Friday 11 September 2020

RIDE TO PENYABUNG MERSING, JOHOR

 



RIDE SANTAI PKPB  MENYANTUNI 

AHLI BARU Z1000SX  

11  SEPTEMBER 2020


     9.30 pagi ; Tayar 3 buah jentera bergolek menuju ke destinasi yang di rancang iaitu Peyabong          

Kamal sudah memiliki jentera Kawasaki Z100SX yang dibelinya di Johor Bahru. 

Jentera Kawasaki CBU terpakai itu didaftarkan  pada tahun 2014 

masih dalam keadaan baik dan mencatatkan rekod perbatuan yang masih rendah.



            Saja aku singgah depan MRSM Mersing, nak berposing di pagar utama
 sekolah di mana anak kedua ku Hani Insyirah menimba ilmu.



TANJUNG BULUH 


Perhentian pertama untuk sesi bergambar


Kawasan Perkelahan di tepi pantai yang dimajukan oleh Kemajuan Ekonomi Johor Tenggara (KEJORA) yang sedang menjadi kunjungan yang hangat setiap hujung minggu


SEDILI KECIL 


Perhentian ke-2 
Jsembay kawasan perkelahan yang telah menjadi tumpuan 
sekian lamanya.





PENYABUNG MERSING


Kami sampai di Penyabong 12.30 tgh, 
Alhamdullilah dapat menunaikan solat jumaat di sebuah Masjid berhampiran 
walaupon SOP yang ketat dan jumlah jemaah yang dihadkan.



Aku pun tak pernah sampai tempat nie. 
Subhanallah....Memang Nice lah tempat ni
banyak resort, ada Medan Selera masih baru lagi yang menjual makanan goreng tepung seperti
ikan, udang, sotong dan lain-lain. Sambutan amat menggalakan. 
Kena beratur  beb lebih-lebih lagi bila hujung minggu

    
                                                     Mr Kamal bersama Jentera ZX100SX

    
                                                                   Bro Mansor besama FZ1 





                                                          cantik pulau kecil di hadapan tu




                                    
                                            Sea View yang sangat cantik, tempat nie pun sudah di naik taraf
tempat parking yang luas, jeti baru yang sistematik dan medan selera yang luas dan teratur
 

PERJALANAN PULANG -MERSING


Mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan pulang
2-3 kali menempuh hujan sebelum sampai ke desitinasi


Monday 20 April 2020





SOBC : RIDE KE MAJLIS KENDURI KESYUKURAN PERKHAWINAN MAHADI DAN PASANGANNYA DI SERI KEMBANGAN SELANGOR





Ini merupakan ride pertama untuk tahun 2020, kira-kira sebulan selepas programRide To Krabi pada penghujung tahun 2019 bersama Tajam-Tajam, Cikgu Hirman dan CikguMansor.



Ride kali ini ringkas sahaja tentatifnya, ride jemputan khawin. Siapa yang khawin? Madi atau nama sebenarnya Mahadi rider dari Selangor yang ku kenal semasa Ride ke Morib Retromania 2016. Masa tu Team ZX2R Johor dan Selangor sedang meningkat naik. Persahabatan dengan Madi semakin erat apabila beliau turut serta dalam beberapa ride anjuran SOBC iaitu Ride to Phuket 2018 dan Ride Kembara Malaya pada tahun 2019. Kehadiran Madi dan Bob ke Kampung Tanjung Langsat memberi penghormatan terakhir kepada sahabat SOBC yang dikasihi Allahyarham Nazri Bin Yunos pada malam pertama kenduri Thalil arwahnya, telah membakar semangat aku untuk menghadiri Majlis perkhawinan Madi. Kebetulan pula aku memang diberikan kelapangan untuk ride ke Majlis Madi.


Majlis Thalil Allahyarham Nazri Yunos - Mei 2017

31 Januari 2020 - Jumaat
Setelah pengumuman diberikan, kira-kira sebulan sebelum ride, Akhirnya beberapa riders telah memberikan pengesahan untuk melapangkan masa menghadiri Majlis Perkhawinan Madi. 2 kumpulan bergerak secara berasingan. Saya bersama, Tajam-Tajam, Cip Halim, Amir, Nas Jepun, Hirman, Zaman dan Kawan Zaman (Lupa pula namanya) bertolak dari Johor. Manakala Yol@Fauzi bersama 10 orang (riders dari Kampung Langsat) akan singgah pada hari Majlis semasa dalam perjalanan pulang ride ke Utara.

