Monday 6 May 2013

PERODUA KELISA KACUK L700


Inilah Perodua Kelisa yang telah berjasa kepada kami sekeluarga
 
               Dalam post sebelum nie aku ada cerita yang aku ada sebuah perodua Kelisa. Kelisa nie aku beli secondhand pada bulan Ogos 2007 di Permas Jaya. Aku owner yang ke -3 kepada jentera cute ala-ala mini cooper nie yang mempunyai abang lain mak sama bapak di Jepun yang digelar Daihastu Coure L700......

 
Gini le rupe asalnya kalau di Jepun  Coure L700

            Oleh kerana pertalian yang kuat antara Daihatsu dan Perodua. Lisa nama manja jenteraku  yang berwarna kelabu tu aku modified......aku membuat pembedahan komestik pada wajah depannya  menjadi mirip L700 ... nak buat Gino besar la pulak kosnya (cover set depan je cecah 4K) So untuk menaik seri wajah Lisa, aku dapatkan Bumper, side, hood , lampu depan L700 yang bernilai 1.3K tu di kedai halfcut Best Zone Taman Austin Johor Bahru......Taman Austin merupakan syurga hulfcut di Johor.  Kerja-kerja pembedahan tersebut telah dilakukan di sebuah pusat rawatan kecantikan yang letaknya berhampiran kawasan tersebut. selepas 3 hari, aku bawa Lisa ke kedai cat untuk ku salin dengan baju baru berwarna Meroon....sayangnya gambar Lisa telah hilang di dalam simpanan kerana hard disk note book ku telah rosak..
 
Ini contoh Kelisa yang telah di kacuk menjadi Coure


Bole juga di kacuk jadi macam nie Daihatsu Gino
   Apa yang aku boleh kongsikan mengenai Lisa ialah......dengan body yang Kompak, disumbatkan pula dengan enjin 3 silinder bersesaran 1000cc....Twin Cam....troque kereta nie memang tidak boleh dipertikaikan....kena pulak Lisaku tu kotak gear manual...mencanak perginya....Syiokk,,,
1000cc Twin Cam 16 Valve


                 Suapan bahan bakar mengunakan sistem injection menjadikan penggunaan minyak memang amat menjimatkan.....tapi apa-apa kereta pun kalau disebat gila-gila minyak larung jugak. So jadilah pemandu yang berhemah...Kelajuan maksima yang aku pernah bawa kereta nie setakat 145km/h......Salah aku yang terlalu mengikutkan nafsu...Lisa pernah di saman....speed trap di Lebuh raya Utara Selatan area Air Keroh Melaka dengan kelajuan 135km/h.......pada tahun 2012
 
Dalaman Perodua Kelisa

Ruang dalaman...maklum le cute kan...faham-faham aje lah....amat sesuai untuk kemesraan suami isteri......laga-laga bahu....heeee...
 
Balik Rumah Mak Mertua....Gambar Ihsan
      Aku pernah memerah kudrat Lisa ke Gerik Perak.....penggunan minyak sangat menjimatkan.....muatan ketika itu 3 dewasa 2 kanak-kanak....terbaek......satu lagi aku dah banyak kali  drive Lisa ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.....cuma kat highway tu rasa kerdil le sangat....sabo je laa....kecil-kecil cili padi...

Bahagian Belakang Lisa yang seksi.....gambar ihsan nie....heeee
Pandangan sisi
 

Dari segi ketahanan....memang lasak dan tahan...maklum le barang jepun...banyak part mai dari sana.....kereta nie tak banyak memeningkan aku sepanjang menggunakan perkhidmatnanya.....apa yang aku pernah tukar atau ganti
               1.     Minyak enjin dan gear box (standard le tu)
               2.     Bearing tayar belah depan dan belakang (gatal pakai sportrim 15"
               3.     Tabung Ekzos selepas 3 tahun (maklum le dah lama...)
               4.     Drive shaft (lepas aku guna 5 tahun)
               5.     Alternator (lepas guna 5 tahun)
               6.     penyelenggaran biasa (Tayar, Bateri, Timing belt, plug, air filter, Pad brek dll)
               7.     Servis aircond sekali (lepas 3 tahun guna)
               8.     Clutch....(lepas guna 4 tahun)
               9.     Absober depan belakang (2 tahun guna)

***makluman Lisa telah aku miliki ketika usianya telah mencecah 5 tahun.....dan dia telah berkhidmat kepada ku selama 5 tahun.....usianya menjangkau 10 tahun sebelum kami berpisah......
pada bulan September 2012........Lisa ku gantikan dengan Is....panggilan manja kepada Toyota Altis 1.6E yang mengambil alih tugas Lisa L700ku.....

