Thursday, 15 June 2017

AKU DAN KAWASAKI ZX7R : RIDE KE BATANG KALI SELANGOR 2017


RIDE TO BATANG KALI SELANGOR- KAWASAKI ZXR750 L3

 30 MAC - 1 April 2017 (SABTU)


Assalamualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera 


Kisah ride nie dah hampir 3 bulan, tapi baru sekarang aku ada masa nak upload dalam blog. Ride nie aku jadi follower jee, Abang Nas yang up untuk group ZXR Johor, nak ride gi kenduri khawin Ren, bekas owner zx2r yang Sudin pakai sekarang. Ada beberapa group motor yang turut serta konvoi tu kebanyakannya bekas owner zx2r yang dah upgrade. Group kami yang jumlahnya paling kecil~ ZXR Johor.




Sebenarnya aku agak gementar ride kali nie, biasa bawak ZX2-R, kali ni ZX7-R, ride pulak sebelah malam. Aku berdoa semoga konvoi selamat pergi dan pulang. Ini juga merupakan first ride aku dan abang Nas yang paling jauh dengan lesen B full kami πŸ™ˆπŸ™ˆ.

last inspection sebelum ride
Seperti yang dirancang, petang sabtu itu aku bertolak dari Bandar Penawar ke Kampung Tanjung Langsat selepas waktu Asar. Aku bergerak awal walaupun ride ke sana dirancang pada jam 2100. Jadi sempatlah buat pemeriksaan akhir sebelum berkonvoi.  Lebih kurang jam 2200 Aku, Abang Nas, Sudin, Kavi, Thamin dan Zaman bertolak ke RV point di Kawasan hentian rehat Kulai. Sebenarnya dan jauh "behind schedule", tapi ada hal yang tak dapat dielakkan. Pada malam itu, Sudin ada customer di bengkelnya. Setibanya di RV, kelihatan Nano sudah menunggu kehadiran kami. 

RV-Hentian sebelah Kulai
Tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan hinggalah tiba di kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, kami berhenti berehat dan mengisi minyak di stesen minyak Shell.

Shell RnR Pagoh
Jam 0200, konvoi diteruskan, sekali lagi konvoi berehat, kali ini di Kawasan Rehat Ayer Keroh, Melaka. Nampaknya masing-masing sudah letih dan mengantuk πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…, hee hee hee. Tapi kami tak berhenti lama memandangkan check point kami masih jauh lagi. Dari Ayer Keroh aku bertukar motor dengan abang Nas, aku bawa Yamaha XJ6nya dan dia bawa ZX7R aku. Wahh πŸ˜‹πŸ˜‹ sedap juga bawak XJ6 nie, rileks je, engine pun smooth. Tapi dalam kelajuan yang agak tinggi tamparan angin agak kuat, yea lah mana nak sama dengan sportbike, Joki baring atas tank mana nak rasa angin tempuh dada..😜😜. Apa-apa pun aku enjoy.


Hentian Sebelah Senawang
Jam 0340, konvoi berhenti di kawasan Hentian Sebelah Senawang untuk mengisi minyak, aku dan abang Nas bertukar kunci semula. Kami meneruskan perjalannya hinggalah sampai di check point kami yang terakhir untuk malam itu di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil lebih kurang jam 0445. Nano, Kavi, dan Thamin  terus melelapkan mata di kawasan pondok, Abang Nas  membantu Sudin betulkan clip rantainya yang tercabut. Aku bersama mereka hinggalah jam menunjukkan sudah masuk waktu subuh, aku terus ke surau menunaikan solat. Abis je iman berdoa aku cari tempat strategik dalam surau tu, beg jadi bantal, kain buat tutup muka dan terus tidur πŸ’€πŸ’€πŸ’€πŸ’€πŸ’€. Tawakal je laaa.


Pagi aku terjaga dari lena, sunyi je suasana kat surau masa, bila toleh ke kiri abang Nas sedang tidur dengan nenyaknya di sebelah aku rupanya πŸ˜‚. Pukul 0800 pagi aku bagi isyarat kat abg Nas untuk pergi mandi dulu sementara dia jagakan barang-barang. Lepas siap mandi kami menuju ke pondok, ppeeeehh masih tido lagi depa nie...πŸ˜†. Okey, giliran  depa gi mandi dan aku jaga barang-barang depa. 
Semangat betul bro kita nie
Jam 0900  semua rider sudah siap dan kami bertolak ke kawasan rehat Sungai Buluh  untuk bergabung dengan team yang lain. Setibanya kami di sana team ZXR Selangor sudah sampai, Kelihatan Oniel, Rosli, Madi, Bob, Akmal, dan Wandy antara riders ZXR Selangor yang telah sampai di situ. Sambil bersarapan kami berbual-bual. Tidak lama selepas tu Geng XJ6 Johor yang merupakan bekas ahli ZXR Johor pun sampai, Adi, Anol dan Wan.

Breakfast-RnR Sungai Buloh
Abang kawasan-zxr Selangor 😜
Jam 1000 Marshal bagi isyarat untuk bergerak dan berkumpul, kami seramai lebih kurang 30 buat motorsikal bergerak dengan teratur dan exit di susur Bukit Beruntung. Lepas je plaza tol, konvoi berhenti di bahu jalan untuk menunggu Marshal yang akan guide kami ke rumah pengantin. Dekat 30 minit juga la menunggu kat situ. haaaa...πŸ˜…πŸ˜…


kavi dan Thamin- adik beradik
Bergambar kenangan bersama abg Nas


okey, tambah Nano dan Oniel 😘

riders dari Johor-Sudin dan Zaman
Bahu Jalan selepas Plaza Tol Bukit Beruntung



Sabar menanti


Hampir setengah jam tersadai di tepi jalan, konvoi meneruskan perjalanan, jalan ini sungguh asing bagi aku tapi menarik. Kawasan ini kiranya kawasan Hulu Selangor. Berlaku kemalangan kecil, Alahmdulillah, tiada kecederaan menimpa rider, kejadian berlaku begitu pantas di persimpangan lampu isyarat. Bagi mengelak dari melanggar rider di depannya, rider tersebut brek mengejut dan seterusnya unbalance dan terjatuh.  


