Monday, 6 May 2013

PERODUA KELISA KACUK L700


Inilah Perodua Kelisa yang telah berjasa kepada kami sekeluarga
 
               Dalam post sebelum nie aku ada cerita yang aku ada sebuah perodua Kelisa. Kelisa nie aku beli secondhand pada bulan Ogos 2007 di Permas Jaya. Aku owner yang ke -3 kepada jentera cute ala-ala mini cooper nie yang mempunyai abang lain mak sama bapak di Jepun yang digelar Daihastu Coure L700......

 
Gini le rupe asalnya kalau di Jepun  Coure L700

            Oleh kerana pertalian yang kuat antara Daihatsu dan Perodua. Lisa nama manja jenteraku  yang berwarna kelabu tu aku modified......aku membuat pembedahan komestik pada wajah depannya  menjadi mirip L700 ... nak buat Gino besar la pulak kosnya (cover set depan je cecah 4K) So untuk menaik seri wajah Lisa, aku dapatkan Bumper, side, hood , lampu depan L700 yang bernilai 1.3K tu di kedai halfcut Best Zone Taman Austin Johor Bahru......Taman Austin merupakan syurga hulfcut di Johor.  Kerja-kerja pembedahan tersebut telah dilakukan di sebuah pusat rawatan kecantikan yang letaknya berhampiran kawasan tersebut. selepas 3 hari, aku bawa Lisa ke kedai cat untuk ku salin dengan baju baru berwarna Meroon....sayangnya gambar Lisa telah hilang di dalam simpanan kerana hard disk note book ku telah rosak..
 
Ini contoh Kelisa yang telah di kacuk menjadi Coure


Bole juga di kacuk jadi macam nie Daihatsu Gino
   Apa yang aku boleh kongsikan mengenai Lisa ialah......dengan body yang Kompak, disumbatkan pula dengan enjin 3 silinder bersesaran 1000cc....Twin Cam....troque kereta nie memang tidak boleh dipertikaikan....kena pulak Lisaku tu kotak gear manual...mencanak perginya....Syiokk,,,
1000cc Twin Cam 16 Valve


                 Suapan bahan bakar mengunakan sistem injection menjadikan penggunaan minyak memang amat menjimatkan.....tapi apa-apa kereta pun kalau disebat gila-gila minyak larung jugak. So jadilah pemandu yang berhemah...Kelajuan maksima yang aku pernah bawa kereta nie setakat 145km/h......Salah aku yang terlalu mengikutkan nafsu...Lisa pernah di saman....speed trap di Lebuh raya Utara Selatan area Air Keroh Melaka dengan kelajuan 135km/h.......pada tahun 2012
 
Dalaman Perodua Kelisa

Ruang dalaman...maklum le cute kan...faham-faham aje lah....amat sesuai untuk kemesraan suami isteri......laga-laga bahu....heeee...
 
Balik Rumah Mak Mertua....Gambar Ihsan
      Aku pernah memerah kudrat Lisa ke Gerik Perak.....penggunan minyak sangat menjimatkan.....muatan ketika itu 3 dewasa 2 kanak-kanak....terbaek......satu lagi aku dah banyak kali  drive Lisa ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.....cuma kat highway tu rasa kerdil le sangat....sabo je laa....kecil-kecil cili padi...

Bahagian Belakang Lisa yang seksi.....gambar ihsan nie....heeee
Pandangan sisi
 

Dari segi ketahanan....memang lasak dan tahan...maklum le barang jepun...banyak part mai dari sana.....kereta nie tak banyak memeningkan aku sepanjang menggunakan perkhidmatnanya.....apa yang aku pernah tukar atau ganti
               1.     Minyak enjin dan gear box (standard le tu)
               2.     Bearing tayar belah depan dan belakang (gatal pakai sportrim 15"
               3.     Tabung Ekzos selepas 3 tahun (maklum le dah lama...)
               4.     Drive shaft (lepas aku guna 5 tahun)
               5.     Alternator (lepas guna 5 tahun)
               6.     penyelenggaran biasa (Tayar, Bateri, Timing belt, plug, air filter, Pad brek dll)
               7.     Servis aircond sekali (lepas 3 tahun guna)
               8.     Clutch....(lepas guna 4 tahun)
               9.     Absober depan belakang (2 tahun guna)

***makluman Lisa telah aku miliki ketika usianya telah mencecah 5 tahun.....dan dia telah berkhidmat kepada ku selama 5 tahun.....usianya menjangkau 10 tahun sebelum kami berpisah......
pada bulan September 2012........Lisa ku gantikan dengan Is....panggilan manja kepada Toyota Altis 1.6E yang mengambil alih tugas Lisa L700ku.....

Semoga review tentang Perodua Kelisa yang pernah berjasa kepada ku, dapat menjadi panduan kepada pembaca yang berkenan sangat untuk memilikinya.......Wasalam.....





