TANJUNG LANGSAT DAN ZXR250 JOHOR
BERPISAH TIADA
|
JALAN MASUK KE KAMPUNG TANJUNG LANGSAT JOHOR |
|
kawasan perindustrian di kanan dan kiri jalan menuju ke Kg Tanjung Langsat | | |
|
terletak di tepi kawasan laut |
MUKADIMAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera
selawat dan salam untuk Nabi Junjungan Muhammad saw......
Selepas keluar Wad keadaan kuda
besiku masih tak memuaskan. Yea dah boleh start dan jalan…tapi yang sedihnya
depa tuning crab macam hampeh…bila tarik kelas mengerang…..bila bagitahu senang
je cakap moto nie ada modified kot…lagi pun dah tua...cis...ciss...dan ciss....Sebelum nie tak
pernah jadi pon….tuning crab, tukar myk enjin, tukar airfilter, oil
filter,,,,tapi???? Aku nie bukan jenis suka cari pasal…tak pe aku Redha pasti
ada hikmah disebalik kejadian nie.
Dengan berat hati aku bawak kudaku pulang, baru lepas turun susur tol
Cahaya Baru lebuhraya E22 aku rasa semacam masa nak ambik corner..berat dan keras….aku tak nak ambil risiko, pelahankan kelajuan dan bwk moto dgn penuh
skema lalu parking di bawah jejambat di bahu jalan….seperti jangkaanku..tayar belakang tak ada angin..???
|
Berlakon sat - pegang HP kat telinga konon-konon tengah bergayut....haaaaa |
|
Mujur la Bro Art sudi membantu |
….puas aku check tapi tayar bukan terkena paku atau objek tajam, rasanya
bal tiub rosak….aku tenangkan diri, keluarkan hp dan call Bro Art minta
bantuan, Alhamdulilah Setengah jam kemudian Bro Art datang menaiki Kriss
Dinamik membawa pam manual. Aku amat terharu, inilah persahabatan…brotherhood
bro…walaupun aku baru dua kali tts
dengan Bro Art. Lepas isi angin kami bergerak ke Kg Tjg Langsat untuk tindakan selanjutnya.
|
Ambil moto tak beritahu abang kawasan, kan dah kena.....heeeeee |
Kehadiran ku di sambut dgn senyuman oleh abg Nazri Yunus dan Samsudin,
asst Nazri. Dengan kepakaran mereka bertiga bal baru Berjaya
dipasang…Alhamdulilah…lepas tu kami melepak la di restoren tepi pantai
bersembang sambil minum dan makan. Abg Nazri bagi
tahu crab ada masalah dan ekzos ada kebocoran ada masa di suruh mai bengkel
dia. Aku target sabtu nie!!!!!
|
langsung saja ber TTS |
TTS @BREAKFAST DI TANJUNG LANGSAT (17 JANUARI 2015 @ 26 Rabiulawal 1436H
9.30 pagi
Pagi sabtu tu, aku bukan sendirian, Kid, Fakrul, Ijat
menemaniku ke Tg Langsat. Kami dah plan nak sarapan kat kedai Nasik Lemak
berdepan dengan masjid sebelum ke workshop Nazri Yunus. Kebetulan Nazri Yunus
pon ada kat warung tu, tak lama selepas tu samuel dan isterinya datang dan
bersama-sama menikmati nasi lemak yang sangat sedap tu. Tidak lama kemudian,
Sem asst Nazri pon mai….lepas bersembang kami ke workshop.
|
Warung sarapan pagi yang menghidangkan menu yang menyelerakan |
|
kuda besi Aku, Fakrul dan Kid |
|
sebelah kiri nie Sem, Asst Bro Nazri Yunus, sebelah kanan tu Fakrul |
|
Ijat depan sekali sebelah kanan dan Samuel kat sebelah aku |
Menu utama pagi nie: Nasik lemak telur goyang,...ngeeee
TUNNING / MELARAS KARBURETOR KAWASAKI ZXR250
11.30 pagi
Sem memulakan tugas melaras
semula angin dan minyak pada crab…lepas 30 minit, kerja melaras Karburetor pun selesai…..Alhamdulilah karburetor dah ok…Tuning canteek, Tinggal ekzos jew... bunyik kelepek..kelepek hujung-hujung
sebab ada kebocoran.