Hentian Sebelah Kulai

Simpang Ampat Melaka


Kami mengisi minyak di Pagoh sebelum berhenti rehat di Simpang Ampat. Kami berhenti Solat Asar dan mengeteh di warung Pisang Goreng Beriman. Warung ini sudah tidak asing lagi bagi aku dan rakan-rakan. Kami meneruskan perjalanan, isi minyak di Seremban dan sampai di Plaza Tol UPM dalam pukul 730petang. Mahadi mengambil kami dan membawa kami terus ke rumah orang tuanya di Seri Kembangan, Kami berada di sana sehingga Majlis kenduri kesyukuran selesai. Di sana kami di sambut oleh Budu dan Bob, kami bersembang panjang malam itu. Pukul 12.00 pagi, Madi membawa kami ke tempat penginapan yang beliau sediakan. Terim kasih Madi.

Plaza Tol UPM Serdang

Majlis Kenduri Kesyukuran

Hadiah daripada SOBC

Masa untuk ZZZZZZZZZZ




1 Februari 2020 (Sabtu)

Riders dari Selatan 

Bersiap untuk ke Majlis

11.30 pagi, kami bersiap dan bertolak meninggalkan tempat penginapan menuju ke Majlis Madi di Seri Kembangan Selangor. Setibanya di sana ramai geng2 ZXRian Selangor sudah ada di tapak Majlis. Seronok dapat berjumpa semula dengan geng2 lama Akmal, Wak, Oniel, dan berapa orang sahabat baru yang rasanya macam dah lama kenal seperti, bro Suhaimi, Bent, Rahim, Andika dan lain-lain. 

Ketibaan

Tajam-Tajam menurunkan ilmu untuk pertempuran pengantin

Tajam-Tajam dan Madi

Bersama Oniel 

Amir dan seterunya Madi...wakakaka..

Bhai , Hush, Bob dan Madi

Cikgu dan oniel 

Yol make sure tak salah rumah.hahah..

Amir dan Idolanya


Cikgu Hirman dan Yol

Bersiri dari Kiri : Shahrom, Budu dan Akmal
Duduk dar Kiri: Bro Suhaimi dan Bro Bent




Kami bersembang panjang dan program diakhiri dengan sesi bergambar kenangan beramai-ramai bersama pengantin sebelum bertolak pulang. Alhamdulillah Konvoi selamat pulang ke rumah masing-masing. 


Aku sampai jam 11.00 malam. Bersembang panjang dengan Nas di RnR  Layang. 









Thursday 16 April 2020







Southern Old Bikes Club : Jelajah Pesisir Pantai Timur Malaysia


13 & 14 Mac 2020 (Jumaat dan Sabtu)

Jam menunjukan pukul 3.30 petang, tanpa berlengah aku mengidupkam enjin jentera pengembaraan ku Fazer 8.  Setelah pasti segala kelangkapan telah ku bawa aku bertolak dari rumah meninggalkan anak dan isteri buat seketika untuk keluar bermusafir di bumi Allah.  Aku melewati rumah sahabatku Mansor sambil menekan hon dan menunjukan isyarat aku menunggunya di depan. (dia faham maksudku, ini bukan kali pertama aku keluar ride bersamanya.  Setibannya aku di Jalan Surian aku memberhentikan motorsikalku di bahu jalan yang dipayungi rimbunan pokok yang rendang. Hampir 5 minit menunggu akhrnya muncul Mansor dengan jenteranya FZ1. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Stesen Minyak BHP jalan Kota Tinggi Mawai. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir setengah jam. 




Kami berehat sebentar di stesen  minyak tersebut sambil menunggu seorang lagi kawan kami bro Halim yang bertolak dari Pontian.  Kami menunggu bro Halim dan sempat menunaikan solat Asar di situ.

