Saturday, 20 June 2015

KAWASAKI ZXR250: Konvoi Majlis Perkhawinan Ijat Stoner di Labis Segamat Johor


RIDE TO KG TENANG LABIS JOHOR : WALIMATUL URUS IJAT STONER 

22 FEBRUARI 2015



Enjin Inline 4.....memang mantap di lebuhraya
 
5.30pagi
Awal aku dah bangun, setelah menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, aku bersiap dengan kelengkapan untuk ride menghadiri majlis Walimatul Urus Ijat Stoner bersama ahli kelab ZXRJB. Sementara memanaskan kuda besiku, Aku  membasahkan tekak dengan secawan teh dan sarapan yang disediakan oleh isteri tercinta. Tepat 7.30pagi, aku memulas telinga kudaku menuju ke RV 1.  Alhamdulillah cuaca sangat baik, seakan mengerti dan memberi sokongan kepada aktiviti kami hari ini.

Tepat jam 8.00pagi sampai la aku ke RV1 (Kawasan Rehat Layang Lebuhraya E22 Senai-Desaru). Hurmmm...... nampaknya aku je yang dah sampai, abang kawasan Tanjung Langsat dan Masai tak sampai lagi. Sementara menunggu depa aku isi minyak dulu, beli mineral water dan makanan ringan. Tunggu punya tunggu.., akhirnya jam 8.45pagi, sampailah bro Nas&Isteri, Kid&Isteri dan Samsuddin ke RV1. Setelah depa mengisi petrol ke kuda masing-masing kami bergerak menuju ke RV2 (Hentian sebelah Kulaijaya menghala utara, Lebuhraya Utara-Selatan.

RV 2: Hentian sebelah Kulaijaya

18 buah jentera dari RV2



9.30pagi: Aku dan rombongan dari RV1 sampailah ke RV2. Kelihatan Cip (Abang Halim) sedang menunggu ketibaan kami. Selain itu, kelihatan abg Rosli,  Rin&Isteri , Ash-d, Epul, Hami, Fami dan lain-lain pun sudah ada di RV2.  Jam 10.00pagi:  konvoi dari RV2 bertolak menuju ke RV3 (Plaza tol Air Hitam-Batu Pahat). Sebanyak 18 buah motorsikal (23 orang) bertolak dari RV2 menuju ke RV3.
                                       
Kami sarapan kat sini....memang terangkat sehhh.....

Lebih kurang jam 10.30pagi konvoi sampai ke RV3, di sini kami disambut oleh Hasnul, Adi, Mat Nor, Hirman dan lain-lain dan dibawa ke restoren Kari Kambing 40 hari jalan Kluang untuk bersarapan…..Wahhh dasyat gak kedai nie, tempat persinggahan bikerz  dan orang ramai. Dari tepi lebuhraya boleh nampak dengan jelas restoren nie. Menu popular di sini ialah roti canai, nasi Beriyani dan kari kambingnya…..kalau nak mai hujung minggu datang  awai sikit, sesak wooo…



Plaza Tol Air Hitam-Batu Pahat

Sarapan di Restoren Kari Kambing 40 hari

Nas...Sudin dan Ash-D

Semeja dengan Abg Rosli dan geng Fami

11.40pagi: Konvoi bertolak ke Labis Segamat, dari RV3 dianggarkan jumlah motorsikal lebih kurang 23-26 buah. Haaa….kat sini aku lupa nak kira, kira besar la jugak konvoi kali nie.  Kami melalui Yong Peng dan terus menghala ke Labis, Segamat.  Perjalanan amat menyeronokkan, melalui jalan lama merentasi kawasan kampung dan pekan-pekan kecil. Konvoi berhenti di Shell Ca’ah untuk mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan.  Peristiwa ini mengingatkan aku memori berkonvoi masa zaman student di UTM Skudai dulu....masa tu layan Yamaha RXZ....zaman 2 stroke.....Akhirnya lebih kurang jam 1.00 petang sampailah kami di Pusat Rekreasi Pekan Air Panas, Labis Johor. 