Saturday, 4 May 2013

KAWASAKI ZXR250 : KONVOI KE SEDILI BESAR KOTA TINGGI JOHOR

 
SSTMI RIDE TO TG SEDILI JOHOR 1st May 2013
          Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca.....agak lama aku tidak update blog nie....pendek cerita setelah sekian lama tidak berkonvoi akibat kesibukan tugas akhirnya plan aku dengan Zulhusni untuk organize satu konvoi melibatkan tenaga kerja SSTMI berjaya dilaksanakan. Alhamdulilah.....tak sangka plan yang tak sampai seminggu tu dapat juga sambutan walaupun hanya melibatkan 6 penunggang kuda besi buatan Jepun spesis Kawasaki....
Flyers yang tak seberapa nie....membuahkan hasil akhirnya....
            Dalam masa seminggu tu aku dan Zulhusni berkempen la jugak untuk menarik peserta-peserta tapi tak lah pulun sangat mcam ahli politik PRU 13....Aku pun target bawah sepuluh orang jee...Akhirnya pada 30 April 2013,  6 buah jentera membuat pengesahan untuk turut serta.....Aku dengan kuda tuaku ZX250R....Zulhusni ZX150rr....Zulkifli ZX150rr...Joroni Ninja 250r....Shafiq Ninja 250r....dan Hayazid KLX 150.....manakala Syhamsul ER6F tak dapat turut serta kerana terpaksa pulang ke Kg....Ckgu Kamalulai ER6n....ada urusan dengan tukang rumah...., Ckgu Mansor pulak takot kena tinggal sebab kuda dia 135cc jek..(Honda Rider) retro beb....Aku tak pelawa Boss (Virago535) sebab aku tahu dia tengah sibuk dan akan ke KL....Ckgu Ridzuan (Vulcan 500) isterinya sedang sakit......tak pe next time lah yea...Lamjah pulak dah jual motor z750nya...Kamal Kamsun beria-ia benar nak follow tapi belum  ade kuda...sabor bro....pelan2..

Tepat jam 6.00pagi Aku dah bersiap.....Alhamdulilah, Isteriku memahami hobiku... jadi hati pun senang le juga nak berkonvoi nie...tepat jam 7.30pagi kuda besi aku pun meraung memecah kesunyian Taman Desaru Utama...setelah memberi kudaku minum Ron95 di Petronas Bandar Penawar....aku pun menghala ke Main Gate SSTMI (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail). Hatiku lega seorang peserta dah sampai..Syabas!! Shafiq dan Ninja 250rnya.....tak lama lepas tu Hayazid pun sampai dan diikuti oleh Zulhusni dan Joroni.....dalam 15 minit kemudian barulah Zulkifli Aris muncul....its ok...sebab Zul mai dari Ulu Tiram yang jaraknya lebih kurang 50km tu dari Bandar Penawar (dah jadik dekat sebab adanya lebuhraya E22 SENAI-DESARU)....semangat rider!!!...dia kata banyak motor cub konvoi ke Tanjung Balau dan Desaru...memang pun...hari nie kan 1 Mei ...cuti Hari Buruh.....

Menunggu Rider dari Ulu Tiram


Penaja rasmi...heeee
 
                 Sebelum tayar bergolek semua riders memakai jaket keselamatan Alpine Star (mcm ditaja pulak..heee).....bila dah bergaya tu konvoi tidak melepaskan peluang bergambaran....setelah enjin jentera dihidupkan, dengan lafaz Bismillah....Konvoi bergerak meninggalkan SSTMI lebih kurang jam 8.15am....aku mengepalai ride...kami menghala ke Sedili melalui jalan Ladang Siang ..(sebenarnya 29 April,... Aku dan Zulhusni dah ricky jalan tu.....yea la nak memastikan keselamatan konvoi...heehh...)..perjalanan sangat lancar sebab tak banyak kenderaan melalui laluan ini. Alhamdulilah jalan pun tak banyak rosak dengan kelajuan 110-120km/j...konvoi mengambil masa lebih kurang 20 minit sampai di Jasembay...setiba sahaja di situ aku memberi laluan kepada Shafiq memimpin konvoi menuju ke Pekan Sedili Kecil sebelum berhenti rehat bersarapan....anggaran masa tiba ke Sedili dari Bandar Penawar lebih kurang 30 minit.