4.40 petang kami bertiga bertolak ke Mersing, meneruskan perjalanan yang mengambil masa hampir sejam melalui jalan yang berselekoh dan bergelombang. Setibanya di Mersing kami menuju ke Warung Nasik Padang Pak Ali untuk berehat dan bertemu dengan seorang lagi sahabat kami Cikgu Hirman dari Kluang yang akan turut serta. Setelah minum dan berehat kami mengisi minyak di Caltex dan meneruskan perjalanan ke homestay yang telah ditempah di Tanjung Gemuk. Dua lagi sahabat kami Tajam-Tajam dan Amir bertolak lewat petang dan sampai ke homestay selepas Isyak.










14 Mac 2020- Sabtu

7.00 pagi kami sudah bergerak meninggalkan homestay dan bersarapan di warung sekitar homestay kami. Warung kampong, memang best. 
















Selesai bersarapan kami meneruskan perjalanan melalui Rompin, Pekan, Tanjung Lumpur dan  PusaT Peranginan Cherating. 


Kami berhenti di dua tempat iaitu di Pekan untuk mengisi minyak dan di Cherating untuk berehat. Cuaca
agak panas hari ini, kenderaan semakin banyak di jalan raya. Berbanding dengan ride sebelum ini kami cenderung menggunakan Lebuhraya Pantai Timur, tapi untuk siri jelajah kali ini kami akan melului pesisir pantai. Oleh itu, masa dan jarak perlu diambil kira supaya kami boleh sampai ke destinasi yang pertama tanpa terlepas venue-venue penting yang perlu di singgah.





Setelah minum air kelapa dan melihat keindahan pantai peranginan Cherating kami meneruskan perjalanan dan berhenti berehat sekali lagi di kawasan Kemaman menikmati makan tengahari.




Perjalanan diteruskan melalui Dungun, Kertih, Paka, dan berhenti mengisi minyak di Paka dan berhenti rehat di Rantau Abang. 



Kami memeruskan perjalanan hingga tiba di Marang, kami teruja melihat banyak kedai menjual air Nira Kelapa di bahu jalan. Kami berhenti dan berehat di sebuah kedai sambil menunggu sahabat aku Cikgu Zulhusni dari Kuala Terenggnu untuk memandu arah kami ke Jambatan Angkat Terengganu.








Kami meneruskan perjalanan, meninggalkan Marang dan memasuki Daerah Kuala Terengganu berdepan dengan kesesakan trafik. Alhamdulillah aku tak pasang side box ride kali ini, senang la sikit FZ8 aku nak menyelit di tengah-tengah kesesakan. Cikgu Zul membawa kami melalui kawasan Batu Buruk terus melalui jalan pintas mengelak menempuh lampu isyarat di kawasan bandar. Kami tiba di Jambatan Angkat lebih kurang jam 5.00 petang. Kami berhenti mengambil bergambar kenang-kenangan bersama jentera dan rakan. Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalan menuju ke Setiu Terengganu.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu










Penghujung destinasi kami hari ini adalah di Pantai Peranginan Penarik. Kami nak makan makanan laut Goreng Celup Tepung dan akan menginap di HZ Chalet berdekatan dengan kedai makan itu. Sotong Goreng Celup Tepung adalah kesukaan ku. Setelah menunaikan solat menikmati hidangan yang lazat di tepi pantai mengadap lautan biru yang terbentang luas. Ini kali kedua aku ke sini, kali pertama bersama keluarga semasa cuti sekolah penghujung tahun 2019.


Pantai Peranginan Penarik Setiu

Syurga makanan Celup Tepung


Memang puas hati



HZ Chalet  

 
11.30 malam Mansor mendapat perkhabaran bapa mertuanya telah meninggal dunia. Setelah berbincang kami meminta bantuan cikgu Zul untuk meminjam keretanya bagi membolehkan Cikgu Mansor dan Cikgu Hirman bergerak pulang ke Muar malam ini juga.  Sebenarnya mengikut  perancangan mereka berdua akan bertolak pulang pada esok hari dan menamatkan jelajah hingga ke Terengganu sahaja. Tapi lebih elok jika beliau dapat sampai awal pagi esok memberi penghormatan terakhir untuk bapa mertuanya. Kepada sahabatku Cikgu Zulhusni, kami merakamkan setinggi penghargaan, semoga Allah swt akan membalas kebaikanmu sekeluarga.




