Wednesday 13 May 2015

PAKAR KAWASAKI ZXR250 JOHOR :BENGKEL RASMI ZXR250 JOHOR






TANJUNG LANGSAT DAN ZXR250 JOHOR BERPISAH TIADA

 
JALAN MASUK KE KAMPUNG TANJUNG LANGSAT JOHOR
 
kawasan perindustrian di kanan dan kiri jalan menuju ke Kg Tanjung Langsat 
terletak di tepi kawasan laut
 

MUKADIMAH 

Assalamualaikum dan salam sejahtera
selawat dan salam untuk Nabi Junjungan Muhammad saw......


Selepas keluar Wad keadaan kuda besiku masih tak memuaskan. Yea dah boleh start dan jalan…tapi yang sedihnya depa tuning crab macam hampeh…bila tarik kelas mengerang…..bila bagitahu senang je cakap moto nie ada modified kot…lagi pun dah tua...cis...ciss...dan ciss....Sebelum nie tak pernah jadi pon….tuning crab, tukar myk enjin, tukar airfilter, oil filter,,,,tapi???? Aku nie bukan jenis suka cari pasal…tak pe aku Redha pasti ada hikmah disebalik kejadian nie.  Dengan berat hati aku bawak kudaku pulang, baru lepas turun susur tol Cahaya Baru lebuhraya E22 aku rasa semacam masa nak ambik corner..berat dan keras….aku tak nak ambil risiko, pelahankan kelajuan dan bwk moto dgn penuh skema lalu parking di bawah jejambat di bahu jalan….seperti jangkaanku..tayar belakang tak ada angin..???

Berlakon sat - pegang HP kat telinga konon-konon tengah bergayut....haaaaa

Mujur la Bro Art sudi membantu
….puas aku check tapi tayar bukan terkena paku atau objek tajam, rasanya bal tiub rosak….aku tenangkan diri, keluarkan hp dan call Bro Art minta bantuan, Alhamdulilah Setengah jam kemudian Bro Art datang menaiki Kriss Dinamik membawa pam manual. Aku amat terharu, inilah persahabatan…brotherhood bro…walaupun aku baru  dua kali tts dengan Bro Art. Lepas isi angin kami bergerak ke Kg Tjg Langsat untuk tindakan selanjutnya.


Ambil moto tak beritahu abang kawasan, kan dah kena.....heeeeee
 Kehadiran ku di sambut dgn senyuman oleh abg Nazri Yunus dan Samsudin, asst Nazri. Dengan kepakaran mereka bertiga bal baru Berjaya dipasang…Alhamdulilah…lepas tu kami melepak la di restoren tepi pantai bersembang sambil minum dan makan. Abg Nazri bagi tahu crab ada masalah dan ekzos ada kebocoran ada masa di suruh mai bengkel dia. Aku target sabtu nie!!!!!


langsung saja ber TTS


TTS @BREAKFAST DI TANJUNG LANGSAT (17 JANUARI 2015 @ 26 Rabiulawal 1436H




9.30 pagi

Pagi sabtu tu,  aku bukan sendirian, Kid, Fakrul, Ijat menemaniku ke Tg Langsat. Kami dah plan nak sarapan kat kedai Nasik Lemak berdepan dengan masjid sebelum ke workshop Nazri Yunus. Kebetulan Nazri Yunus pon ada kat warung tu, tak lama selepas tu samuel dan isterinya datang dan bersama-sama menikmati nasi lemak yang sangat sedap tu. Tidak lama kemudian, Sem asst Nazri pon mai….lepas bersembang kami ke workshop.
 
Warung sarapan pagi yang menghidangkan menu yang menyelerakan
 
kuda besi Aku, Fakrul dan Kid

sebelah kiri nie Sem, Asst Bro Nazri Yunus, sebelah kanan tu Fakrul

Ijat depan sekali sebelah kanan dan Samuel kat sebelah aku


 Menu utama pagi nie:  Nasik lemak telur goyang,...ngeeee


TUNNING  / MELARAS KARBURETOR  KAWASAKI ZXR250

11.30 pagi

Sem memulakan tugas melaras semula angin dan minyak pada crab…lepas 30 minit, kerja melaras Karburetor pun selesai…..Alhamdulilah karburetor dah ok…Tuning canteek, Tinggal ekzos jew... bunyik kelepek..kelepek hujung-hujung sebab ada kebocoran.  

Kid ringan tulang membantu

kesian dia masuk wad sekali lagi


BAIKI KEBOCORAN EKZOS KAWASAKI ZXR250

Tak lama lepas tu Nazri Yunus pulang dar JB…terus ditanggalkan ekzos, setelah diperiksa beberapa kebocoran dikesan di celah-celah coronng ekzos…Terus di potongnya ekzos tu untuk memudahkan kerja kimpalan…sejam selepas itu ekzos siap dikimpal semula dan dicantum dengan sempurna. Sem  mengambil alih tugas mengecat ekzos. 


Ekzos ZX2R tak guna gasket taw.....