                 Bersarapan merupakan akiviti utama konvoi kali ini hii...hiii.....kedai pilihan kami ialah warung keluarga Farida, staff pejabat sekolah...tapi Farida tak balik cuti nie sebab  malam semalam dia terlibat dengan Majlis Graduasi Pra Universiti di Dewan Mawar JB....untuk tidak membuang masa kami parking kuda2 kami dan memesan sarapan pagi...nampaknya menu Nasi Dagang menjadi pilihan kebanyakan peserta....setelah memberi minum kuda-kuda petrol di stesen minyak berhampiran jeti sedili Kecil, konvoi meneruskan aktiviti menuju ke Jeti Sedili Besar......sekali lagi Shafiq memimpin Konvoi ke Jeti Sedili Besar.......laluan menuju ke Sedili Besar melalui kebun kelapa Sawit....agak mencabar......Hayazid tersenyum girang....."hehe....ini jalan KLX aku le raja"...katanya......dalam 5 minit kami sampai ke destinasi....aktiviti seterusnya...bergambaran laa.


Zuhusni....gembira berjumpa org Terengganu


satu kebetulan....konvoi di sertai semua jentera dari pengeluar Kawasaki

berpeluk tubuh di tengah terik matahari
 
Lepas bergambar kami cepat-cepat ke Jeti...ada bumbung ....maklum laa...matahari dah naik tinggi....kami mengambil masa kurang 10 minit untuk sampai di sini.

Adakah brader ni juga seorang rider...kaki asah lutut...tengok saje la seluarnya

Shafiq hampa....brader nie hanyalah bekas kumpulan rock Metal


                   Di jeti tu kami bersembang dengan brader pengusaha bot di situ....banyak jugaklah dapat info tentang Sedili Besar...masyarakatnya...dan kegiatan ekonomi mereka...betul la kata orang "Jauh berjalan banyak pengalaman"...sebenarnya tak le berapa jauh....heee......Menurut brader tu ada 4 buah botnya disewa untuk aktiviti memancing....salah satu botnya dah masuk majalah Umpan tahun lepas....hee..hee... katanya sambil tersenyum,,, terima kasih brader!!!!...lebih kurang jam 11.30pagi kami bergerak pulang melalui jalan menuju ke Kota Tinggi........sampai di simpang ke Kota Tinggi Zulkifli meninggalkan konvoi menghala ke Ulu Tiram.....kami meneruskan perjalan menuju jalan ke Simpang Waha...Hayazid meninggalkan Konvoi di simpang Waha....masa tu lee tangan dah gatal nak pulas telinga kuda masing-masing....heeee,...hee....sampai je simpang besar laluan Bandar Penawar-Kota Tinggi....kami berpisah dengan Shafiq yang menghala ke kanan....manakala Aku, Zulhusni dan Joroni memeruskan perjalanan menuju ke Bandar Penawar.....Lebih kurang 12.30tgh Aku sampai di rumah....Alhamdullilah sekali lagi...konvoi selamat pergi dan pulang....Terima Kasih kepada Zulhusni...Zulkifli....Joroni....Shafiq...dan Hayazid.....Special Thanks kepada Hayazid...walaupun KLXnya boleh pergi setakat 110km/j.. ia bukanlah penghalang untuk berkonvoi...yang penting minat....

Tak banyak gambar sebab fotographer profesional...Zulkarnain tak muncul2....haaaaa....haaa...

Zulhusni dan Joroni dah tak sabar nak konvoi lagi........




Kepada kawan-kawan...InsyaAllah kita akan berkonvoi lagi.....Target seterusnya Tanjung Piai Pontian Johor....

Sekian

Wasalam




Wednesday, 21 November 2012

KAWASAKI ZXR250~Konvoi ke Tanjung Leman, Mersing Johor

Selepas aku ngan Fok melibatkan diri dalam aktiviti menuggang motorsikal berkuasa tinggi, tak disangka-sangka seorang member di tempat kerja kami telah menempah Kawasaki Z750.....perggh......semakin ketinggalan jauh aku dibelakang nih.... Setelah hampir sebulan akhirnya motor Lamjah pun keluar, Lamjah bukanlah owner baru big bike...sebelum nie dia dah main easy rider.....tapi bila kena bakar ngan aku dan Fok  maka ditukar kudanya agar lebih pantas dan lincah... dah habis pantang kudanya...Lamjah, Fok dan aku pun bersetuju untuk buat trip ke Tanjung Leman.
Tanggal 14 Febuari 2011 telah dipilih untuk melaksanakan aktiviti ride kami,....dengan kemahiran komunikasi lorat Sabahnya, Lamjah berjaya mengajak 2 lagi riders  untuk turut serta dalam konvoi tersebut....Bos kami, Pak Wan bersamanya kudanya Yamaha Virago 535 dan brader Wan bersama Kawasaki Vulcan 500nya...