15 Mac 2020 – Ahad

8.00 pagi kami baru bertolak meninggalkan chalet, awal pagi semalam kawasan Setiu dilimpahi rahmat, hujan turun dengan lebatnya. Kami mengisi minyak di Caltex berdekatan dengan chalet tempat kami menginap sebelum memulakan perjalanan. Kini kami hanya berempat meneruskan misi. Kami bersarapan di kawasan Permaisuri sebelum meneruskan perjalanan melalui Besut  dan terus menuju ke Kota Bahru Kelantan.




Hajat untuk ke Pantai Irama di Bachok terpaksa di batalkan, kami harus ke Kota Bahru dan berehat panjang di sana kerana perlu menukar tayar belakang motorsikal Bro Halim yang mengalami kerosakan. Mujur ada kedai yang menjual tayar terpakai kondisi 95%  dengan harga RM200.00 siap pasang.  

Pusat Bandar Kota Bahru : Gerbang Ilmu




Tukar tayar moto Cip 

Menempuh lampu isyarat di Kota Bahru dalam suhu yang panas adalah pengorbanan yang terpaksa kami hadapi untuk menikmati kemanisan pengalaman menunggang motorsikal berkuasa tinggi ke Kota Bahru Kelantan. Ini merupakan pengalaman kali pertama buat aku dan rakan-rakan ride memasuki Kota Bahru. Kali terakhir aku ke sini pada tahun 2003 menaiki kereta. Banyak kemajuan dan pembangunan berlaku dengan pesat di sini. Syabas Kelantan Darul Naim.






Kami menyambung perjalanan keluar dari Kota Bahru, menuju ke Pasir Mas melalui Rantau Panjang sebelum berhenti solat di Masjid dan berehat di Kedai makan di Jeli berdekatan dengan Universiti Malaysia Kelantan. Kami melalui Lebuhraya Timur-Barat menuju ke Gerik, ride kali ini kami tidak berhenti di kawasan rehat Puncak Banjaran Titiwangsa kerana “behind sechedule’. Kami berhenti rehat di Jeti awam Pulau Banding dan melepaskan waktu Maghrib berlalu sebelum meneruskan perjalanan.

Hentian Royal Belum




Nasihat aku kepada pembaca cuba elakkan melalui lebuhraya ini pada waktu malam. Selama ini dengar cerita orang, kali ini jadi pada diri sendiri, semasa  menunggang motorsikal kira-kira 20km lagi sampai ke Felda Bersia , aku dikejutkan dengan bunyi hon sebuah lori kecil yang dipandu dengan pelahan. Aku jadi hairan sepertinya amaran untuk berjaga-jaga di hadapan. Di belakangku bro Halim bersama jentera XJ6nya, Tajam-Tajam dan Amir bertolak lewat sedikit daripada kami dari Jeti awam jadi mereka jauh dibelakang.  Tak sampai seminit berselisih dengan lori tadi, dihadapanku di sebelah kanan jalan jelas kelihatan 2 ekor gajah dewasa bersedia untuk melintasi jalan menuju ke sebelah kiri  jalan. Aku dengan rasa terkejut terus memecut meninggalkan gajah itu begitu juga dengan bro Halim. Pengalaman yang tidak akan ku lupakan. Kami tiba di homestay Gerik dalam jam 8.30 malam.



16 Mac 2020-Isnin


8.00 pagi, kami bergerak meninggalkan tempat penginapan  meuju ke Pengkalan Hulu, setibanya di Plang kami berhenti bersarapan di sebuah warung berhadapan dengan sebuah sekolah menengah. 

Plang Gerik



Kami meneruskan perjalanan melalui Pengkalan Hulu, Baling dan SIK Kedah. Kami sempat singgah bergambar di Pengkalan Hulu, Dataran Puncak Gunung Inas dan Route 67 Baling.











Puncak Gunung Inas




Sebelum ke Tasik Pedu antara destinasi penting dalam tentative kami. Kami singgah di Jeti Awam tasik Gubir berehat dan minum di warung tepian tasik. Ini kali kedua aku dan Tajam-Tajam sampai ke sini. Berbeza pada kunjungan kami pada bulan Disember 2017, air tasik dekat dengan tebing jalan dan warung. Tapi kali ini air menyusut jauh dari tebing jalan hampir 1km kerana musim kemarau.

