Friday 17 June 2016

ZXR250 JOHOR RIDE TO AIR HITAM VOL 2



ZXR250 JOHOR  RIDE  TO AIR HITAM VOL 2


LOKASI TTS: D’Tepian Raudah, Air Hitam Johor

TARIKH: 23 April 2016

Sabtu jam 12.00tgh aku bertolak dari rumah menunggang ZXR250 menuju ke Tanjung Langsat melalui Lebuhraya E22. Baru je masuk plaza tol Desaru, hujan turun dengan lebatnya, aku nekad meneruskan perjalanan tanpa baju hujan. Nasib baik pakai jaket dan kasut riding kulit.  Nak berteduh pun memang tak ada tempat untuk berteduh, aku nekad je teruskan perjalanan. Hampir 15km juga aku dan kudaku ditimpa hujan. Alhamdulillah sebelum tiba jambatan  hujan reda  dan cuaca panas terik. Tepat jam 12.35ptg aku sampai ke kedai Nasi Beryani Tanjung Langsat, Amir dan Nas@Jepun sedang menunggu. 20 minit kemudian Shamsudin sampai, Yan pun ikut serta. 

kena kopi secawan dulu

Jepun, alas perut katanya
Tepat jam 1.20 petang, kami berlima bertolak ke RV seperti yang telah dirancang iaitu Hentian Sebelah Kulai Lebuhraya Utara Selatan.


Brek belakang Kawasaki ZXR250 Rosak

Selepas keluar Plaza  tol Senai Lebuhraya E22, bunyi bising sebelah belakang brek  menggangu kelancaran jenteraku. Aku berhenti dan bagi isyarat kat Sudin untuk berhenti. Bila periksa, skru yang mengikat  brek belakang di bahagian atas dan bawah  dah tercabut.  Brek belakang tu memang ada masalah sikit.  Penyelesaiannya brek dicabut dari disc dan diikat pada foot rest  pillion. Mujur aku ada bawa cable tight dan sepana. Kemudian kami meneruskan perjalanan, aku dah kurangkan kelajuan, rasa tak selesa bila brek belakang tak ada.  Ok… ini info untuk pembaca, jika brek belakang anda rosak, boleh guna brek lain, yang paling disyorkan brek 125zr….paling baik yang ori, kalau yang local pon boleh tapi  tak sama la macam yang original kesannya.

Alhamdulillah dia nak rosak time nie, jangan waktu otw ke Morib,,,ngee

sempat lagi berselfie

Shamsudin menunggang moto Sofri, nak test naked bike katanya

Tok Bomoh Sudin sedang scan kerosakan

tak de jalan lain, untuk sementara tanggalkan dan ikat je dulu

2.00 petang, kami sampai ke RV yang dirancang.  Belum ada geng-geng  dari sebelah Kulai dan Pontian yang sampai. Aku ambil kesempatan menunaikan kewajipan kepadaNya. Tak lama kemudian  Nano pun sampai dan diikuti oleh abang Rosli dan Cip Halim. Fendri gerak Lewat sebab tunggu motornya yang belum siap.

ketibaan Nano rider sejati dari Kulai

Tunggu riders dari Pontian dan Gelang Patah

On the bike
 2.30 petang konvoi  yang terdiri daripada  6 buah zx2r dan 2 buah jentera 2 stroke Kawasaki double r bergerak ke Air Hitam. Konvoi berjalan lancar sehinggalah   hujan sekitar kawasan Sedenak.  Sekitar Simpang Renggam hujan mula reda dan cuaca kembali cerah sehingga kami sampai ke Plaza Tol Air Hitam. Lebih kurang jam 3.40 petang kami sampai di Restoren D’Tepian Raudah.

ketibaan awal riders yang tak takut hujan...bhaaaaa
kali kedua tts di sini

Amin dari Segamat singgah bertts sebelum balik ke Skudai
sesi mesyuarat didulukan, sesi makan dan minum diutamakan...bhaaaa