Tiba hari yang dirancang tepat jam 9.00pagi kami berkumpul di Najwa Cafe Bandar Penawar bersarapan. Jam menunjukkan hampir pukul 9.30pagi tapi kelibat brader Wan masih tidak kelihatan,..setelah sepakat kami pun menunggang kuda masing-masing ke rumah barder Wan kerana mendapat maklumat kudanya sesak nafas....asik mati-mati jer.....beberapa hipotesis dan percubaan CPR dibuat tapi nampaknya Vulcan brader Wan still mati-mati......aku tanya samada stoper minyak dari tangki ke Kaburetor pada kedudukan On atau sebaliknya...kerana bila start motor, motor bole jalan tapi untuk beberapa meter sebelum mati seakan-akan keputusan bahan api............tapi brader Wan kata dah On...so aku anggap mungkin sebab lain....memandangkan jam dah menunjukan pukul 10.00pagi akhirnya dengan rasa simpati kat brader Wan kami terpaksa bertolak meneruskan aktiviti yang dirancang.




Pak Wan secara rasmi menjadi ketua Konvoi kami pada hari itu, trip bermula dari Jalan Desaru menuju ke Sedili melalui jalan belakang sepanjang tepi pantai (Tanjung Siang). Kurang setengah jam akhirnya kami tiba di Sedili.....Pak Wan membawa kami singgah di Pekan Sedili untuk menikmati makan tengahari.......dah nak selesai makan tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi Ekzos Vulcan brader Wan.....laa....sampai jugak barder nie...semangat rider!!!!...dia kata lepas kami gerak dia cuba start dan terus gi kedai motor...bila periksa...memang sah seperti yang aku sangkakan...stoper moto brader Wan yang buat hal....stoper dah rosak...On jadik Off, Off jadi On....haaa..haaa....nakal betul kuda brader Wan.....jadi ambil masa panjang jugak le waktu lunch kami, sebab nak tunggu brader Wan makan dulu....




Tepat pukul 1.00ptg kami bertolak ke Tanjung Leman, masa yang diambil tak sampai setengah jam, kat sana kami lepak di kawasan medan selera sambil bersembang dan minum air. Apa yang menarik di sini....ada sebuah resort, ada Hotel...Felda Residance Hotel, KFC pun ada....setegah jam berehat di Tanjung Leman kami bertolak pulang melalui jalan utama laluan Kota Tinggi-Mersing, jalan nie memang best...lebar dan banyak selekoh, ape lagi..meleper le aku keh..keh....keh....tu le kelebihan superbike.....berbanding easy rider....syok woooo....

Alhamdulilah, kami semua selamat tiba di Bandar Penawar tepat 3.30petang,.....tak sabar nak berkonvoi lagi...


Sunday, 18 November 2012

KAWASAKI ZXR250~Melaka ride with my lovely~ 16 Julai 2011




                   ....Pada pagi yang nyaman 16 Julai 2011....hati aku tergerak nak ride kuda ku ZX2R melalui lebuhraya E22 Senai-Desaru yang sudah sebulan dibuka. Tapi lebuhraya tu pendek jee...dalam 70km...so aku ajak wife aku makan angin terus ke Melaka menjengok anak sedara yang baru dua minggu belajar di UNIKL kampus Melaka,..... tanpa pengetahuannya, hee..hee..heee.... aweks aku memang sempoi..."setujuuuu"...... maklumlah hujung minggu tu anak sedara aku yang belajar kat Kolej Profesional Mara saja mai rumah kami...Kolej tu dekat je dari rumah kami, dalam 3km...memang Angah biasa mai rumah cuti hujung minggu......setelah Angah diberi kontrak tengokkan anak-anak kami yang masih lena dibuai mimpi......Jam 7.00 pagi zx2r ku pun mula mengaum memekakkan teliga penduduk Taman Desaru Utama  hee..heee....  dengan penuh kasih sayang dan pelukkan erat wifeku...... kuda peliharaan kami terus meluncur pantas di lebuhraya E22......dalam 20 minit kami berhenti jap kat kawasan rehat Layang untuk membeli minuman kegemaran kudaku Ron 95 di Shell.. INFO:.full tank 15 liter @ lebih kurang RM30.00
perjalanan diteruskan hingga lah di atas Highway PLUS area Machap,,,tetiba ada sebuah Proton Persona yang dipandu seorang pemuda yang mengekori rapat kuda kami...aku teruskan mode menunggang 140~160km/h tanpa menghiraukan mamat tu....Persona tu menekan minyak mengejar kudaku....OOO baru ku tahu...saja je nak tengok kemampuan kudaku la tu....Wifeku yang resah dari tadi terus menepuk punggung kudaku,,,terus aja zx2r ku menjerit....bedesup perginya...tahu-tahu sudah 190km/h.....sekali lagi wife aku tepuk.... tapi bukan punggung kudaku tapi topi keselamatanku ...haaa..haaaa.....bagi signal rider bagi slow lee tuhh....biasalah kalau dah 190....tertinggal le Persona tuh...dalam 5 minit dia muncul lagi siap memotong kami sambil menjeling keriangan....aku buat tak faham jek...terus menten 140~160km/h...tahu-tahu je dia dah kena potong balik...adengan berterusan sampai le kami berhenti ke kawsan rehat Pagoh untuk membeli minuman kudaku.....kira pelahap jugak le kuda aku nie....mana tak nyah perah teliga kawan tu tak agak-agak....lagi pon inline 4 bro..... Mamat tu pun singgah jugak beli minuman kat kereta kuda dia....aku gerak...dia pun pulun gerak....aku pulas telinga kuda aku......menten 140~160...dia cuba ikut dari belakang,, tapi nak ikut rapat jangan harap laaa........dalam 10 minit tiba-tiba trafik jadi slow....slow...slow.....aku dah agak dah, musti ada speed trap tadi.....lalu je depan abang kuda putih @ Polis Trafik... aku angkat tangan dan dibalas dengan penuh kemesraan ..... heee....mamat yang memandu Persona tu ......aku confirm akan bertemu ramah dengan abang Kuda Putih tuu....sebelum turun di susur Simpang Ampat kami berhenti di kawasan rehat Ayer Keroh bersarapan dan berehat  dalam pukul 9.00 pagi....semasa sarapan wife aku call anak sedara, konon nak bagi kejutan... dia pulak bagi kejutan....dia dah keluar gi Bandar Hilir...haaaa,..haaa... kira program hari tu..kami bersarapan di Melaka je laaa....