Tasik Gubir Sik  Kedah









Toman Tasik 5KG

Perusahan membuat Ikan Perkasam

Kami meneruskan perjalanan ke Tasik Pedu. Kawasan pelancongan yang bangunkan dengan resort-resort mewah di sini telah ditutup kerana tidak mendapat sambutan pengunjung. Tiada apa yang menarik di sini selain melihat tasik yang mengalami nasib yang sama seperti Tasik Gubir dan kehijuan alam sekitarnya. Tiada gerai dan jeti untuk memesan air. Berehat sebentar dan meneruskan perjalanan. Jika pembaca behasrat hendak ke sini, datang lah berkawan dan jangan masuk ke kawasan tersebut setelah waktu Asar (tidak digalakkan). Jalan masuk ke dalam dari jalan utama lebih daripada 6 km, jalan sunyi dan sudah tidak terurus.

Tasik Pedu
















Perjalanan diteruskan melalui Kuala Nerang, dan Langgar sebelum konvoi memasuki lebuhraya Utara Selatan. Destinasi akhir kami hari ini adalah menuju ke tempat penginapan di Homestay Bendang Haji Said Kepala Batas Pulau Pinang.  Homestay luas, bersih dan setiap bilik ada penghawa dingin.


Bonus sebab homestay ni terletak di kawasan sawah padi, tapi bertabahlah panasnya di waktu siang.  Malam selepas makan aku melihat berita di televisyen jumlah positif COVID-19 semakin bertambah mendadak. Kami menjadi tidak keruan, Kerajan behasrat melakukan PKP sehari dua lagi. Rakyat Malaysia semakin gelisah dengan perkembangan tersebut.



Kepala Batas Pulau Pinang












17 Mac 2020-Selasa



Kami membatalkan hasrat untuk ke Bangi dan mengubah route ke Janda Baik Pahang, Kami memasuki lebuhraya Utara-Selatan dari tol Sungai Dua dan keluar di tol Tanjung Malim. 

RNR Gurun

Add caption






Tanjung Malim-Berehat sebentar

asyikkk

ini kat Batang Kali, cable clutch pulak terlepas 😀

Oh yea sebelum tu kami sempat singgah ke Gua Tempurung. Kami melalui jalan persekutuan dari Tanjung Malim menuju ke Batang Kali sebelum memanjat Genting Highland (First Time nie!!) dan terus menuju ke Janda Baik. Setibanya di sana kami mendapat perkhabaran PKP (Perintah Kawalan Pergerakan akan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tgh ini!! 18-31hb Mac 2020). Lepas Maghrib kami ke Balai Polis Bukit Tinggi untuk mendapatkan slip kebenaran merentas negeri. Nasib baik menyebelahi  kami kerana tiba awal di balai, orang belum ramai serbu.  




PKP-SURAT KEBENARAN RENTAS NEGERI

Malam itu tak senang nak tidur, kami buat keputusan untuk  bertolak pulang  meninggalkan Janda Baik jam 3.00pagi. Kami memasuki lebuhraya Karak dan keluar di Gombak Kuala Lumpur jam 4.00pagi. Setelah mengisi minyak kami meneruskan perjalanan melalui pinggir Kuala Lumpur memasuki lebuhraya Utara-Selatan dari tol Sungai Besi. Kami tiba di Kawasan Rehat Ayer Keroh jam 5.00 pagi. Perjalanan tersangkut di sini, Tajam-Tajam hilang dari radar. Aku patah balik, dapat panggilan dari Amir Tajam-Tajam beritahu suruh teruskan perjalanan sebab lampu motorsikal dia tidak menyala. Kami bertiga meneruskan perjalanan dari R&R Ayer Keroh sebelum berhenti mengisi minyak dan sarapan di KFC R&R Pagoh.  (Bungkus sahaja).



 Selesai sarapan kami meneruskan perjalanan, bro Halim keluar di susur Sedenak manakala aku dan Amir masuk ke Lebuhraya Senai-Desaru. Kami berdua mengisi petrol di kawasan rehat Layang sebelum bergerak ke rumah masing-masing. Alhamdulillah pukul 10.30pagi aku selamat sampai di rumah.

(Tamat Kuarantin Fasa 1: 18-31 Mac 2020- Alhamdulillah). Masa aku menulis nie dah masuk hari ke 6 Fasa ke-2PKP (1-14 April 2020)