Monday 6 May 2013

PERODUA KELISA KACUK L700


Inilah Perodua Kelisa yang telah berjasa kepada kami sekeluarga
 
               Dalam post sebelum nie aku ada cerita yang aku ada sebuah perodua Kelisa. Kelisa nie aku beli secondhand pada bulan Ogos 2007 di Permas Jaya. Aku owner yang ke -3 kepada jentera cute ala-ala mini cooper nie yang mempunyai abang lain mak sama bapak di Jepun yang digelar Daihastu Coure L700......

 
Gini le rupe asalnya kalau di Jepun  Coure L700

            Oleh kerana pertalian yang kuat antara Daihatsu dan Perodua. Lisa nama manja jenteraku  yang berwarna kelabu tu aku modified......aku membuat pembedahan komestik pada wajah depannya  menjadi mirip L700 ... nak buat Gino besar la pulak kosnya (cover set depan je cecah 4K) So untuk menaik seri wajah Lisa, aku dapatkan Bumper, side, hood , lampu depan L700 yang bernilai 1.3K tu di kedai halfcut Best Zone Taman Austin Johor Bahru......Taman Austin merupakan syurga hulfcut di Johor.  Kerja-kerja pembedahan tersebut telah dilakukan di sebuah pusat rawatan kecantikan yang letaknya berhampiran kawasan tersebut. selepas 3 hari, aku bawa Lisa ke kedai cat untuk ku salin dengan baju baru berwarna Meroon....sayangnya gambar Lisa telah hilang di dalam simpanan kerana hard disk note book ku telah rosak..
 
Ini contoh Kelisa yang telah di kacuk menjadi Coure


Bole juga di kacuk jadi macam nie Daihatsu Gino
   Apa yang aku boleh kongsikan mengenai Lisa ialah......dengan body yang Kompak, disumbatkan pula dengan enjin 3 silinder bersesaran 1000cc....Twin Cam....troque kereta nie memang tidak boleh dipertikaikan....kena pulak Lisaku tu kotak gear manual...mencanak perginya....Syiokk,,,
1000cc Twin Cam 16 Valve


                 Suapan bahan bakar mengunakan sistem injection menjadikan penggunaan minyak memang amat menjimatkan.....tapi apa-apa kereta pun kalau disebat gila-gila minyak larung jugak. So jadilah pemandu yang berhemah...Kelajuan maksima yang aku pernah bawa kereta nie setakat 145km/h......Salah aku yang terlalu mengikutkan nafsu...Lisa pernah di saman....speed trap di Lebuh raya Utara Selatan area Air Keroh Melaka dengan kelajuan 135km/h.......pada tahun 2012
 
Dalaman Perodua Kelisa

Ruang dalaman...maklum le cute kan...faham-faham aje lah....amat sesuai untuk kemesraan suami isteri......laga-laga bahu....heeee...
 
Balik Rumah Mak Mertua....Gambar Ihsan
      Aku pernah memerah kudrat Lisa ke Gerik Perak.....penggunan minyak sangat menjimatkan.....muatan ketika itu 3 dewasa 2 kanak-kanak....terbaek......satu lagi aku dah banyak kali  drive Lisa ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.....cuma kat highway tu rasa kerdil le sangat....sabo je laa....kecil-kecil cili padi...

Bahagian Belakang Lisa yang seksi.....gambar ihsan nie....heeee
Pandangan sisi
 

Dari segi ketahanan....memang lasak dan tahan...maklum le barang jepun...banyak part mai dari sana.....kereta nie tak banyak memeningkan aku sepanjang menggunakan perkhidmatnanya.....apa yang aku pernah tukar atau ganti
               1.     Minyak enjin dan gear box (standard le tu)
               2.     Bearing tayar belah depan dan belakang (gatal pakai sportrim 15"
               3.     Tabung Ekzos selepas 3 tahun (maklum le dah lama...)
               4.     Drive shaft (lepas aku guna 5 tahun)
               5.     Alternator (lepas guna 5 tahun)
               6.     penyelenggaran biasa (Tayar, Bateri, Timing belt, plug, air filter, Pad brek dll)
               7.     Servis aircond sekali (lepas 3 tahun guna)
               8.     Clutch....(lepas guna 4 tahun)
               9.     Absober depan belakang (2 tahun guna)

***makluman Lisa telah aku miliki ketika usianya telah mencecah 5 tahun.....dan dia telah berkhidmat kepada ku selama 5 tahun.....usianya menjangkau 10 tahun sebelum kami berpisah......
pada bulan September 2012........Lisa ku gantikan dengan Is....panggilan manja kepada Toyota Altis 1.6E yang mengambil alih tugas Lisa L700ku.....

Semoga review tentang Perodua Kelisa yang pernah berjasa kepada ku, dapat menjadi panduan kepada pembaca yang berkenan sangat untuk memilikinya.......Wasalam.....





2 comments:

  1. salam . hye... boleh tanye punca hight temp kelisa naik mendadak kenape selain ada masalah kebocoran?

    ReplyDelete
  2. hehe romantik laga-laga bahu tu

    ReplyDelete