Lepas turun susur ke Simpang Ampat   kami posing jap ambik gambar.....lepas tu  kami masuk tol PLUS semula,,,,,teruskan perjalanan ke Desaru......Otw balik lancar selancarnya......tepat jam 1.00 petang kami tiba di singgahsana kami dengan selamatnya.....Syukur Alhamdulillah....thanks my dear...

Friday, 16 November 2012

KAWASAKI ZXR250~Karnival Bermotosikal Kuala Kangsar Perak - 14 April 2011

Salam semua yang membaca.

Selepas konvoi ke Tanjung Leman....aku tak sempat nak buat coretan...terlalu sibuk dengan kerja....kuda besi hijau tuu...aku dah tukar dengan kuda yang lain....sebab teruja dengan kemantapan mesin kuda zxr merah hitam.....still 250 tapi blok silinder dah rebore...up sikit le cc tu......boleh tahan pickupnya.......


Selepas tukar persalinan baru...kudaku mula buat hal....(aku syak mungkin ada part yang kena tukar nih...) so nasihat aku kepada rider-rider kalau nak cat kuda tu..cabut la part-part yang penting eg; recefire & CDI....kisah duka nie bermula semasa aku otw ke Kuala Kangsar 13 April 2011.....motor aku kong kat Pagoh.....Alhamdulilah nak jadik hal pun dekat dengan kampung atuk aku .. so dengan bantuan lori Pak cik,  aku bawak le kuda nie ke wad kecemasan di BMC workshop yang terletak di Batu Pahat.....memey rock lagi batu la... Batu Pahat nie.., ada kedai jual halfcut superbike...macam tak percaya... hasil bedah siasat...recefire kong...bateri melengkung...CDI out of service...perghh....sabar je laa....setelah 4 jam di bilik bedah...sihat la semula kuda ku walapun tak 100%.....malam lepas mandi, solat dan dinner kat umah che Razak di Tongkang Pecah...tepat jam 9.00mlm....kudaku lari gagah berani di atas highway...kalau ikut hati memang tak mahu jalan malam-malam nie...dah terpaksa....ini bukalah kali pertama aku menunggang ke Utara...dulu aku dah pernah tunggang RXZ hingga ke Bukit Kayu Hitam....so dengan semangat, pengalaman dan iringan doa pelan-pelan aku kayuh ke Perak~120-140 km/h........kat atas jalan penuh dengan konvoi motor dari pelusuk tanah air...semuanya ke satu destinasi ...Kuala Kangsar ...macam-macam motor ade ...motor klasik, motor vespa,..motor retro dan banyak lagi...meriah sungguh.....3.00 pagi sampai le kudaku di Kuala Kangsar...tapi aku teruskan perjalanan ke Gerik Perak...rumah abang iparku sebab dah janji nak konvoi bersama-sama dengan team dari Gerik Motor Club.... 4.00 pagi sampai le aku kat umah abang aku...sembang-sembang jap lepas tu...zzzzzzzzz

14 Oktober 2012....jam 6.30 pagi aku terjaga dari lena....tengok abg aku dah siap solat dan sedang mengusap-ngusap kuda padinya gsx250......apa lagi.... aku terus mempersiapkan diri.....7.00 pagi kami bergerak ke stesen bas Gerik....di sana Bro Atan and the geng dah tunggu......kalau tak silap pagi tu kuda-kuda yang turut serta ialah....Suzuki RGf250, Suzuki GSX250,  2 buah Suzuki XP 250, Kawasaki ZXR250, Yamaha RXS, Suzuki Panther 150, Honda Nsr 150, 2 buah Yamaha TZM ...cukup Corum kami pun bergerak ke Lenggong Perak dan bersarapan.....pagi tu lepas sarapan, pekan Lenggong kena gegar dengan mesin-mesin kuda team Gerik n Lenggong....kena gegar ok lagi...kena sembur asap putih mesin-mesin 2 stroke yang tak tahan tuu....hhhuuuu