Ketibaan Fendri amat mengujakan Amir
Beberapa agenda Kelab dijalankan iaitu, Pengagihan baju kelab, Sticker, dan perbincangan lokasi RV, Check point  dan lain-lain untuk persediaan ke Event Retomania di Pantai Morib Selangor pada 30 April-1 Mei 2016.
ini lah agenda utama perjumpaan kali ini
siap jadual lagi


Baju kelab hasil idea Mat Nor dan Nazri Sulam

Logo ini hasil idea Khairul Daniel rider zx2r daripada Selangor

dah siap untuk diagihkan
Aku dah hubungi pihak penganjur, sahkan kehadiran team zx2r Johor

Abang Mamat Kapar menyambut baik kehadiran team, Alhamdulillah, semoga semuanya berjalan lancar  

Homestay....awal bulan Mac dah tempah

Antara riders yang menghadirkan diri  pada sesi tss hari itu ialah Norhalim, Rosli, Shamsudin, Nas Jepun, Yan, Amir, Nano, Amin, Anol, Adi, Nazri Sulam, Mat Noh, Hirman, John Labu, Fendri, Nazri Yunus, dan Nazrun.
Cip Halim dah tampai sticker dah
terus sarung baju kelab, heee

Sesi tamat sekitar jam 7.00 petang dan kami bertolak pulang, Aku singgah ke Tanjung Langsat dan tinggalkan  kuda ku untuk diperbaiki  brek belakangnya.  Selepas Solat, Shamsudin hantar aku pulang ke Desaru menaiki keretanya.
Terima Kasih Samsudin. Jasamu ku kenang.

Tuesday 14 June 2016

KAWASAKI ZXR250 JOHOR-TTS BRIYANI UMAI KLUANG JOHOR 21 MEI 2016





TTS MENGELIBAS KARI KAMBING

LOKASI: KLUANG JOHOR

TARIKH: 21  MEI 2016, Sabtu

Baru je 20 hari pulang dari event di Morib, Selangor. Ramai dah yang mengelibas nak ride, dah gigil lutut lama tak ride katanya. So hasil kata sepakat, kelab bersetuju untuk TTS di Restoren Nasi Beryani Umai di Kluang Johor. Cadangan pada mulanya nak TTS di Kari Kambing 40 Hari (KK40H), namun akhirnya terpaksa di ubah memandangkan di KK40 Hari tak berapa sesuai untuk port lama-lama atas sebab jumlah pelangannya yang ramai dan tak putus-putus.


Pagi tu dalam pukul 7.15, aku dah sampai Kampung Tanjung Langsat, sebelum tu, kira-kira jam 4.00 pagi Shamsudin mesej aku kata tak dapat join ride. Adehh... lemah semangat aku bila rider harapan tak dapat join. Pagi tu aku kuatkan semangat, Sampai je Kg Tanjung Langsat aku terus tuju ke Warung Nasi Beryani (Kedai tu tak buka pagi, sesuai sangat jadi tempat aku tunggu Jepun, Yan, Irwan, Angah dan Abang Nazri Yunus. Jentera  Abang Nazri Yunus merajuk pulak pagi nie, dah hidup tak boleh nak mati…nasib baik dia pomen yang handal, heeee. Kami bertolak agak lewat pagi tu, sampai di RV Kulai pun tak de sesiapa. Rupa-rupanya Abang Rosli dah gerak ke Simpang Rengam, dia ingatkan dia dah kena tinggal. Azmi Redbull tetiba muncul membuatkkan kami kaget, haaa  ingatkan dia tak jadi pergi…

RV: HENTIAN SEBELAH KULAI
Abang Halim pula tak muncul-muncul rupa-rupanya kuda dia buat hal jugak, start tak nak hidup, ada masalah sikit pada wiring di bahagian kunci…banyak juga rintangan pagi nie. Nampaknya cip Halim pun dah macam putus asa. Beliau mintak kami gerak dulu. Tiba-tiba muncul seorang rider dengan menunggang Kawasaki Z800, Siapakah gerangannya?? laaa Sofri rupanya,..amboi dah upgrade dah kawan kita nie,…tahniah bro. 


