Wednesday, 13 May 2015

BERNAUNG DI BAWAH KELAB KAWASAKI ZXR250 JOHOR





 
DI PASARAN MALAYSIA PADA TAHUN 1997-2001


2014-ZERO RIDE YEAR



Tahun paling pasif aku dalam dunia motorsikal, selepas konvoi ke Tanjung Piai, Pontian bersama Bro Bikerz pada pertengahan 2013, aku dan kudaku menyepi. Shafiq terlibat dengan kemalangan, dia cedera ringan tapi itulah kali terakhir aku lihat Ninjanya. Jironi pula tumpukan perhatian persiapan untuk sukan Sea bulan Disember 2014. Tahniah buat sahabat kami tu, beliau berjaya merangkul pingat Emas dalam acara larian yang digemarinya. Bermula awal bulan Januari hingga Mac aku dan Zul sibuk dengan tournament Hoki Liga Remaja dan di sambung pula dengan Liga Hoki Malayisa Divisyen 1 sehingga bulan  Jun. Tak lama kemudian Jironi jual kudanya dan bersara. Hayazid semakin slow dan menyepi. Kudaku terus sejuk…hanya sekali sekala aku panaskannya. 

MASUK WAD SERVIS CRAB

….Akhirnya pada 19hb Dis 2014 kudaku terpaksa di hantar ke bengkel…lama sangat tak dihidupkan minyak mendak di Karburator. Mintak  servis la tu…huu.hu..




 
LOGO KELAB KAWASAKI ZXR 250 JOHOR


LEFT NO ONE BEHIND

THE STORY OF : KELAB KAWASAKI ZXR250 JOHOR
Secara rasmi aku menjadi ahli Kelab kawasaki ZXR 250 Johor pada tahun 2012.  Di mana Facebook menjadi medan utama perhubungan ahli kelab, laporan aktiviti, perkongsian ilmu teknikal permotoran esp zx2r dan iklan-iklan.  aku diperkenalkan  Kelab nie oleh Fadzli Puma (Thanks bro!!!). 



Fadzli Puma

Sekarang kuda ini milik Salleh
Ntah mcm mana aku boleh sapa gambar geng ZXR Johor konvoi ke Tanjung Balau awal tahun 2012 yg dipostkan di FB. Bermula dari peristiwa tu lah aku kenal dan mengikuti perkembangan group ini.

BARISAN KUDA - KUDA LIAR ZX2R SEAWAL PENUBUHAN KELAB

PAAN BERAKSI DI LITAR


BRO ART BERAKSI DI LITAR PASIR GUDANG

Bro Anol and the gang

Pada peringkat permulaan, aku berkobar la jugak dalam facebook, tapi lama kelamaan aku banyak ketingalan sebab keupayaan internet di kawasan perumahanku yg agak mengecewakan. Kedudukan aku yang jauh dari Pasir Gudang dan Johor Bahru membuatkan aku lebih selesa lone ranger....tambahan pula di Kota Tinggi masa tu tak de  rider zx2r yang dapat dijejak untuk jadikan geng.

FAMI ZX2R

Menurut Fami (salah seorang pengasas group ini), dia, cikgu Eppy, Joe dan Fadli Puma merupakan antara pengasas group ini sekitar tahun 2011. kemudian ahli group bertambah dan group menjadi rancak dengan kehadiran saudara Art Razak, Nazri Yunus, Paan, Khairudeen, Rosli, Anol, Adi Tora, Paan, John Labu dan lain-lain.

DARI KIRI : NAZRI YUNUS, EPPY DAN FADZLI PUMA

EPPY DI HARI BAHAGIANYA - ESCORT BY ZX2R JOHOR



 
CIP HALIM

JOE ANTARA ANGGOTA AWAL KELAB ZXR250 JOHOR


RIDE SANTAI DI TANJUNG BALAU KOTA TINGGI JOHOR 2014



Pada tahun 2014 menyaksikan 2 orang penting kelab zx2r mengundurkan diri dalam dunia permotoran. Beliau ialah Fadli Puma dan Cikgu Eppy....sayang sekali kerana aku belum sempat mengenali mereka ini. Patah tumbuh hilang berganti, kehadiran Norhalim, Wan Junior, Hami, Syazwan Lokman, Izzat Adnan,  Eric Firdaus, Nazri Sulam, Ijat, Epul, Samuel, Samsudin, Salleh, Kid, Mat Nor, Mus, Azmi Redbull, Rin, Fakrul dan ramai lagi (maaf kalau ada yg tertinggal) terus memberi nyawa kepada kelab. Rider buka sahaja dari model zx2r...tetapi nama kelab masih kekal. Aku jadi Xcited balik bila group nie aktif semula dengan pimpinan abang Halim dan Eric Fridaus. Konvoi group ke Tanjung Balau pada 6 hb Disember 2014 mula menaikan semangatku semula.., tapi sayangnya masa tu kudaku tak sihat, di tambah pula aku dan keluarga telah merancang pulang ke kampung mertua di Perak pada hari tersebut. Tak sangka boleh selisih dengan geng2 nie di highway E22 Senai-Desaru. Selepas pulang dari kampung, pada 25hb Dis ZXR Johor bertandang pula ke Mersing Johor sebagai acara penutup untuk event 2014. Sekali lagi aku hanya mampu melihat kemeriahan aktiviti mereka di FB, kuda aku pulak masih di wad lagi, belum di sentuh.





RIDE SANTAI MERSING JOHOR 2014
 


Dari Kiri: Samuel, Samsudin,Kid,Nazri Yunus,Kelly, Fakrul & Azmi


PENGLIBATAN AKTIF DALAM KELAB – Group Whatassp pemangkin utama


Geng ZXR Johor  sudah lama bersosial menggunakan aplikasi Whatassp. Aku je yang ketinggalan. Akhirnya dengan bantuan Nazri Sulam dari Kluang aku berjaya dimasukkan dalam group tersebut lebih kurang jam 12.00pagi tanggal 25 Disember 2014. Bermula pada saat itu aku mengenali orang penting zx2r di Johor iaitu bro 

1.       Art Razak (Taman Scientax) Pasir Gudang : Pakar teknikal ZX2r, automotif dan mekanikal
FIRST TIME TTS DENGAN BRO ART DI TMN SCIENTAX  PASIR GUDANG






 
TTS KEDUA BERSAMA NAZRI YUNUS DI KG TANJUNG LANGSAT

2.       Nazri Yunus (TanjungLangsat) : Pakar Bedah ZX2R, superbike, motorsikal, kereta, lori, enjin bot, kerja kerja kimpalan, cat dan air brush.
Dilain entri aku akan story pasal pakar bedah ZX2R johor nie @ merangkap pomen rasmi ahli kelab Zx2R Johor.

**SUMBER FOTO :  KELAB KAWASAKI ZXR250 JOHOR DAN SIMPANAN PERIBADI PENULIS








 

1 comment:

  1. salam bro,bley tak mntak mmber2 ushakan rega karburator kot2 ade seken blah johor,nk operate zx2r tp jantungnya nggak bfungsi,hahaha..

    ReplyDelete