Dah nak sampai ke Kuala Kangsar,  awek Jepun abang aku Suzuki GSX buat hal....tercirit-cirit pulak.....Crab dia buat hal.....masalah tu diselesaikan oleh bro Atan sambil menyanyi lagu Yuna...heee...hebat otai sorang nie....


                                    jika tidak berjaya Bro Amin sudah bersedia mencucuh apinya

                                                      Suzuki RGF 250 milik Bro Atan
Tepat jam 10.00 pagi kami sampai le ke event tu....ramai betul rider yang datang...Lepas parking kat tepi sungai aku follow Bro Atan jumpa dengan presiden RD Club Selangor.....wahh...hebat-hebat betul kuda diaorang.....Yamaha RD250~RD350....


 
                                                      bersama my brother....n Bro Krii


Gambar ni kawan download dr rmr....zx2r aku nun jauh dibelakang tuh...nampak firing depan jeh...
 

Macam-macam aktiviti ada kat sini, yang jual spare part motor, stiker, baju, dan lain-lain...ada juga pertandingan vespa tercantik dan cabutan bertuah....jam 2.00 petang kami bergerak pulang ke Gerik, Perak.  Malam tu penat sungguh... aku lena awal....esok jam 7.00 pagi, selepas sarapan aku meninggalkan Gerik perak pulang ke Johor......3.00 petang aku sampai kat Kulai.....aku rasa letih sangat so singgah le rumah akak aku di Indahpura.......Call my lovely wife suruh ambil aku...tak larat le nak bawa balik ke Bandar Penawar......kalau highway Senai-Desaru dah buka memang aku teruskan perjalanan.

Dua minggu lepas tu mai Kulai nak bawa balik kuda....tapi dia buat hal lagi,,,,jalan sikit kiok...jalan sikit kiok....last tu dia pengsan depan kedai muto apek kat Kulai tu...dia rekemen hantar kat workshop member  dia "Motormatic Workshop" di Taman Tun Aminah...Satu lagi hikmah disebalik kesulitan yang aku hadapi....aku bertemu dengan otai Kawasaki zx2r....Mr Albert Man...memang sempoi.....Albert nasihatkan aku agar menukar urat saraf utama kudaku yang baru...maklumlah  dah 12 tahun tuu....Alhamdulillah kudaku semakin sihat dan aku lupakan niat nak jual dia kat kedai sup gaer box....thanks en Albert...sehingga kini aku banyak rujuk kudaku ke kliniknya...heeee...











Thursday, 7 July 2011

Kawasaki ZXR250 ~ mengembalikan semangat rider


bersama kuda baru ZX2R
Setelah 7 tahun tidak menunggang kuda (selepas jual RXZ), dan selepas aku jual Cyborg kesayangan ku....tiba-tiba timbul perasaan minat untuk try aktiviti menunggang motosikal yang agak berkuasa..heee..hee..semuanya tercetus selepas melihat abang ipar aku,  abang Halim dah jadi setiausaha Gerik Motor Club...depa semua pakat main moto retro tuh...dalam group dia ada moto Suzuki XP 250, GSX 250, RGV 250, RGF 250 dan banyak lagi...bila aku tengok RGV250 yang buat aku geram semacam...bentuk dah mcm superbike...cuma enjin 2 stroke.......maka teringatlah aku pada model Kawasaki ZXR 250...superbike 4 stroke inline 4 paling kecil pernah berada di pasaran Malaysia pada tahun 1997-2001.......yang 2 stroke mcm Suzuki RGV, Yamaha RD, Yamaha TXR aku kurang berminat sebab aku lebih prefer yang 4 stroke.........

Seperti biasa survey dan kajian pon dilakukan...tak sangka walaupun dah dekat 10 tahun nilai moto nie drop 4-5 ribu jer....tengok kondisi jugak....akhirnya pada satu hari aku terjumpa lah model zx2r nie kat Taman Universiti.....tanpa rasa kesian kat duit...... aku leburkannya untuk mendapatkan seekor kuda class superbike berharga 16k.....belum keluar kedai.... tokey kedai dah racun aku pasang muffler carbon...bunyik ala-ala moto gp.......aku bersetuju sambil air liur aku meleleh...kegairahan....haa..haa....moto gp tuh......



