Saturday, 13 June 2015

KAWASAKI ZXR250: RIDE TO ULU TIRAM JOHOR : MURTABAK CHESSE KAMPUNG MULIA SUNGAI TIRAM




Assalamualaikum wbkt....Salam Sejahtera
Dah lama cerita nie…baru la nie ada masa nak karangkan dlm blog teman,,,,

Barisan Jentera Kawasaki zx2r


24 JANUARI 2015 @ Sabtu


Ini merupakan ride pertama aku bersama dengan group zx2r JB.

7.45 pagi
Aku dan Zul  dari Desaru  menuju ke RV (tempat berkumpul) di RnR Layang Lebuhraya Senai Desaru (E22) . Perjalanan aku dan zul mengambil masa hampir 25 minit untuk sampai di RV seperti yang telah dirancang. Kami kayuh pelahan-lahan jew….ngeeee.

Abg Kawasan Tanjung Langsat dan Desaru dah sampai

sesi beramas mesra,,,heee

8.15 pagi
Aku dan Zul tiba di RnR Layang…… belum ada lagi rider yang sampai selain kami berdua. Kesempatan itu kami ambil untuk mengisi Petrol  kuda besi kami dan berbual-bual. Perbualan kami terhenti apabila terdengar deruman ZX2R yang sudah sebati dengan gegendang telingaku,…..Nazri  Yunus, Samsudin, Azmi dan Ijat tiba dengan jentera masing-masing.  Lebih kurang 10 minit kemudian, bro Art pula tiba bersama Joe&Wife, Salleh dan Mus. Wahhh meriah rasanya pagi tu…Ride hari ini berjaya menggumpulkan 7 buah Zx2r (8 termasuk Rin yg terus menghala ke tempat yg dituju), sebuah Ninja 250r, Krr 150, dan Dinamik. Apa yang penting,  ride hari ini aku dapat mempereratkan lagi silatulrahim sesama ahli dan juga berkenalan dengan Salleh dan Mus, dua abang kawasan Ulu Tiram,,,heee..hee.....

Dua buah jentera 2 lejang....double R dan Dinamik

9.00pagi
Setelah selesai sesi beramah mesra dan bergambaran.. konvoi yang dipimpin oleh Art bergerak menuju ke Sg Tiram  melalui jalan dalam. Hurmmm baru aku tahu dari RnR layang tu boleh tembus ke Ulu Tiram, satu ilmu baru yang aku dapat hari ini…tapi pratikal untuk motorsikal sahaja yeaa….

Joe dengan kuda besinya, Mus di belakang dengan design Repsol

Team Repsol nie tak boleh berpisah...haaaa

Perjalanan ke Kampung Mulia mengambil masa lebih kurang 20 minit, setelah menyusun kuda masing-masing kami memesan menu sarapan masing-masing. Buat makluman semua kedai nie beroperasi dari pagi hingga jam 12.00tgh…kemudian rehat dan buka semula bermula jam 4 petang hingga malam. Pelbagai menu berkaiatan roti di sediakan,,roti canai dan murtabak….Pilihan menu utama pagi ni adalah murtabak daging chesse mini berharga RM5.00 sekeping. Rasanyaa…yumm..yummm boleh tahan!!
Sedang rancak berbual dari jauh kedengaran bunyik deruman motoGp…..haaa…rupa-rupanya Rin pun mai…..cayalah Rin…kira breakfeast sblm masuk kerja la tu. Program pagi nie, turut dihadiri oleh rakan sejawat aku…geng ride aku semasa bersama BroBikerz dulu…Zulkifli….dia naik keta jee, datang dengan anak dia…kebetulan rumahnya tak jauh dari tempat perjumpaan kami pagi tu.

Murtabak Cheese Mini - Menu pilihan riders



Shazrin dan Zulkifli Brobikerz

sesi brain storming....ngeee


10.30pagi
Setelah perut berisi, kovoi pon bergerak ke Tanjung Langsat, Bro Art terus pulang ke Taman Scientax untuk urusan keluarga. Mus dan Rin terus ke tempat kerja.  Aku dan Zul lepak sekejap di bengkel Nazri sebelum bergerak pulang ke Desaru jam 12.00 tengahari.

Ride yang Ringkas, namun menyeronokan.
kuda besiku gembira kerana dapat berjumpa ramai kawan sejenisnya hari ini.

No comments:

Post a Comment