Thursday 16 March 2017

Ride to Tanjung Sedili Zx2r bersama riders SSTMI


3 Mac 2017 (Jumaat)

Assalammualaikum wkbt dan Salam Sejahtera

Dah lama penulis berhajat nak ride ke Tanjung Sedili bersama geng-geng Zx2r. Tapi apa kan daya sambutan kurang memberangsangkan.

Akhirnya tanpa ku duga aku berkonvoi dengan geng tempat kerja ke Sedili pada pagi Penghulu hari. Hal yang agak mencuit hati,  aku je sorang ride 250...yang lain pakai cub cai jew.  2 buah Yamaha LC135, sebuah Honda wave, dan sebuah lagi Honda SR 150 yang sedang mendapat sambutan hangat di pasaran. Last dulu ride bersama Zul semasa beliau menunggang kawasaki 150r. Dah lama dah tahun 2013. Sekarang dialah owner SR150 tu.


Tepat 7.30pagi, ustat Faisal, ustat Adnan, Zul dan Amir dah tunggu di depan Pagar sekolah seperti yang dirancang. Selepas bacaan doa kami pun bergerak ke destinasi yang hendak dituju.

berteduh di Mutiara Desaru
Belum pun sampai Tanjung Balau konvoi terpaksa berpatah balik dan berteduh di restoren Ban Carbin. Hujan lebat membasahi bumi Bandar Penawar. 20 minit juga kami terkandas di situ. Setelah hujan reda kami berpakat untuk singgah di medan selera Tanjung Balau untuk sarapan. Kalau hujan turun lagi pakat nak batalkan ride.

sarapan dulu-medan selera Tanjung Balau
Semasa makan tu, awan masih gelap  terutama ke tempat yang hendak dituju. Selepas sang suria menunjukkan diri sikit aku dan Zul bertekat untuk meneruskan ride dan yang lain kami beri pilihan untuk join atau patah balik. Selepas sarapan dalam pukul 9.30 pagi semua sepakat nak teruskan konvoi. Sekali sekala hujan renyai-renyai menimpa kami. Laluan melalui Tanjung Siang sangat menarik kerana laluannya tidak sibuk. Tenang dan damai.
Steady Amir πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

jalan sunyi dan tenang
tidak melepaskan peluang bergambar di Jasembay

 Akhirnya dalam jam 10.00 pagi sampai lah kami di Tanjung Sedili. Tempat pertama yang kami tuju ialah Pasar Nelayan. Memang ada rancangan nak beli sikit hasil laut untuk di bawa balik.

hasil laut yang segar

Tamat sesi di pasar kami menuju ke restoren cikgu Abdul Razak, sebelum tu aku dah maklumkan kat dia yang kami dah sampai. Semasa kami sampai, cikgu Razak pun kebetulan sampai di restorennya. Kami rehat, minum dan tak lepaskan peluang makan nasi dagang ikan tongkol, dah lama mengidam. Kedai cikgu Razak nie best sebab terletak di permukaan air, dari tingkap jelas nampak pemandangan yang cantik.
pemandangan dari tingkap restoren


pekena nasi Dagang

Hari tu cikgu Razak berbesar hati belanja kami makan, Alhamdulillah, semoga rezeki beliau dimurahkan dan perniagaannya bertambah maju.
isi minyak kee???


Tepat jam 11.00pagi kami bertolak balik. Amir sempat isi minyak guna kaedah lama. Rare sungguh. Sepanjang perjalanan pulang, kadang kala hujan menemani kami. 11.45pagi semua rider selamat tiba di rumah masing-masing.

Ini merupakan latihan sesi pemanas badan untuk kuda besiku. Esok aku bersama group ZXR Johor akan ride ke Tanjung Mas Muar.

Sekian untuk coretan kali ini.

ZXRIANS RIDE TO AIR HITAM VOL 3



 Januari 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pembuka tirai 2017,

Sesi TTS bersama team zxrian Johor telah dijalankan di Restoren Raudah Air Hitam sebagaimana yang telah dirancang. Sesi kali ini di buat sebelah petang memandangkan ramai ahli yang free pada ketika itu. Dari Zon Selatan tepat jam 2.00 petang : Aku, Bai, Sudin, Amir dan Abg Rosli antara Rider ZX2R yang hadir. Dua orang lagi, Fikri yang menunggang Honda CBR 919 dan Amin dengan Ninja 250rnya.

Dari Tanjung Langsat, Aku, sudin dan Bai

Cuaca pada hari ini sukar diduga, aku dua kali bermandikan hujan, sekali di Highway E22 Senai Desaru dan kedua bersama rakan-rakan di kawasan Machap. Motor aku ada rasa tak sedap pulak....macam overflow....hurmmm nasib badan leeee 😣


Di RV Kulai, Amir, Abang Rosli, Amin dan Fikri dah lama menunggu. 20 minit selepas itu, perjalanan diteruskan.




Sebelum Sampai Machap kami berteduh di bawah flyover, hujan mengejar kami nampaknya. Dalam 20 minit juga kami berteduh sebelum meyambung perjalanan. Lebih kurang jam 3.45ptg sampai kami di Restoren Raudah. Belum ada kelibat abang-abang kawasan Ayer Hitam/Kluang yang dah sampai
di sana semasa kami tiba.



Antara isu utama perjumpaan adalah berkenaan rancangan untuk konvoi ke event Grand Gathering Retromania Morib pada 29 April-1 Mei 2017 nanti. Kutipan tempahan untuk duit baju pun dijalankan secara tidak langsung. Tahun nie design baju diserahkan kepada Daniel, pengerusi  Zx2r  zon Central Malaya.
Bun kena bawak bodyguard @ spy-Liar sangat bhaaaa...

cikgu Hirman...semua okey...tang selipar tu fail...haaa


sifu Nas lambat sampai...baru balik koje

Perjumpaan pada petang itu menjadi semakin meriah dengan kehadiran, Mat Nor, Cikgu John dan kawannya, Anol, Hirman, Bun Abang Nas dan Adi Tora. Semuanyan datang runcit-runcit😁😁.

Pertemuan tamat pada jam 6.00 petang, kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Aku tinggalkan motor kat Bengkel Sudin, Overflow pulak.

bersiap untuk berngkat pulang

Perjumpaan ini meninggalkan satu kenangan, ini merupakan ride terakhir Bai dengan Zx2r Mild seven nya. Awal Mac Kuda besinya telah bertukar tuan, kalau tak silap orang Melaka yang beli. 😒

ini kenangan kuda aku, first time ber tts dgn kudai Bai
Rasanya dalam 2 tahun juga kuda tu bersama dengan Bai. Patah tumbuh hilang berganti...dengar kabar Bai nak angkat 1 liter bike....😘
semoga impianmu menjadi kenyataan.

sekian sahaja untuk coretanku ini