Semoga review tentang Perodua Kelisa yang pernah berjasa kepada ku, dapat menjadi panduan kepada pembaca yang berkenan sangat untuk memilikinya.......Wasalam.....





Saturday 4 May 2013

KAWASAKI ZXR250 : KONVOI KE SEDILI BESAR KOTA TINGGI JOHOR

 
SSTMI RIDE TO TG SEDILI JOHOR 1st May 2013
          Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca.....agak lama aku tidak update blog nie....pendek cerita setelah sekian lama tidak berkonvoi akibat kesibukan tugas akhirnya plan aku dengan Zulhusni untuk organize satu konvoi melibatkan tenaga kerja SSTMI berjaya dilaksanakan. Alhamdulilah.....tak sangka plan yang tak sampai seminggu tu dapat juga sambutan walaupun hanya melibatkan 6 penunggang kuda besi buatan Jepun spesis Kawasaki....
Flyers yang tak seberapa nie....membuahkan hasil akhirnya....
            Dalam masa seminggu tu aku dan Zulhusni berkempen la jugak untuk menarik peserta-peserta tapi tak lah pulun sangat mcam ahli politik PRU 13....Aku pun target bawah sepuluh orang jee...Akhirnya pada 30 April 2013,  6 buah jentera membuat pengesahan untuk turut serta.....Aku dengan kuda tuaku ZX250R....Zulhusni ZX150rr....Zulkifli ZX150rr...Joroni Ninja 250r....Shafiq Ninja 250r....dan Hayazid KLX 150.....manakala Syhamsul ER6F tak dapat turut serta kerana terpaksa pulang ke Kg....Ckgu Kamalulai ER6n....ada urusan dengan tukang rumah...., Ckgu Mansor pulak takot kena tinggal sebab kuda dia 135cc jek..(Honda Rider) retro beb....Aku tak pelawa Boss (Virago535) sebab aku tahu dia tengah sibuk dan akan ke KL....Ckgu Ridzuan (Vulcan 500) isterinya sedang sakit......tak pe next time lah yea...Lamjah pulak dah jual motor z750nya...Kamal Kamsun beria-ia benar nak follow tapi belum  ade kuda...sabor bro....pelan2..

Tepat jam 6.00pagi Aku dah bersiap.....Alhamdulilah, Isteriku memahami hobiku... jadi hati pun senang le juga nak berkonvoi nie...tepat jam 7.30pagi kuda besi aku pun meraung memecah kesunyian Taman Desaru Utama...setelah memberi kudaku minum Ron95 di Petronas Bandar Penawar....aku pun menghala ke Main Gate SSTMI (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail). Hatiku lega seorang peserta dah sampai..Syabas!! Shafiq dan Ninja 250rnya.....tak lama lepas tu Hayazid pun sampai dan diikuti oleh Zulhusni dan Joroni.....dalam 15 minit kemudian barulah Zulkifli Aris muncul....its ok...sebab Zul mai dari Ulu Tiram yang jaraknya lebih kurang 50km tu dari Bandar Penawar (dah jadik dekat sebab adanya lebuhraya E22 SENAI-DESARU)....semangat rider!!!...dia kata banyak motor cub konvoi ke Tanjung Balau dan Desaru...memang pun...hari nie kan 1 Mei ...cuti Hari Buruh.....

