3 Mac 2017 (Jumaat)
Assalammualaikum wkbt dan Salam Sejahtera
Dah lama penulis berhajat nak ride ke Tanjung Sedili bersama geng-geng Zx2r. Tapi apa kan daya sambutan kurang memberangsangkan.
Akhirnya tanpa ku duga aku berkonvoi dengan geng tempat kerja ke Sedili pada pagi Penghulu hari. Hal yang agak mencuit hati, aku je sorang ride 250...yang lain pakai cub cai jew. 2 buah Yamaha LC135, sebuah Honda wave, dan sebuah lagi Honda SR 150 yang sedang mendapat sambutan hangat di pasaran. Last dulu ride bersama Zul semasa beliau menunggang kawasaki 150r. Dah lama dah tahun 2013. Sekarang dialah owner SR150 tu.
Tepat 7.30pagi, ustat Faisal, ustat Adnan, Zul dan Amir dah tunggu di depan Pagar sekolah seperti yang dirancang. Selepas bacaan doa kami pun bergerak ke destinasi yang hendak dituju.
|
berteduh di Mutiara Desaru |
Belum pun sampai Tanjung Balau konvoi terpaksa berpatah balik dan berteduh di restoren Ban Carbin. Hujan lebat membasahi bumi Bandar Penawar. 20 minit juga kami terkandas di situ. Setelah hujan reda kami berpakat untuk singgah di medan selera Tanjung Balau untuk sarapan. Kalau hujan turun lagi pakat nak batalkan ride.
|
sarapan dulu-medan selera Tanjung Balau |
Semasa makan tu, awan masih gelap terutama ke tempat yang hendak dituju. Selepas sang suria menunjukkan diri sikit aku dan Zul bertekat untuk meneruskan ride dan yang lain kami beri pilihan untuk join atau patah balik. Selepas sarapan dalam pukul 9.30 pagi semua sepakat nak teruskan konvoi. Sekali sekala hujan renyai-renyai menimpa kami. Laluan melalui Tanjung Siang sangat menarik kerana laluannya tidak sibuk. Tenang dan damai.
|
Steady Amir 💪💪💪💪 |
|
jalan sunyi dan tenang |
|
|
tidak melepaskan peluang bergambar di Jasembay |
Akhirnya dalam jam 10.00 pagi sampai lah kami di Tanjung Sedili. Tempat pertama yang kami tuju ialah Pasar Nelayan. Memang ada rancangan nak beli sikit hasil laut untuk di bawa balik.
|
hasil laut yang segar |
Tamat sesi di pasar kami menuju ke restoren cikgu Abdul Razak, sebelum tu aku dah maklumkan kat dia yang kami dah sampai. Semasa kami sampai, cikgu Razak pun kebetulan sampai di restorennya. Kami rehat, minum dan tak lepaskan peluang makan nasi dagang ikan tongkol, dah lama mengidam. Kedai cikgu Razak nie best sebab terletak di permukaan air, dari tingkap jelas nampak pemandangan yang cantik.
|
pemandangan dari tingkap restoren |
|
pekena nasi Dagang |
Hari tu cikgu Razak berbesar hati belanja kami makan, Alhamdulillah, semoga rezeki beliau dimurahkan dan perniagaannya bertambah maju.
|
isi minyak kee??? |
Tepat jam 11.00pagi kami bertolak balik. Amir sempat isi minyak guna kaedah lama. Rare sungguh. Sepanjang perjalanan pulang, kadang kala hujan menemani kami. 11.45pagi semua rider selamat tiba di rumah masing-masing.
Ini merupakan latihan sesi pemanas badan untuk kuda besiku. Esok aku bersama group ZXR Johor akan ride ke Tanjung Mas Muar.
Sekian untuk coretan kali ini.
No comments:
Post a Comment