1200 konvoi berhenti dan berkumpul di stesen Keretapi KTM Batang Kali sebelum bergerak ke Majlis Pengantin. 


Stesen KTM Batang Kali (ZX2R 😎ZX7R)
boleh tahan jumlah yang turut serta
Nikmat sungguh lepak di bawah pokok
Hampir  setengah jam akhirnya konvoi meneruskan perjalanan ke rumah pihak pengantin lelaki, kira nak escort dari sana ke Majlis persandingan di Kem PGA Batang Kali. Sampai di kawasan rumah pengantin lelaki kami disajikan minuman dan jamuan ringan, Alhamdulillah legaaa.... Hampir setengah jam juga nie di situ sebelum konvoi mengiringi pengantin ke Majlis persandingan.


pandangan dari ZX7-R 😊
lari duduk bawah pokok, mau kena salai kalau duduk atas moto πŸ˜‚




Jarak dari rumah pengantin ke majlis tersebut lebih kurang 7-10 km, kawasannya luas senang nak parking. Ramai betul tamu yang hadir, berbaris panjang le juga nak ambil makanan πŸ˜‹, kami makan, minum dan melepaskan kepenatan. Jam 1430 kami rombongan dari Johor bersama Oniel dan Rosli team Selangor bergerak pulang meninggalkan kawasan majlis. Riders dari team yang lain menyambung ride ke Bukit Fraser. Kami tak join sebab nak sampai awal di rumah, esok kojeeee . Sayangnya tiada yang uruskan untuk bergambar kenangan dengan pengantin.

kawasan yang sangat luas dan nyaman
Tahniah kepada Pengantin-Semoga berbahagian hingga ke Jannah πŸ’•
Perjalanan pulang kami tersangkut hampir 30 minit di Plaza Tol Bukit Beruntung kerana hujan turun dengan lebatnya. Lebih kurang jam 1600 konvoi diteruskan kami berpisah dengan Rosli dan Oniel di Lebuhraya Elite. Sekali lagi konvoi berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil, trafic Jem-Rabak, ada kemalangan di hadapan. Kami tunaikan solat dan ada yang melelapkan mata. Jam 1730 perjalanan diteruskan, trafik bergerak lancar dalam keadaan pelahan. Jumlah kenderaan banyak di lebuhraya. Kami hanya singgah sekejap di Seremban mengisi petrol sebelum meneruskan perjalan dan berehat di kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Ayer Keroh Melaka jam 1900 . Kami makan dan solat di situ. Kavi belanja Pizza, lepas tu abang Nas pulak belanja nasi lemak πŸ˜πŸ˜πŸ˜‹πŸ˜‹. Terima kasih yea.

Perjalanan diteruskan tepat jam 2030.
kemudian konvoi berhenti di kawasan Rehat dan Rawat Machap untuk mengisi minyak dan berehat sebentar. Kami meneruskan perjalanan dan berpisah dengan adik beradik Kavi dan Thamin selepas Plaza Tol Senai Utara. 

Semasa di lebuhraya senai Desaru, satu peristiwa yang melucukan berlaku, coverset sebelah kananku tertanggal dan aku langsung tidak perasan, nasib baik Sudin yang berada di belakangku perasan, 😞. Alhamdulillah kerosakan pada coverset pada tahap minima, nasib baik terpelanting di celah divider tengah. Kalau kat tengah jalan πŸ˜–. Memandangkan cover set aku dah tertanggal, terpaksa lah aku tinggal kat bengkel Sudin untuk dibaiki. Aku balik naik kereta Sudin malam tu. Thanks bro.


Siapa sangka ini merupakan ride terakhir aku bersama Arwah Abang Nas (Nazri bin Yunus), beliau telah meninggal dunia pada 27 April 2017 jam 1800 akibat di timpa kemalangan di Leburaya Senai Desaru kilometer 28.5 semasa pulang dari kerja. Ketika kejadian jalan licin selepas hujan lebat. Motorsikal arwah disyaki terbabas dan melanggar divider tengah. Arwah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan menghembuskan nafas di tempat kejadian. 

Pemergian Arwah meninggalkan impak yang sangat besar kepada warga ZXR johor. Sifat pemurah, peramah dan suka membantu rakan-rakan membuatkan beliau sangat disayangi oleh kawan-kawan. Semoga rohmu tenang di sana sahabat dan dimasukan dalam golongan orang-orang yang beriman. Aminn

Pertama kali berjumpa dan berkenalan dengan Arwah-Disember 2014
Sahabat Dunia Akhirat






 

4 comments:

  1. Al-fatihah untuk abang Nazri Yunus. Kali pertama dan terakhir dapat ride dgn dia.

    ReplyDelete
  2. TQ Bro Rosli Ruslan....bila nak ride sama-sama lagi yeaa....

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah untuk abang Nazri Yunus. ini juga Kali pertama dan terakhir sy dapat ride dgn dia. walaupun kali pertama jumpa dia sgt ramah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemergian Allahyarham amat dirasai, insan genius yang dianugerahkan Allah menguasai pelbagai kemahiran. Ringan tulang membantu rakan-rakan dan orang yang ditimpa kesusahan. InshaaAllah ganjaranmu menunggu di sana sahabatku.

      Delete