Menunggu Rider dari Ulu Tiram


Penaja rasmi...heeee
 
                 Sebelum tayar bergolek semua riders memakai jaket keselamatan Alpine Star (mcm ditaja pulak..heee).....bila dah bergaya tu konvoi tidak melepaskan peluang bergambaran....setelah enjin jentera dihidupkan, dengan lafaz Bismillah....Konvoi bergerak meninggalkan SSTMI lebih kurang jam 8.15am....aku mengepalai ride...kami menghala ke Sedili melalui jalan Ladang Siang ..(sebenarnya 29 April,... Aku dan Zulhusni dah ricky jalan tu.....yea la nak memastikan keselamatan konvoi...heehh...)..perjalanan sangat lancar sebab tak banyak kenderaan melalui laluan ini. Alhamdulilah jalan pun tak banyak rosak dengan kelajuan 110-120km/j...konvoi mengambil masa lebih kurang 20 minit sampai di Jasembay...setiba sahaja di situ aku memberi laluan kepada Shafiq memimpin konvoi menuju ke Pekan Sedili Kecil sebelum berhenti rehat bersarapan....anggaran masa tiba ke Sedili dari Bandar Penawar lebih kurang 30 minit.

                 Bersarapan merupakan akiviti utama konvoi kali ini hii...hiii.....kedai pilihan kami ialah warung keluarga Farida, staff pejabat sekolah...tapi Farida tak balik cuti nie sebab  malam semalam dia terlibat dengan Majlis Graduasi Pra Universiti di Dewan Mawar JB....untuk tidak membuang masa kami parking kuda2 kami dan memesan sarapan pagi...nampaknya menu Nasi Dagang menjadi pilihan kebanyakan peserta....setelah memberi minum kuda-kuda petrol di stesen minyak berhampiran jeti sedili Kecil, konvoi meneruskan aktiviti menuju ke Jeti Sedili Besar......sekali lagi Shafiq memimpin Konvoi ke Jeti Sedili Besar.......laluan menuju ke Sedili Besar melalui kebun kelapa Sawit....agak mencabar......Hayazid tersenyum girang....."hehe....ini jalan KLX aku le raja"...katanya......dalam 5 minit kami sampai ke destinasi....aktiviti seterusnya...bergambaran laa.


Zuhusni....gembira berjumpa org Terengganu


satu kebetulan....konvoi di sertai semua jentera dari pengeluar Kawasaki

berpeluk tubuh di tengah terik matahari
 
Lepas bergambar kami cepat-cepat ke Jeti...ada bumbung ....maklum laa...matahari dah naik tinggi....kami mengambil masa kurang 10 minit untuk sampai di sini.

Adakah brader ni juga seorang rider...kaki asah lutut...tengok saje la seluarnya

Shafiq hampa....brader nie hanyalah bekas kumpulan rock Metal


                   Di jeti tu kami bersembang dengan brader pengusaha bot di situ....banyak jugaklah dapat info tentang Sedili Besar...masyarakatnya...dan kegiatan ekonomi mereka...betul la kata orang "Jauh berjalan banyak pengalaman"...sebenarnya tak le berapa jauh....heee......Menurut brader tu ada 4 buah botnya disewa untuk aktiviti memancing....salah satu botnya dah masuk majalah Umpan tahun lepas....hee..hee... katanya sambil tersenyum,,, terima kasih brader!!!!...lebih kurang jam 11.30pagi kami bergerak pulang melalui jalan menuju ke Kota Tinggi........sampai di simpang ke Kota Tinggi Zulkifli meninggalkan konvoi menghala ke Ulu Tiram.....kami meneruskan perjalan menuju jalan ke Simpang Waha...Hayazid meninggalkan Konvoi di simpang Waha....masa tu lee tangan dah gatal nak pulas telinga kuda masing-masing....heeee,...hee....sampai je simpang besar laluan Bandar Penawar-Kota Tinggi....kami berpisah dengan Shafiq yang menghala ke kanan....manakala Aku, Zulhusni dan Joroni memeruskan perjalanan menuju ke Bandar Penawar.....Lebih kurang 12.30tgh Aku sampai di rumah....Alhamdullilah sekali lagi...konvoi selamat pergi dan pulang....Terima Kasih kepada Zulhusni...Zulkifli....Joroni....Shafiq...dan Hayazid.....Special Thanks kepada Hayazid...walaupun KLXnya boleh pergi setakat 110km/j.. ia bukanlah penghalang untuk berkonvoi...yang penting minat....

Tak banyak gambar sebab fotographer profesional...Zulkarnain tak muncul2....haaaaa....haaa...

Zulhusni dan Joroni dah tak sabar nak konvoi lagi........




Kepada kawan-kawan...InsyaAllah kita akan berkonvoi lagi.....Target seterusnya Tanjung Piai Pontian Johor....

Sekian

Wasalam