Abg Halim dan jenteranya
Tengok jam pun dah jauh behind schedule, dengan berat hati konvoi yang disertai 8 buah jentera bergerak menuju ke plaza tol Simpang Renggam. Ketibaan kami di plaza tol disambut oleh Nazrun, abang Rosli dan Hasnul. Baru je nak sambung perjalanan, Abg Nazri Yunus bagi signal suruh tunggu dulu sebab Abang Halim on the way, dia mai juga tapi naik kereta. 

Perghhh semangat brotherhood macam nie yang susuah nak cari nie. Sedang asyik menunggu Salleh dan Fikri tiba di lokasi memberi kejutan. Depa memang tak kata confirm nak join sebelum nie, tu yang agak terkejut tu. 

Okey la tu dah bertambah riders, baru le meriah. Untuk makluman, Fikri dah upgrade ke Honda Cbr919, perghh marvelousss. 


Plaza Tol Simpang Renggam

ketibaan Fikri dan Salleh

Lebih kurang jam 10.30 pagi 13 buah jentera beroda dua dan sebuah jentera beroda empat bergerak meninggalkan Plaza Tol Simpang Rengam. Sampai di Mardi Simpang Renggam, Nazri Sulam  sudah menunggu untuk escort kami ke restoren yang hendak dituju.  Konvoi melalui jalan dalam yang berliku-liku, wahhh seronok lee memasing melayan selekoh-selekoh sepanjang perjalanan.



Lebih kurang jam 11.20pagi kami tiba di tempat kami nak bertts, memasing melepaskan penat sambil bersembang dan ada juga yang mengambil kesempatan menguji jentera z800 dan xj6 untuk dijadikan berkat, heeeeee. Patut le motor abang Nazri Yunus dan abang Halim buat hal pagi nie, merajuk rupanya, tak rela dimadukan, bhaaaaa.

motor legend Nazri Yunus-Jdt yang merajuk tak mahu di madu, bhaaa

first time irwan-West ride dengan geng-geng zx2r Johor

Tu dia CBR 919 Md Kri @ Fikri...macam kilat perginya

sebelah kiri xj6 laaa.....macam ada makna jaa niee,,,,

Bun tengah mengecek rim 17 zx2 Sofi...bhaaaa

Azmi terus surf mudah.my, ngeeee...
Abang Rosli pegang tak lepas-lepas z800 sofi tu ngeee...

Alien sudah mari...

macam mana kuda aku boleh park sebelah z8 dan xj6...macam rela dimadu ajer,
Nazri Sulam@ Bun beramas mesra dengan z800

Cip Halim bermanja-manja dengan xj6

Nazri Yunus "streching" dulu sebelum nak bermesra dengan XJ6

"Z8 KE XJ6.."

20 minit selepas tu, kami pun mengambil tempat di dalam restoren tersebut dan mula memesan minuman dan makanan. Tidak lama kemudian Hirman, Shafiq, Adi dan John Labu pun sampai mengiringi geng-geng riders daripada Batu Pahat, adalah dalam 12 orang rider semuanya, depa nie member kepada Hafizi@Panjang, sayangnya Si Hafizi pula tak dapat join sebab ada hal kecemasan. Sesi beramas mesra, makan dan minum berlanjutan hinggalah ke jam 12.30 petang. 

Hansul sedang berpuisi
sabar menanti Nasi Arab Kari Kambing...nyum..nyum..

Haii, cip lain macam tenungnya...
Alhamdulillah.....tangki dah full nie...
happy-happy
22 orang riders semuanya, berhimpun jalinkan silatulrahim-minat yang sama
Ok nak promote sikit betul kata Bun@Nazri Sulam , boleh tahan juga Nasi Beryani kambing kedai member dia tu, standing dengan kari kambing 40 hari.  Harga kat restoren nie pon ekonomi sikit.
Setelah penat bersembang dan tak ada modal lagi nak sembang, Konvoi pun bergerak pulang. Alhamdulillah,  semua rider selamat sampai ke rumah masing-masing.

Video clip : Keberangkatan Pulang ZXRian Jaybe



Susur keluar Tol Senai Utara

Lepak Jap...sambil tunggu kekawan yang belum sampai