                                  Masa mula-mula berkenalan dengan kuda yang ku cari-cari

Setelah urusan insurans, tukar nama selesai aku dengan idung kembang kempis pun membawa kuda besi ku balik ke Bandar Penawar.....masa kat Kulai sempat pulak mamat RXZ nak cucuk punggung kuda ku....aku dengan hensemnya  memulas telinga kuda aku...baru 180km/h...hilang kelibat RXZ tu.... baru ku tahu betapa hebatnya jentera Jepun yang baru berkuasa 250 jek.....bunyik jangan cakap...lah...sendiri dengar la baru tahu..inline 4 bro......
bila sampai taman perumahan aku jek...masing2 terpegun mendengar kelunakan bunyi yang merdu keluar dari lubang ekzos zx2r ku....isteriku senggih dan senyum....ok le tu....heee...(Malam yang indah tu ....anak-anak aku kontrakkan kat anak sedara aku) aku keluar makan dengan wife aku kat Sg Kapal Resort Penggerang....wow rasa muda balik la....haaaa....ha...haa...

Alhamdulilah motor yang ku beli dalam kondisi yang baik, sekali start terus hidup...x de la mati-mati .....cuma sekali tu buat aku cuak...tetiba mati...start hidup.. pulas teliga kiok...aku ingat apahal...rupanya minyak habis..nasib baik tokey tu ada pesan jgn lupa kalau minyak habis kena pakai minyak rizeb...maklum la model kawasaki nie x de fuel guage...

Motor nie cukai jalan 50 setahun, insuran ikut suka aku...sebab aku beli tunai...ari tu aku cover 10k lengkap all rider...campur tax 600.  NCD 0% bro...

Bila dah ada moto, tak de geng tak best jugak...member yang minat moto mcm aku belum bole ambik selagi kes di tak setel....so aku layan perasaan sesorang  je laa...sehinggalah aku dapat tahu rakan sejawat aku dah booking Kawasaki Versys 650....heee...dah ada geng ......


Anak ku Hazim (Belakang) dgn kwnnya Fahem menguji zx2r dengan mengunakan Vokal masing-masing

Memang sah lah Fok (nama glamer kwn aku) beli Versys, nak dijadikan cerita sebulan lepas aku angkat ZX2R, aku dan Fok kena bertugas di KL jadi dikesempatan tulah kami menunggang kuda masing-masing ke KL...oleh kerana kuda Fok belum lepas pantang setakat 140 je la kuda dia boleh lari......kuda aku pulak macam dimintak-mintak pulas telinga nya...so aku try le jugak top speed zx2r ku.......perggh...230km/h tuh......tapi rpm 16 tuh...kesian kuda aku  patut ler  boleh potong BMW...keh..keh....masa balik Johor Fok mula menunjukan keganasan Versysnya....aku yng bercc 250....tunggang langgang dibuatnya...mananya tak 160-180km/h dibantainya ....bole folow cumaa...heee..hee...kesian kuda aku.....3 jam sampai le kami kat Teluk Sengat...berhenti lunch belasah asam pedas yang lazat.........kat sini aku nak promote sesiapa yang gi Telok Sengat singgah le kedai makan kat simpang masuk Teluk Sengat......asam pedas di Marveloss......jgn datang lepas kul 1.00pm...gerenti dah licin....


Saturday, 2 July 2011

Satria convert Cyborg (2003 - 2010)




Setelah kuda besi ku dijual pada Okober 2003, aku sambar sebuah proton satria 1.3 first model .....tahun 1995. kira ok la tu...sebab kami pun dah ada Proton Wira Aeroback 1.5. Maklumlah tempat kerja tak sama...maka bermula lah pulak kegilaan aku pada jentera beroda empat....kereta nie tak tahu nak gelar apa...kalau moto bole le panggil kuda....3 bulan dah pakai kete tangan aku dah gatal dah....mula-mula aku ubah design kereta dengan mengenakan bodykit GTI....fiber.....tapi aku rase kureng laa.....sebab keta aku first model lebih mirip kepada Cyborg.......pun begitu dengan enjin standard....kereta ku dah sampai ke KL, Perlis , Lebuhraya Timur Barat (2 kali) dan sepanjang jalan raya pantai timur ke Johor...
Seingat aku kereta nie x pernah buat banyak hal ....radiator bocor.......lepas tukar ok dah.......aircond..tak sejuk..biasa le kereta lama...servis tukar condenser baru, valve dan gas...dah macam air batu sejuknya.......