|
Kid ringan tulang membantu |
|
kesian dia masuk wad sekali lagi |
BAIKI KEBOCORAN EKZOS KAWASAKI ZXR250
Tak lama lepas tu Nazri Yunus
pulang dar JB…terus ditanggalkan ekzos, setelah diperiksa beberapa kebocoran dikesan di
celah-celah coronng ekzos…Terus di potongnya ekzos tu untuk memudahkan kerja
kimpalan…sejam selepas itu ekzos siap dikimpal semula dan dicantum dengan
sempurna. Sem mengambil alih tugas
mengecat ekzos.
|
Ekzos ZX2R tak guna gasket taw..... |
|
Alatan lengkap |
|
doktor pakar sedang membuat hipotesis....heee |
|
kerja-kerja kimpalan |
|
Sem tekun mengecat sambil menyanyi lagu M Nasir...haaa |
|
Abg Nazri simpati kat tank moto aku yg terkena |
| cat layang semasa kat workshop hari tu...thanks bro |
|
Sem melaras tensioner moto Kid dengan jayanya |
LANGKAH KANAN
Sementara menunggu cat kering
Nazri menjemput aku, kid dan Fakrul makan tengahari dirumahnya, sedap betul
makan asam pedas yg dimasak oleh isterinya Kak Anita....terbaeek, Fakrul
sungguh berselera.
|
Alhamdulillah rejeki jgn di tolak |
|
seriusss sodap bebonar... |
4.45 petang
Selepas Asar kami bergerak balik meninggalkan kg Tanjung Langsat yang Indah permai. Berbaloi baloi
tuning crab kat Tanjung Langsat..kerja tip top harga berpatutan…terima kasih
Nazri Yunus dan Sem…korang bukan pomen aku..korang sahabat aku dunia
akhirat….terima kasih juga buat sahabat pencinta dua roda Kid, Fakru, Ijat dan
Sam kerana luangkan masa temankan abang kat Tanjung Langsat seharian.Jasamu
dikenang!!!
PANDUAN KE BENGKEL NAZRI YUNUS DI KAMPUNG TANJUNG LANGSAT
Macam mana nak mai Tanjung
Langsat ….dari lebuhraya Pasir Gudang terus sahaja hingga jumpa papan tanda
yang menunjukan arah ke Tanjung Langsat. Lepas masuk kampong anda kan jumpa
masjid sebelah kiri, teruskan perjalanan lebih kurang lima
meter selepas masjid,
masuk simpang kanan (ada sebuah kedai runcit)
ikut je lorong tu sampai tak jumpa jalan lagi..kat situ lah workshopnya.
|
Jambatan Lebuhraya E22 dapat dilihat jelas di jeti Tanjung Langsat |
|
Restoren di atas Air menyediakan menu hidangan makanan laut yang lazat dan berpatutan |
|
Jeti utama KampungTanjung Langsat-Ada kedai asam pedas sedap kat sini (lunch only) |
Manakala Dari lebuhraya utara
selatan pula, turun plaza tol senai utara, lepas melalui plaza tol masuk susur
kiri, ada papan tanda menunjukkan arah Desaru dan Pasir Gudang….anda akan
memasuki lebuhraya E22…. Selepas itu Keluar ke plaza tol Cahaya Baru…..ikut
arah ke Tanjung Langsat.
Mudah sahaja.
|
Tempat port utama geng-geng ZXR250 Johor |
|
Try laa yeaa....segar tuu |
|
Nasik Beryani pon ada tauuu |
|
yang minat memancing pon boleh contact Bro Nazri Yunus |
Makluman semua, Bengkel masih beroperasi tetapi lokasinya sudah berubah di rumah Shamsudin, Kejuteraan Langsat Maju Enterprise. Untuk ke sana ikut laluan seperti di atas tetapi belok kiri selepas Masjid, terus sahaja, Bengkel Sudin terletak bersebelahan rumahnya dan berdepan dengan SK Tanjung Langsat.
Bos pm wassap 01139663302 ...nak tanya motor 250 skrang dha tak bole laju dha ...plis info
ReplyDeleteShare location nk custum bobber boleh?
ReplyDelete