Sunday, 21 June 2015

KAWASAKI ZXR250 RIDE TO AIR HITAM JOHOR: TTS D'TEPIAN RAUDAH



RIDE TO AIR HITAM-BATU PAHAT : TTS D’TEPIAN RAUDAH

14 JUN 2015 (AHAD)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Sebenarnya selepas ride ke event Retromania SK4.0 bertempat di Dataran Nusajaya pada 30 Mei 2015, aku, Nas dan Sudin bercadang untuk up event ride ke Mersing Johor, maklumlah jalan ke sana banyak selekoh, memang seronok la kalau nak asah lutut…heee....selama dua minggu event dicanangkan di dalam group zxrjb. Alhamdulillah dapatlah juga kumpulkan beberapa orang riders.

Bumi Tanjung Langsat basah ditimpa hujan

port di warung Nasi Beriyani menungggu hujan reda

Manusia hanya merancang, segalanya Allah yang menentukan. Program ke Mersing terpaksa dibatalkan setelah menunggu kelibat matahari yang tak kunjung tiba sehingga jam 11.00pagi. Walaupun berat hati untuk membatalkan rancangan ke Mersing namun keselamatan riders perlu diutamakan. Baik mengelak risiko dari menyerap risiko. Memandangkan ada kawan-kawan yang telah mengambil cuti dan berkobar-kobar untuk ride maka plan ride ke Mersing ditukar ke Air Hitam-Baru Pahat. Menurut Mat Nor (Abg Kawasan Simpang Rengam), area sana cuaca cerah dan redup. Cadangannya nak TTS kat stesen keretapi Kluang....agak2 jadi tak??

11.30pagi: Aku dari Desaru bertolak ke Kg Tanjung Langsat, sepanjang perjalanan aku disirami hujan, walaupun tidak begitu lebat namun basah kuyup jugak teman dibuatnya. Lebih kurang jam 12.00tgh sampai la teman ke Tg Langsat. Kesian teman melihatkan Sudin, Ejart, Bai , Ayie dan Shafiq... dah lama terperangkap kat situ. Hujan menyambung nyambung katanya. Dapat pulak info Adi dan membernya dari Batu Pahat dah OTW ke Mersing. Aduii…cam mana yea,,, kat sini cuaca  memang tak menyebelahi. Aku ambil keputusan teruskan ride ke Air Hitam-Batu Pahat, maaf Adi, aku tak nak tanggung risiko, mungkin beliau melalui jalan Kluang –Bandar Tenggara, so tak kena Hujan..kami pula terpaksa menempuhi laluan Kota Tinggi dan Mawai yang sejak pagi tadi disirami hujan yang lebat untuk ke Mersing.

12.30tgh: Kami berenam bergerak ke RNR Layang untuk mengisi petrol dan sekaligus bertemu dengan Sofri yang akan menunggu di sana untuk turut serta. Setelah mengisi petrol 6 buah jentera zx2r dan sebuah jentera ninja z250  meneruskan perjalanan melalui lebuhraya senai-Desaru dan kemudian menggunakan lebuhraya Utara Selatan dari Plaza Tol Senai Utara menuju ke destinasi yang dituju. Cuaca amat baik dan aktiviti ride berjalan lancar. Mungkin ada hikmahnya kami tidak ke Mersing, Allah swt Maha Mengetahui.
Isi perut kuda dengan Ron95


1.15ptg: Kami dah sampai Plaza Tol Air Hitam-Batu Pahat, Mat Nor tak dapat jemput kami kerana motornya yang sedang diservis belum siap, tugas diserahkan kepada Nazri Sulam. Lebih setengah jam menunggu, Nazri tak kelihatan, aku faham sebab tadi dia beritahu nak uruskan anak di sekolah dahulu.  Jam sudah menghampiri pukul 2.00ptg, lewat sangat nie....memandangkan tekak dah kering dan perut pun dah berkeroncong,,,maka kami mengambil keputusan berehat di D'Tepian Raudah yang terletak kira-kira 2 km sebelah kiri selepas Plaza Tol Air Hitam-Batu Pahat. Nampaknya program TTS ke Kluang Railway station pergi ke laut...haaa...kami dah memesan makanan dan minuman. Bagus gak restoren nie..ada kemudahan tempat solat...walaupun kecil tapi cukup memadai....tahiah!!! kepada tokey restoren tersebut.  

Plaza Tol Air Hitam~ Batu Pahat

Menunggu abg kawasan kluang

Restoren tempat kami ber TTS
                                     
10 minit selepas kami memesan minuman dan makanan, sampailah Nazri Sulam, tidak lama kemudian Mat Nor pun sampai. Selepas Mat Nor sampai, Nazri Yunus pun sampai, beliau tak dapat bersama ride dengan kami kerana terpaksa pergi menyiapkan passport pagi tadi.  Namun beliau tetap hadir bersama kami,,,cayalah bro…..Majlis tts diserikan lagi dengan kehadiran Hasnul dari Simpang Rengam. Sedang seronok bersembang tiba-tiba Adi Tora yang telah ke Mersing tadi sampai juga ke tts di D’Tepian Raudah.  Sesi bersembang semakin rancak dan masa mencemburui kami. 6.00petang selepas sesi bergambar kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Terima Kasih kepada Nazri Sulam (Kluang), Mat Nor (Simpang Rengam), Hasnul (Machap) dan Adi Tora (Batu Pahat) yang melayan kami sebagai tamu.

                                   
Lokasi TTS kami

Dari kiri: penulis, Ejart, Samsudin,Ayie, Bai dan Sofri
Shafiq berbaju biru

Lapar bebenor Nas...maklumlah dia dr pagi tak makan lagi

Nazri Sulam @Bun...rider zx2r dr Kluang

Ok jgk tts kat sini....parking senang, kedai pun luas....corner lot 

Ejart Repsol meneruskan perjalanan ke utara, beliau pulang ke kampung halamannya di Cheras, Kuala Lumpur.  Bai turun di susur Tmn Perling, Sofri susur Ulu Tiram,
Anol otai zx2rjohor...abg kwsn Machap...skrg Xj6 daa...

                                 
refuel minyak di Petronas rnr Machap

Belek kuda ...hee


       
Manakala aku, Nas, Samsuddin, Ayie dan Shafiq meneruskan perjalanan sebelum berhenti rehat dan menunaikan solat Maghrib di rnr Layang pada jam 7.00petang. 25 minit kemudian kami meneruskan perjalanan, mereka semua keluar di susur tol Cahaya Baru meneruskan perjalanan ke Kg Tanjung Langsat, aku je sorang-sorang ride hingga keluar plaza tol Bandar Penawar.   Tepat jam 8.20malam aku selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah... semua riders selamat sampai pergi dan pulang ke destinasi.



No comments:

Post a Comment