Alatan lengkap

doktor pakar sedang membuat hipotesis....heee

kerja-kerja kimpalan


Sem tekun mengecat sambil menyanyi lagu M Nasir...haaa


Abg Nazri simpati kat tank moto aku yg terkena 
cat layang semasa kat workshop hari tu...thanks bro


Sem melaras tensioner moto Kid dengan jayanya

LANGKAH KANAN
Sementara menunggu cat kering Nazri menjemput aku, kid dan Fakrul makan tengahari dirumahnya, sedap betul makan asam pedas yg dimasak oleh isterinya Kak Anita....terbaeek, Fakrul sungguh berselera. 

Alhamdulillah rejeki jgn di tolak

seriusss sodap bebonar...

4.45 petang 

Selepas Asar kami bergerak balik meninggalkan kg Tanjung Langsat yang Indah permai. Berbaloi baloi tuning crab kat Tanjung Langsat..kerja tip top harga berpatutan…terima kasih Nazri Yunus dan Sem…korang bukan pomen aku..korang sahabat aku dunia akhirat….terima kasih juga buat sahabat pencinta dua roda Kid, Fakru, Ijat dan Sam kerana luangkan masa temankan abang kat Tanjung Langsat seharian.Jasamu dikenang!!!



PANDUAN KE BENGKEL NAZRI YUNUS DI KAMPUNG TANJUNG LANGSAT

Macam mana nak mai Tanjung Langsat ….dari lebuhraya Pasir Gudang terus sahaja hingga jumpa papan tanda yang menunjukan arah ke Tanjung Langsat. Lepas masuk kampong anda kan jumpa masjid sebelah kiri, teruskan perjalanan lebih kurang lima  meter selepas masjid,  masuk simpang kanan (ada sebuah kedai runcit) ikut je lorong tu sampai tak jumpa jalan lagi..kat situ lah workshopnya.


Jambatan Lebuhraya E22 dapat dilihat jelas di jeti Tanjung Langsat

Restoren di atas Air menyediakan menu hidangan makanan laut yang lazat dan berpatutan

Jeti utama KampungTanjung Langsat-Ada kedai asam pedas sedap kat sini (lunch only)
Manakala Dari lebuhraya utara selatan pula, turun plaza tol senai utara, lepas melalui plaza tol masuk susur kiri, ada papan tanda menunjukkan arah Desaru dan Pasir Gudang….anda akan memasuki lebuhraya E22…. Selepas itu Keluar ke plaza tol Cahaya Baru…..ikut arah ke Tanjung Langsat.  Mudah sahaja.

Tempat port utama geng-geng ZXR250 Johor

Try laa yeaa....segar tuu

Nasik Beryani pon ada tauuu

yang minat memancing pon boleh contact Bro Nazri Yunus

SEKIAN

Makluman semua, Bengkel masih beroperasi tetapi lokasinya sudah berubah di rumah Shamsudin, Kejuteraan Langsat Maju Enterprise. Untuk ke sana ikut laluan seperti di atas tetapi belok kiri selepas Masjid, terus sahaja, Bengkel Sudin terletak bersebelahan rumahnya dan berdepan dengan SK Tanjung Langsat.

BERNAUNG DI BAWAH KELAB KAWASAKI ZXR250 JOHOR





 
DI PASARAN MALAYSIA PADA TAHUN 1997-2001


2014-ZERO RIDE YEAR



Tahun paling pasif aku dalam dunia motorsikal, selepas konvoi ke Tanjung Piai, Pontian bersama Bro Bikerz pada pertengahan 2013, aku dan kudaku menyepi. Shafiq terlibat dengan kemalangan, dia cedera ringan tapi itulah kali terakhir aku lihat Ninjanya. Jironi pula tumpukan perhatian persiapan untuk sukan Sea bulan Disember 2014. Tahniah buat sahabat kami tu, beliau berjaya merangkul pingat Emas dalam acara larian yang digemarinya. Bermula awal bulan Januari hingga Mac aku dan Zul sibuk dengan tournament Hoki Liga Remaja dan di sambung pula dengan Liga Hoki Malayisa Divisyen 1 sehingga bulan  Jun. Tak lama kemudian Jironi jual kudanya dan bersara. Hayazid semakin slow dan menyepi. Kudaku terus sejuk…hanya sekali sekala aku panaskannya. 

MASUK WAD SERVIS CRAB

….Akhirnya pada 19hb Dis 2014 kudaku terpaksa di hantar ke bengkel…lama sangat tak dihidupkan minyak mendak di Karburator. Mintak  servis la tu…huu.hu..




 
LOGO KELAB KAWASAKI ZXR 250 JOHOR


LEFT NO ONE BEHIND

THE STORY OF : KELAB KAWASAKI ZXR250 JOHOR
Secara rasmi aku menjadi ahli Kelab kawasaki ZXR 250 Johor pada tahun 2012.  Di mana Facebook menjadi medan utama perhubungan ahli kelab, laporan aktiviti, perkongsian ilmu teknikal permotoran esp zx2r dan iklan-iklan.  aku diperkenalkan  Kelab nie oleh Fadzli Puma (Thanks bro!!!). 



