Januari 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pembuka tirai 2017,
Sesi TTS bersama team zxrian Johor telah dijalankan di Restoren Raudah Air Hitam sebagaimana yang telah dirancang. Sesi kali ini di buat sebelah petang memandangkan ramai ahli yang free pada ketika itu. Dari Zon Selatan tepat jam 2.00 petang : Aku, Bai, Sudin, Amir dan Abg Rosli antara Rider ZX2R yang hadir. Dua orang lagi, Fikri yang menunggang Honda CBR 919 dan Amin dengan Ninja 250rnya.
Dari Tanjung Langsat, Aku, sudin dan Bai |
Di RV Kulai, Amir, Abang Rosli, Amin dan Fikri dah lama menunggu. 20 minit selepas itu, perjalanan diteruskan.
di sana semasa kami tiba.
Antara isu utama perjumpaan adalah berkenaan rancangan untuk konvoi ke event Grand Gathering Retromania Morib pada 29 April-1 Mei 2017 nanti. Kutipan tempahan untuk duit baju pun dijalankan secara tidak langsung. Tahun nie design baju diserahkan kepada Daniel, pengerusi Zx2r zon Central Malaya.
Bun kena bawak bodyguard @ spy-Liar sangat bhaaaa... |
cikgu Hirman...semua okey...tang selipar tu fail...haaa |
sifu Nas lambat sampai...baru balik koje |
Perjumpaan pada petang itu menjadi semakin meriah dengan kehadiran, Mat Nor, Cikgu John dan kawannya, Anol, Hirman, Bun Abang Nas dan Adi Tora. Semuanyan datang runcit-runcit😁😁.
Pertemuan tamat pada jam 6.00 petang, kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Aku tinggalkan motor kat Bengkel Sudin, Overflow pulak.
bersiap untuk berngkat pulang |
Perjumpaan ini meninggalkan satu kenangan, ini merupakan ride terakhir Bai dengan Zx2r Mild seven nya. Awal Mac Kuda besinya telah bertukar tuan, kalau tak silap orang Melaka yang beli. 😢
ini kenangan kuda aku, first time ber tts dgn kudai Bai |
semoga impianmu menjadi kenyataan.
sekian sahaja untuk coretanku ini
No comments:
Post a Comment