Pekan Labis


depa dah standby minyak spare satu tangki
Refuel minyak di Stesen Minyak Shell Caah

Rin dan Isterinya

Amboi....macho macho belaka....haaaa
masa nie Ron 97 tengah murah....tapi sebulan jee...heeee

Di sini konvoi berehat  menunggu ketibaan pengantin untuk di arak menaiki motorsikal.  1.40 petang konvoi berbaris dan bergerak mengiringi pengantin ke rumah pengantin lelaki. Wahh seronok betul la Ijat dan Nabillah…….pasti mereka tidak akan lupakan memori indah  ini. Lebih kurang 10 minit sampailah konvoi ke rumah pengantin, maka gegak gempita lah kawasan rumah penantin dengan bunyian jentera konvoi hari itu.

Hami, Ash-d, Fami, Rizal dan Kid
Berehat di bawah pokok di Pusat Reakrasi Pekan Air Panas

skaud!!!Buat dua Barisan!!!!

Displin

satu hati

seronok ko main yea ko Ijat....

Selamat pengantin baru my friend..

cip mengetuai konvoi....

Semoga Berbahagia hingga ke Jannah....Aminn

Setelah motorsikal disusun dengan rapi konvoi mengambil kesempatan  bergambarin dengan pengantin sebelum menjamu selera di rumah pengantin. Setelah mengisi perut, ahli konvoi berehat di bawah pokok sambil menunggu ketibaan Bro Art. Sebelum ketiban Bro Art, hadirin dikejutkan lagi dengan kehadiran konvoi motorsikal dari kelab Kawasaki Bersatu Johor (lebih kurang 15 buah motorsikal). Bertambah meriahlah majlis ijat hari itu.


dah sampai rumah pengantin






Riders bergambar bersama Raja Sehari

ready untuk makan...nyum...nyum...
Kid dan isteri....nasib baik bawak kipas...memang panas cuaca hari tu

ijat sempat lagi meminta petua dari otai otai...haaaaa..haa

Ladies bikerz

Ketibaan Professor Art

Setelah bersalaman dengan tuan rumah dan pengantin, konvoi bergerak ke Pusat Reakrasi Pekan Air Panas Labis untuk bersolat dan berehat. Lama jugak kami berehat, hinggakan ada ahli yang bergerak pulang awal atas urusan tertentu.

kawasan reakrasi Pekan Air Panas
Bertolak dari rumah pengantin
Kawasan parking yang luas dan kemudahan surau

Cip memang pantang jumpa air...haaa (air panas tu)

Kasut kuda Sudin tersusuk paku daa...


Sesi gambar terakhir sebelum berangkat meninggalkan Labis
Jam 4.30 petang:  konvoi bergerak meninggalkan kawasan reakrasi Pekan Air Panas. Perjalanan pulang sangat mencabar, aliran trafik sesak teruk memandangkan ramai yang pulang dari bercuti sambutan tahun baru Cina.  Nasib badan lah…..nak tak nak kena tempuh juga, motor pula tak boleh high speed, lenguh la jugak  al maklumlah posisi zx2r yang agak membongkok.

Setiba di susur Kulaijaya Cip dan lain-lain berhenti di tepi jalan menuju susur masuk ke Kulaijaya…aku pulak dah terlajak 30 meter di depan…nak pusing pun susah…semua lorong dipenuhi kenderaan…motor pulak berat tak ingat.  aku turun dari kuda pergi ke arah depa…rupanya cip nak ajak rehat dan minum-minum..,,aku tengok jam pun dah 6.30petang…so aku terpaksa menolak pelawaan cip dan rakan-rakan dan meneruskan perjalanan pulang sendirian.…aku target sempat menunaikan solat Maghrib kat rumah. Lebih kurang 7.45 petang sampailah aku di rumah.

Syukur Alhamdulillah…



No comments:

Post a Comment