Fadzli Puma

Sekarang kuda ini milik Salleh
Ntah mcm mana aku boleh sapa gambar geng ZXR Johor konvoi ke Tanjung Balau awal tahun 2012 yg dipostkan di FB. Bermula dari peristiwa tu lah aku kenal dan mengikuti perkembangan group ini.

BARISAN KUDA - KUDA LIAR ZX2R SEAWAL PENUBUHAN KELAB

PAAN BERAKSI DI LITAR


BRO ART BERAKSI DI LITAR PASIR GUDANG

Bro Anol and the gang

Pada peringkat permulaan, aku berkobar la jugak dalam facebook, tapi lama kelamaan aku banyak ketingalan sebab keupayaan internet di kawasan perumahanku yg agak mengecewakan. Kedudukan aku yang jauh dari Pasir Gudang dan Johor Bahru membuatkan aku lebih selesa lone ranger....tambahan pula di Kota Tinggi masa tu tak de  rider zx2r yang dapat dijejak untuk jadikan geng.

FAMI ZX2R

Menurut Fami (salah seorang pengasas group ini), dia, cikgu Eppy, Joe dan Fadli Puma merupakan antara pengasas group ini sekitar tahun 2011. kemudian ahli group bertambah dan group menjadi rancak dengan kehadiran saudara Art Razak, Nazri Yunus, Paan, Khairudeen, Rosli, Anol, Adi Tora, Paan, John Labu dan lain-lain.

DARI KIRI : NAZRI YUNUS, EPPY DAN FADZLI PUMA

EPPY DI HARI BAHAGIANYA - ESCORT BY ZX2R JOHOR



 
CIP HALIM

JOE ANTARA ANGGOTA AWAL KELAB ZXR250 JOHOR


RIDE SANTAI DI TANJUNG BALAU KOTA TINGGI JOHOR 2014



Pada tahun 2014 menyaksikan 2 orang penting kelab zx2r mengundurkan diri dalam dunia permotoran. Beliau ialah Fadli Puma dan Cikgu Eppy....sayang sekali kerana aku belum sempat mengenali mereka ini. Patah tumbuh hilang berganti, kehadiran Norhalim, Wan Junior, Hami, Syazwan Lokman, Izzat Adnan,  Eric Firdaus, Nazri Sulam, Ijat, Epul, Samuel, Samsudin, Salleh, Kid, Mat Nor, Mus, Azmi Redbull, Rin, Fakrul dan ramai lagi (maaf kalau ada yg tertinggal) terus memberi nyawa kepada kelab. Rider buka sahaja dari model zx2r...tetapi nama kelab masih kekal. Aku jadi Xcited balik bila group nie aktif semula dengan pimpinan abang Halim dan Eric Fridaus. Konvoi group ke Tanjung Balau pada 6 hb Disember 2014 mula menaikan semangatku semula.., tapi sayangnya masa tu kudaku tak sihat, di tambah pula aku dan keluarga telah merancang pulang ke kampung mertua di Perak pada hari tersebut. Tak sangka boleh selisih dengan geng2 nie di highway E22 Senai-Desaru. Selepas pulang dari kampung, pada 25hb Dis ZXR Johor bertandang pula ke Mersing Johor sebagai acara penutup untuk event 2014. Sekali lagi aku hanya mampu melihat kemeriahan aktiviti mereka di FB, kuda aku pulak masih di wad lagi, belum di sentuh.





RIDE SANTAI MERSING JOHOR 2014
 


Dari Kiri: Samuel, Samsudin,Kid,Nazri Yunus,Kelly, Fakrul & Azmi


PENGLIBATAN AKTIF DALAM KELAB – Group Whatassp pemangkin utama


Geng ZXR Johor  sudah lama bersosial menggunakan aplikasi Whatassp. Aku je yang ketinggalan. Akhirnya dengan bantuan Nazri Sulam dari Kluang aku berjaya dimasukkan dalam group tersebut lebih kurang jam 12.00pagi tanggal 25 Disember 2014. Bermula pada saat itu aku mengenali orang penting zx2r di Johor iaitu bro 

1.       Art Razak (Taman Scientax) Pasir Gudang : Pakar teknikal ZX2r, automotif dan mekanikal
FIRST TIME TTS DENGAN BRO ART DI TMN SCIENTAX  PASIR GUDANG






 
TTS KEDUA BERSAMA NAZRI YUNUS DI KG TANJUNG LANGSAT

2.       Nazri Yunus (TanjungLangsat) : Pakar Bedah ZX2R, superbike, motorsikal, kereta, lori, enjin bot, kerja kerja kimpalan, cat dan air brush.
Dilain entri aku akan story pasal pakar bedah ZX2R johor nie @ merangkap pomen rasmi ahli kelab Zx2R Johor.

**SUMBER FOTO :  KELAB KAWASAKI ZXR250 JOHOR DAN SIMPANAN PERIBADI PENULIS