Dari Naza Citra ke Toyota Innova
|
my ex Naza Citra |
Naza Citra merupakan sebuah kete 2000cc yang pertama kami beli pada 2006 sebelum bertukar kepada Toyota Innova dengan cc yang sama, masa tu keperluan utk sebuah MPV begitu mendesak, dengan harga 84k, Enjin berkapasiti 2.0, seat Kulit, ada Sunroof, ABS, Airbag, EDB, DVD Monitor screen...ia megujakan aku dan isteri....lagipun pada masa tu Proton baru buat r&d nak keluarkan MPV, selain Avanza yang pada pandangan aku kurengg...Nissan Grand Livina pesaing terdekat pada masa tu tak memberikan aksesori dan ciri-ciri mpv yang aku idamkan pada harga yang berpatutan....Sunroof banyak sekali manfaatnya bagi kami yang selalu drive pulang ke Perak pada waktu malam...at least kalau aku letih masa rest kat R&R....tak yah nak on aircond...bukak je sunroof dan sikit cermin....InsyaAllah selamat....
|
Interior Toyota Innova G spec |
|
2.0 ccvt 16v dohc |
|
Interior Naza Citra |
Naza Citra @ Kia Caren nie buatan Korea cuma pasang je kat Malaysia and next tukar nama....kemasan dalaman sederhana....tak semewah Kereta Jepun,..tapi dari segi handling dan suspension memang baik....meratah selekoh memang best....ergonomik untuk perjalanan jauh....releks..Kualiti atas sikit berbanding proton...x de pun masalah power window mcm proton Wira kami dulu....Enjin dengan kuasa kuda 138...pickup boleh tahan kalau nak banding Toyota Innova...Naza lagi kuat daya kilasnya...tapi top speed menang kat Toyota...confirm!!! aku pernah test Toyota Innova aku sehingga 190km/h....Naza Citra takat 160km/h dah bunyi lain macam.....
|
Kemasan Kulit & Arm rest utk keselesaan |
|
dvd dan monitor screen untuk hiburan |
Penggunaan minyak tentulah teknologi VVTi Toyota yang mengungguli......bila drive Toyota Innova ni baru aku perasan yang Naza Citra kami tu kuat penggunannya minyaknya.....aku pun tak faham mana fungsinya teknologi CVVT pada Naza tu....entah2 korea tak bagi kot.....selepas model Citra Rondo keluar barulah teknologi CVVT tu betul2 menjimatkan minyak Citra .....Kenapa kami tak ambil Toyota Innova awal2 dulu...sebabnya senang jek....masa tu reka bentuknya kureng sikit berbanding new facelift...kemudian harga full spec Toyota Inonva pada masa tu 109k...kami belum mampu.....
Walaupun tak ada sunroof, dvd lcd monitor, dan leather seat.....reability enjin Toyota sudah memadai...ditambah dengan ruang dalaman dan bagasi yang luas.....cuma kadang-kadang bawak Innova nie rasa macam bawak Hilux le pulak, mana taknya dahlah tinggi dan bunyinya...kekadang macam lori..keee...kee..apa-apa pun bersyukur dengan apa yang ada. Ini cuma satu perbandingan pengalaman ku yang telah menggunakan kedua-dua jentera tersebut.
Hye assalam en.. skrg sy pkai kreta ni.. jjm 6086.. rupa en orner prtama yg pkai.. haha trkjut sy tngok gmbr kreta no flat kreta sy.. haha
ReplyDeleteHye assalam en.. skrg sy pkai kreta ni.. jjm 6086.. rupa en orner prtama yg pkai.. haha trkjut sy tngok gmbr kreta no flat kreta sy.. haha
ReplyDeleteBoleh pula hangpa berjejak kasih kat sino yer...hi3...
ReplyDeleteSalam... Sy berminat nak beli citra... Tapi rasa cuak bila org cakap masalah dia lebih kurang perdana
ReplyDeletecitra ok tuan. ria je yg selalu masalah. kereta korea ni kena hantar kedai specialist kalau ada masalah. kat selangor ada banyak kedai specialist kereta korea. setahu saya kat puchong, kajang & semenyih. kekurangan citra, agak sempit sikit. kalau ada 5-6 orang anak mesti fikir nak upgrade. kelebihan, macam tuan admin cakap pickup & handling terbaik. pemanduan pula kena berhemat jgn tahu tekan minyak je. saya penah guna waja minyak kuat makan juga terutama bila balik kg penuh org+barang. kalau tuan ada budget lebih angkat innova terus la. walaupun orang kata design macam tapir tapi bawa sedap. maintenance pun ok toyota ni. kalau nisan serena highway star pula gear kat stering. annoying letak gear kat situ. tak ramai org pakai nissan serena tu
DeleteSaya pakai Naza citra ......ok alhamdulillah...ganas pun ganas jugak.yang penting setiap 5000km,tukar minyak hitam.