Masa nie majalah Roda2 dah lama aku tinggalkan....bertukar pulak kat majalah Putra, Otomania, Kereta, Hypertune, Shift, dan Auto Asean Car selain melayari internet....macam tu le nak cari ilmu nak seribu daya....kebiasaanya aku akan habiskan dalam 60-70 sebulan untuk buku atau majalah.....dari majalah tu lah baru aku tahu model kereta aku nie kat jepun dipanggil Mivec Cyborg... bermula dari itulah aku banyak buat survey dari segi harga, part dan kaedah pemasangan.....tapi sebelum nak ubah design kete tu aku  upgrade nadi utamanya dulu bagi memudahkan kerja-kerja pemeriksaan puspakom....akhirnya halfcult 4G91 Twin Cam manual  (1500cc) dari Best Zone Mount Austin dipilih setelah mengambil kira kos yang bakal dileburkan...kalau ikut nafsu..memang la 4G92 menjadi idaman hati ku (180hp tuh).....kerja-kerja naik taraf aku serahkan kat Naz Workshop Bandar Penawar.....kerjanya sangat kemas...2 minggu kereta aku dah boleh keluar.....memang berbaloi....dengan kuasa 110hp disumbat pulak pada kereta yang compact....nak dapat 0-180km/h semudah ABC...jer...tu pun ekzos aku standard mended...airfilter standard.....tak masuk pon performance part.....pada aku tak perlu...itu dah menyimpang jauh...heee.......


Enjin 4G91 Twin Cam 16v ....RM4K siap pasang

datang sekali dengan dashboard Lancer, Digital aircond & Stereng Momo ori

Kehebatan 4G91.....gear boleh tarik panjang...enjin jepun CBU maa......Penjimatan Minyak....High top Speed....kena body satria ....bedesup peginya....takat Vios & City.....boleh duduk sama tinggi....

Kalau tak silap, aku upgrade tahun 2007....tapi register awal 2008....aku buat sendiri...mohon tukar enjin hantar surat kat JPJ Putrajaya, dah lulus bawak gi pemeriksaan kat puspakom bayar dalam 40 kot.., dapat sijil kelulusan Puspakom baru boleh cop geran tukar enjin di JPJ Taman Daya...tak payah pakai runner...banyak save duit........keja mudah sebab kete dah ada geran aku dah abis bayar...


 Dis 2008, cuti sekolah akhir tahun aku bawa balik 4G91 aku ke Gerik, Perak. aku cadang nak buat bodykit kat sini.....dengan ditemani abang iparku En Halim..aku mula mencari bonet, Bumper dan skirt Mivec kat kedai halfcut Sungai Petani....dekat setengah hari baru le aku berjaya mendapatkan part-part tu....terutama bumper...banyak jenis tapi jenis yg ada sportlight petak kat bawah aku rasa paling cunn..dah beli nak kena pasang le pulak...nasib baik tokey halfcut tu rekemen kan member dia......lama jugak nak pasang bonet baru...maklumlah kedudukan tapak lock Mivec tak sama dengan proton .....tengah menunggu kerja2 memasang bonet siap aku dok pikir kat mana nak pasang bumper nagan skirt nie.....kat depan nun ada kedai kusyen....aku bernasib baek...dia syorkan Venis Bodykit.....tepat pukul 6.00 ptg aku ke kedai Venis...dia sempoi..."tak de hal saya boleh pasang tapi pukui 11.00pm baru siap"....aku tanya dia boleh tak bikin serupa Mivec...dia kata "U percaya sama saya maa" kata tokey muda yang keretanya dah masuk dalam majalah kereta ......kul 11.00pm...bodykit siap dipasang.....puas hati aku...Alhamdulilah.....


2 hari lepas tu..aku serahkan Mivec  Cyborg aku kat Jet Set untuk tukar warna....Gornada Black Honda...menjadi pilihan ku...kerja2 wiring sportlight pon aku subcon kat dia.....lepas 10 hari keluarlah kereta aku dari ketuhar Jetset...heee....nampak ganas dan hensem.... 

Skirt ori Mivec



 
Bonet, Bumper beserta lips ori Mivec

Spoiler Mivec Fiber
 Balik Johor, aku tukar seat depan jenis bucket jenama SCUSS, belakang balut jek...lebih kurang sama warna....

sporty
Tapi Jodoh aku tak lama dengan Cyborg...demi anak2 aku terpaksa korbankan dia untuk keluarkan Toyota Inova pada 2010.  Naza Citra yang kami beli menggantikan wira Aeroback pada 2006 mula buat hal....(radiator bocor kali ke-2)...nasib baek tak kacau enjin....lagi pula memandangkan anak pun dah masuk 3....ruang bagasi citra yang terhad dan 3rd seat row yang tidak ergonomik utk penumpang dewasa dan anak aku yang semakin tinggi...memberikan alasan kuat untuk kami menamatkan perkhidmatan Naza Citra  tuh......Cyborg aku terpakasa tolak memandangkan resale value Citra tidak tinggi...hutang ada 42k  value cuma 36k......mana nak down payment 10% Toyota lagi.....selamat tinggal Cyborg....jaga diri baek2 ......

Naza Citra @ Kia Caren 2.0 DOHC 16V (Jasamu dikenang)