pelik...heee

Yeahhh...16 buah ZX2R dari Johor Darul Takzim

Bukan senang nak kumpul Zx2r sebanyak ini (22 buah )
Alhamdulillah objektif tercapai


1 MEI 2016 (9.00 PAGI)
DATARAN MORIB : TAPAK EVENT


Ketibaan group ZX2R

Buat Barisan

Aduhai...seksinya

Sempat bergambar dgn jawatankuasa penganjur

kuda ku  - View dari atas

WOWW...
kena buat dua barisan bang....heee
Bob rider zx2r Selangor
Bersama Daniel dan Abang Halim

Ke kanan Lurussss


Sarapan pagi di medan selera Dataran Morib











Pemandangan tapak event dari udara jam 12.00 tengahari

Pak Sue nie mai dari Kuala Ketil bro...rider kental nie..

En Rossi pun ada mai tau...bhaaaa

Rider paling jauh mai event: Andy Lau "Full Trottle"

Abang-abang rockers kite...
Alhamdulillah dapat juga aku beli sticker nie

Balik dari event...rehat sambil sembang-sembang santai
12.00 TENGAH HARI
Semua Rider sudah on the Bike, sebelum keluar kami ambil kesempatan untuk rem-rem moto secara berjemaahh,,,,tuu diaaa...kena kerumunn....depa syiok dengar kemerduan inline 4 mengerang lee tuuu.
Sayangnya tak de siapa yang ambil gambar dan video peristiwa itu untuk dijadikan kenangan-kenangan.
Semua rider berkumpul di Homestay, rehatkan diri dan ramai juga yang lelapkan mata untuk refreshment.

2.00 PETANG
Kami bersiap, mandi, solat dan berkemas.

3.30 PETANG : PERJALANAN PULANG


RNR DENGKIL
Bersama Hanif-Rider dari Negeri Sembilan


RNR Ayer Keroh: Jaim penuh ceria

Rest sekejap, stesen minyak full

Belek moto yea banggg

Hentian Sebelah Bemban

3.30 PETANG
Selepas bersalaman dengan team Selangor dan Negeri Sembilan, Konvoi bergerak bersama keluar dari Homestay Kampung Endah. Ahmad Pie dan Daniel memimpin konvoi besar ZX2R keluar dari Morib, melalui Banting dengan penuh sesak dengan mat-mat moto dan seterusnya exit di Tol Telok Panglima Garang. Alhamdulillah selepas masuk highway, konvoi berjalan lancar, tiada lagi kesesakan,  bikers tersusun dan teratur di lebuhraya SKVE sebelum berpisah dengan team Selangor (mereka turun di susur ke Shah Alam). Kami meneruskan perjalanan sehingga masuk ke Lebuhraya Elit dan berehat di RnR Dengkil untuk makan dan rehat (Rehat lagi...heeee).

4.45 PETANG
Konvoi meneruskan perjalanan sebelum berhenti untuk isi minyak di RnR Ayer Keroh, tapi kami terpaksa rileks sekejap kerana stesen minyak sesak dengan motortsikal dan kereta.

6.00 PETANG
Selepas mengisi minyak kami meneruskan perjalanan, Lebuhraya semakin sesak, kereta bersusun sepanjang jalan. Kami terpaksa memperlahakan kelajuan kuda besi kami. Biar lambat asal selamat. Ohh Yea geng XJ6 dah gerak awal meningalkan kami di RnR Ayer Keroh tadi. Manakala Sudin, Jepun, Angah, Andak, Yan dan Zaman teruskan percutian mereka di Melaka. Jaim pula turun di Pagoh, balik ke kampung orang tuanya di Peserai, Batu Pahat.  Hirman, Bun dan Nazrun turun di Air Hitam. Tiba di RnR Macap kami berehat di Stesen minyak Shell. Tinggal Aku, Abg Rosli, Abg Nas, Abg Halim, Bai, Ejart, Nano, Amir, Kid dan Mat Nor Sahaja. Hampir Jam 9.30 malam kami meneruskan perjalanan. Abang Halim, turun di Kulai, Abg Nas terus turun ke JB bersama Bai, Ejart dan Amir. Aku, Abg Rosli dan Nano turun Senai Utara. Sampai Plaza Tol Senai Utara aku lepak jap dengan Abang Rosli, cukup 5 minit kami meneruskan perjalanan, Aku masuk lebuhraya E22, Abg Rosli terus ke Gelang Patah. Sempat lagi aku singgah di kawasan Rehat Layang untuk bagi kuda aku minum. Tak sangka boleh pulak jumpa geng Retro dari Pasir Gudang yang dalam perjalanan pulang dari Morib juga.

Syukur Alhamdulillah 11.40 malam aku sampai di rumah dengan selamat. Kesemua rider selamat sampai ke destinasi masing-masing. In sha Allah kalau ada umur yang panjang, kelapangan, rezeki dan izinNya kami akan ke sana lag tahun depan.