19 JANUARI 2018
JUMAAT
TEACHERS BIKER COMUNITY
ini merupakan aktiviti ride pertama TBC yang masih baru ditubuhkan iaitu pada 14 Januari 2018
2 buah jentera Yamaha dan sebuah Jentera Honda melaporkan diri |
3.15 petang
Selepas mengisi minyak, aku menuju ke RV (SSTMI), kelihatan Mansor telah pun sampai dah menunggu di dalam khemah. Alhamdulillah cuaca hari ini panas, sesuai untuk aktiviti ride. Tak lama selepas itu Zulhusni pun tiba dengan jentera Honda SR150nya.
Kami melalui jalan daripada Tanjung Balau, melalui Ladang Siang hinggalah ke Sedili Kecil. Jalan ini tidak sibuk, dan permukaan jalannya dalam keadaan amat baik. Tapi penunggang perlu berhati-hati kerana haiwan liar suka melintas tanpa memberi isyarat. π
π
π
Maklumlah penunggang akan dihidangkan dengan belukar dan ladang-ladang sepanjang perjalanan hingga sampai di Sedeli Kecil.
Bergambaran di Pantai Jasembay |
Kali kedua bergambar di sini tahun ini |
Masih terdapat sistem jual minyak mengunakan pam manual di Sedili Kecil |
Setelah hampir 60km menunggang sampailah kami di kawasan Jeti Sedeli Besar, kelihatan ada dua khemah terpasang yang menandakan dua buah warung dibuka. Setelah mengambil tempat kami pun memulakan operasi untuk menempah makanan dan minuman. Apa yang menarik di sini? Ikan, udang, sotong dan ketam celup tepung, Keropok basah, Losong, Getuk Ubi, Cucur Badak malahan Nasi Lemak pun ada. Minuman yang special di sini Air Batu Campur dan Cendol. Harga masih lagi berpatutan. ππBiasanya ada 3 buah warung berniaga, kami difahamkan sebuah warung yang menjual rojak tidak beroperasi pada hari itu.
Biar gambar yang berbicara ππ |
Pelanggan boleh pilih menu mengikut selera masing-masing
Terletak di tepi sungai, menghidangkan panaroma yang indah |
Keropok basah, keropok lesong, getuk ubi dan cucur badak dan lain-lain yang sudah digoreng |
Masa untuk menjamu selera ππ |
Menunaikan Solat Asar di Masjid Sedili Kecil |
6.30 Petang
Kami selamat sampai ke rumah masing-masing.
No comments:
Post a Comment