ReplyDelete๐๐๐Service on time....
Deleteminyak hitam tukar jenis 15-30 ke 10-30 tuan?
ReplyDeleteBiasa nya enjin lebih 10 tahun atau milage lebih 200 000 pakai 15-30/40
DeleteByk membantu....terima kasih Tuan share pengalaman .
ReplyDeletedalam dilema
ReplyDeletecitra atau chery eastar
mana lagi berbaloi
handling
maintenance
minyak
sparepart
Chery easter jgn la beli.. Better citra
ReplyDeletesaya dpt satu citra kak kt opih nk jual rm3k kete bleh jalan jauh lg tp sy igt nk buat leyak barang jer kete tu berbaloi kex beli hrge tu
ReplyDeleteSy bcadang utk mbeli kereta yg blh muatkan ramai org. Bajet bwh 10k. Sy ada 7 org ank, x temasuk lg sy laki bini. Maaf sy x tahu byk ttg kereta. Pernah gn wira tp da rosak.tgk kat mudah citra kat 10k jugak harga dia. Blh bg cadangan x..
ReplyDeletetu la..saya pon rasa nak beli citra..bentuk ok..harga pon boleh dengar..tinggal lagi mintak kat sini sape ade pengalaman boleh share..
DeleteBleh jer bro.. Sy pon pkai naza citra 2.0 dh hmpir 1thn..2nd 2006 OK jer!! Yg penting dh beli modal kn dulu tkar myk enjin/gear/timing belt/water pum.. Mana lh tau kan klau2 owner yg dulu xbuat.. Nk lebih confident/sedap bwk..insaallah
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBetter bli citra ke avanza yer? Ingat nk beli citra, tp org ckp senang rosak, avanza ni mhal sikit
ReplyDeleteSaya sudah pakai Naza citra facelite hampir 8 tahun,Tahun pertama memang sakit kepala kos maintenance tinggi dan sparepart payah. Itu cerita 8tahun lalu kerana belum kenal kereta Korea.Hari ini dengan ikhlas bagitahu Naza citra termasuk kereta yang lasak.dari pengalaman menukar spearpart hinggalah mencari bengkel sebenarnya kita selalunya menjadi mangsa.Berikut tip yang diberikan oleh pakar kereta Korea termasuk Naza citra;
ReplyDelete1) guna hanya alat ganti Tulin seperti kia mobis.skg banyak alat ganti kelas 2 berbagai jenama dari China dan Korea
2)Beli spearpart online dari syarikat atau wakil kia malaysia dan cari bengkel yang biasa biaki kereta Korea di kawasan anda,ini bab kemahiran mekenik bukan jenama bengkel.
3)pergi dan cari bengkel atau pomen mengikut kepakaran atau kerosakan kereta contoh; masalah tangki air ia ada kena mengena dgn saiz dan kapasiti air termasuk hos bersilang kalau tak kena pasang temperature selalu naik.
4)kalau stereng bergegar atau tayar makan tepi tukar lower am,jgn selalu buat element membazir duit.
5)tukar minyak hitam bila sampai tempoh dan minyak giar.2kali minyak hitam-1kali minyak giar.
6)memandu dihari hujan setkan air cond pada minimum 2-3bar tidak berkabus pada cermin kereta.
7) elakkan guna coolen berwarna, warna lama kelamaan akan melekat pada tangki air dan menyebabkan bocor halus.
8)size tayar standards Naza citra 195/60 rim 15.tekanan angin 22(32)
Inilah serba sedikit tip yang boleh dikongsi dari pengalaman kerosakan dari Naza citra saya.saya belajar satu pekara: yang mahal,payah,sukar, cerewet,makan minyak adalah bohong ia adalah mentaliti..
Cool and that i have a neat present: Where Do You Get The Money To Renovate A House home renovation services near me
ReplyDelete