Friday, 16 June 2017

ZXR JOHOR-RIDE TO MUAR JOHOR



Ride to Bandar Maharani-Tanjung Agas Muar

4 Mac 2017 (Sabtu)

Alhamdulillah, ini merupakan aktiviti ride kali ke dua kelab  ZXR Johor pada tahun ini.
Muar pilihan destinasi kali ini, mengapa Muar? mungkinkah kerana Asam Pedasnya atau Mee Rebusnya…haaaa…apa-apa pun misi yang utamanya adalah untuk eratkan jalinan ukwah sesama ahli.

7.00 pagi :
Cuaca mendung, aku keluar menunggang ZX2R dari rumah dan terus memasuki lebuhraya Senai-Desaru, tak sampai 20 minit aku ditimpa hujan, aku teruskan perjalanan. Hujan reda selepas tiba di jambatan. Sampai sahaja di Kampung Tanjung Langsat aku terus ke bengkel Sudin, Amir dah sampai, Sudin dah siap, tak lama kemudian abang Nas pun sampai. Kami singgah  di warung depan masjid kampung Tanjung Langsat untuk menikmati sarapan pagi.  Lagi pun hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Kami terperangkap di gerai itu hampir 40 minit
 
Hujan membasahi bumi Tjg Langsat
9.30 pagi :
cuaca semakin baik, tanpa berlengah kami berempat bertolak ke RV point di Hentian Kulai. Ramai yang sudah sampai di RV, Abang Halim, Abang Rosli, Salleh, Oden, Nano, Amin, Kid dan Dewi ( Isteri Kid).

 
RV: Hentian Shell Kulai



Oh yea, Kid telah membeli sebuah jentera Yamaha XJ6. Hari itu dia menunggang ZX2R manakala isterinya menunggang kuda baru mereka. Dari Kulai 13 buah motorsikal bertolak ke check point seterusnya iaitu Restoren Raudah di Air Hitam.






 Bun dan cikgu Hirman menunggu kami di situ, maklumlah mereka abang kawasan Kluang. Riders yang belum sarapan mengambil kesempatan untuk mengalas perut. 

Fikri tiba-tiba muncul menandakan beliau ingin turut serta. Hami juga sempat singgah bertemu kami di restoren itu. Aku lupa, kalau tidak silap dia dalam perjalanan ke Melaka rasanya.

11.00 pagi :
Konvoi meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju, namun konvoi tersangkut selama hampir 1 jam di Shell RnR Pagoh kerana tayar motor Amir koyak di bahagian tepi. Alhamdulillah dengan kepakaran abang Nas tayar tersebut berjaya diselamatkan dengan bermodalkan plastic jee…Dalam masa itu juga Adi Tora sampai dari Skudai untuk turut serta konvoi ke Muar.

Shell RnR Pagoh 💪💪💪💪💪
Amir tidak dapat menahan sebak 😂😂

💪💪💪👍👍👍

sempat abg Halim bermesra dengan ZX7R 😘
1.00 petang : Kami selamat sampai ke Tanjung Agas Muar, kami terus tuju ke medan selera di tepi sungai, maklumlah perut pun dah lapar. Kami memesan makanan dan minuman mengikut selera masing-masing.

😎😎

Lunch Hour
2.00 petang :
Setelah makan kami bergerak ke Masjid berhampiran untuk menunaikan solat berjemaah. Bangunan di kawasan ini sungguh unik dan cantik. Sesuai dengan gelaranya Bandar Maharani. Oh yea, sebelum ke masjid kami sempat mengambil gambar kenangan di Dataran.  

Dataran Tanjung Agas



Senibina Masjid yang cantik


Kami melalui jalan dalam, Jalan Muar - Yong Peng melalui kawasan kampung termasuklah Parit Sulong tempat aku dilahirkan. Konvoi berhenti rehat sebentar di bahu jalan sebelum keluar dari Plaza Tol Yong Peng Utara. Riders mula berpisah ada yang turun di Air Hitam, Johor Bahru, dan Kulai. Aku, Amir, Sudin, Abang Nas, Kid, Dewi dan abang Rosli exit di Senai Utara. Kami berhenti di plaza Tol Senai untuk solat kerana sudah masuk waktu.

Plaza Tol Yong Peng Utara
8.30 malam :
Kami meneruskan perjalanan, Abang Rosli, Kid dan Dewi berpisah dengan kami mengikut haluan mereka. Kami berempat berhenti sekali lagi untuk mengisi petrol dan berehat di Shell kawasan Rehat Layang. Ada beberapa topik yang dicadangkan oleh abang Nas iaitu membuat kutipan amal semasa TTS, menubuhkn group baru untuk mewakili semua jenis motorsikal dan perancangan untuk ride event retromania di Morib pada   tahun ini.

Sejam berehat di situ, kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah masing-masing. Aku selamat sampai lebih kurang jam 10.30 malam. 😉







No comments:

Post a Comment