Assaalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca budiman,
Coretan ini sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman yang ingin dikongsikan penulis untuk dijadikan rujukan atau sekadar bahan bacaan santai.
11 Disember 2016
Sedang asyik membelek iklan di Mudah.my, perhatianku tertarik kepada sebuah model motorsikal Kawasaki ZXR750-L spec tahun 1993. (abaikan tahun1997 tu, owner tersilap bagi info).
Model ini istimewa kerana lampu depannya yang bulat macam mata π. Intake udara menggunakan sistem K-RAS, satu lubang angin sebelah firing ππππ. Model ini pengeluaran tidak lama seperti Model P, hanya sekitar 3-4 tahun 1993-1995.
Model P ada 2 lubang hidung. π Tapi kedua-duanya masih menggunakan karburator sebagi alat campuran bahan bakar. Ada lagi model lain J kalau tak silap.
|
Model - H |
|
Model-P |
|
|
15 Disember 2017
Setelah pertimbangan di buat : aku, Sudin dan abang Halim pergi ke Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk merisik si mata bulat. Temujanji telah dimeterai dengan pemilik ZX7R saudara Danial di kawasan pakir Mc Donald Seberang Jaya pada jam 5.00 petang.
|
Ketibaan Owner si mata bulat-Daniel |
|
Sesi rundingan selepas uji pandu π |
Ketibaan ZX7R pun dah kira gempak, dia punya bunyi paduuuππ tenggelam ZX2R yang kat rumah tu. Beratnya boleh tahan, dan lagi satu seatnya lebar, nampak rendah, berjinjit jugak aku dibuatnya π
π
π
π
. Hasil uji pandu Sudin selaku pomen, Enjin motor tak de pentanda bunyi yang menunjukkan ada masalah major. Hanya pelarasan karburator sahaja perlu dibuat kerana setting angin dan minyak yang tidak ngam. Sudin menunjukkan isyarat ZX7R tu boleh di beli. Siap pesan, kalau lepas nie nak cari kuda lain, tolak motor nie kat dia dulu. ππ
|
Tanda persetujuan jual beli |
|
Dah boleh di bawa balik, esok tinggal uruskan tukar hak milik di JPJ Seberang Jaya. |
|
Abg Lim dan ZX7R |
|
Sudin sempat ronda-ronda dengan Geng Retro Gerik ~Suzuki Katana 400 |
|
Di belakang Suzuki GSXR 1100 abang Yusuf Kuala Rui |
Aku meneruskan cuti di Gerik Perak, Sudin membawa pulang Kawasaki ZX7R ke Johor untuk kerja-kerja pelarasan karburator dan projek seterusnya. π
Kerja-kerja pelarasan dan tukar warna baju
|
Beramah mesra dengan model P sebelum kerja-kerja baik pulih |
|
Huii....togel dah... |
|
Tak seperti ZX2R, part ZX7R lebih besar dan mudah diselenggara |
|
kerja-kerja baik pulih cover set -TajamTajamπ |
|
Peneraju: Sudin @ TajamTajam |
|
π |
|
π |
|
Hasilnya...π |
Memori Ride Bersama ZX7R
|
Januari 2017 -Ride to Muar Johor |
|
30 Mac - 1April 2017- Ride to Batang Kali Selangor |
|
3-6 Ogos 2017 : Betong Thailand |
|
Betong Bike Week Thailand |
Jelajah Semenajung Malaysia-Betong Thailand
26-30 OGOS 2017
|
Mersing Johor |
|
Pekan Pahang |
|
Kertih Terengganu
Jeli Kelantan |
|
Puncak Banjaran Titiwangsa |
|
Pengkalan Hulu Perak |
|
Betong Thailand |
|
Gerik Perak |
|
Alor Setar Kedah |
|
Jitra Kedah |
|
Bukit Kayu Hitam Kedah |
Kawasaki ZX7R L Spec : Sistem Enjin Empat Sebaris : Double Overhead Head Cam, 16 Injap, kapasiti 749cc (118hp/86kw@10500 rpm). Fork jenis Usd di hadapan dan monoshok di bahagian belakang memberi keyakinan rider untuk melayan selekoh dengan jayanya ππ.
Kelajuan tak usah cerita, aku berani setakat 230 km/j sahaja, kalau ikut review web-web pemotoran kelajuan top speed untuk model enjin standard sekitar 258.1km/j. Kelajuan ZX7R 160km/j= 180km/j meter ZX2R. Aku bandingkan dengan ZX2R sebab aku pemilik model ZX2R. Bersatu dengan ZX7R, memberikan satu pengalaman baru, betapa nikmatnya memacu enjin berkuasa tinggi, pulas ja pergi, pulas je pergi. Naik Gunung Paku Pengkalan Hulu selamba jer.
Kelemahannya :
>>Berat!!! (205kg berat kering, 221kg berat basah. Sedangkan Suzuki SRAD 750 dan Honda Fireblade 900 pun lebih ringan π.
>>Tiada fuel Guage, bergantung kepada setting odo meter@ Kilometer.
Kelebihannya:
>>18 liter ZX7R mampu membawa penunggang sejauh 300km dengan kelajuan purata 160km/j-180km/j.
>>Alat ganti kawasaki masih boleh di dapati di Ejen Kawasaki Malaysia / sesetengah alat ganti berkongsi dengan model ZX2R seperti signal. main jet dan Plug.
Setelah puas bermesra dengan ZX7R, akhirnya Ride Jelajah Semenanjung Malaysia-Betong Thailand pada 26-30 Ogos 2017, merupakan ride terakhir aku dengan ZX7R. Tidak timbul rasa ralat, sekurang-kurangnya aku sudah merasa kepantasan sebuah mesin sportbike. Lagi pula model ini rare, ramai yang berhajat untuk memilikinya.
Sudin@TajamTajam secara rasmi telah menjadi tuan baru kepada si mata bulat penghujung bulan Disember, genap setahun aku bersamanya. Aku rasa sahabat aku nie punya keupayaan untuk menjadi pengasuh baru ZX7R tu. Tambahan pula beliau pomen rasmi ZX2R Johor, kalau enjin ZX2R dengan part yang halus-halus tu pun dia boleh buat apa tah lagi yang jenis kasar-kasar. Lagi pun dari awal lagi dia dah bagi tahu, tolak dengan dia motor tu kalau nak jual.
|
Sudin@TajamTajam - Ride to Durian Burung |
Aku pula bercadang untuk tukar angin kepada motorsikal jenis touring dan semestinya dengan teknologi sistem pancitan bahan Api (Injection). Model touring amat sesuai untuk jiwa pengembara seperti aku. Walau bagaimanapun jenis Enjin Empat Sebaris masih menjadi keutamaan. ππ
.
member tu pakai lg ke boss zx7r ni.. saya pon baru dpt sbji..masih bnyk bnda nk belajar.selain nak dptkn spare part .
ReplyDeleteapa2 boleh reply di email saya syahiman2013@gmail.com
ReplyDeleteSape sape baru dpt boleh x wasap saya sebab saya baru dpt sebijik 01163683467
ReplyDeleteSaya pn baru belajar mengenali zx7 ni banyak benda nak kena baiki lain...cuma spepat ja x tau dimana blh dapat?
ReplyDeleteKalau ada kawan2 yg tau blh la tolong2kan
ReplyDeleteBoleh contact saya 01163683467
Deletegsx1100 tu ade dengan saya skrg hehe
ReplyDeletelama dh parking
Alhamdulillah Terbaik
Delete