|
Penghujung Selatan Tanah Besar Asia |
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca.
Selepas konvoi ke Sedili Besar dilaksanakan dengan jayanya, maka timbul la idea bersama Zulhusni untuk ride Ke Tanjung Piai, Pontian Johor. Oleh kerana ketika itu cuti sekolah pertengahan tahun telah bermula maka aplikasi Whatassps menjadi penghubung kepada geng-geng Bro Bikerz. Maka flyers yang lebih kurang pun dihantar kepada all rider.
Jangka masa kempen ke Tanjung Piai nie lebih kurang tiga minggu...so dalam masa tu dapat le berkenalan dengan seorang
rider iaitu Fahmi yang menunggang Jentera KTM Duke 200.
|
Fahmi KTM..Sg Telor mari... |
Untuk melancarkan lagi perjalanan ke Tg Piai, maka satu sesi TTS telah dibuat di Chamek Kopitiam Bandar Penawar pada 11 Jun 2013. Pertemuan adalah membincangkan tentatif program dan sesi beramah mesra dengan Fahmi. Malam tu, 5 bikers hadir dan menyatakan persetujuan untuk ride ke Tanjung Piai. Syafik dan Zulkifli tak turun maklumlah rumah mereka jauh dari Bandar Penawar.
|
Malam ramah mesra |
Seminggu sebelum ride, Shafik membuat pengesahan tidak dapat turut serta kerana perlu menghadiri majlis Tahlil di Muar. Dua hari sebelum pula, Fahmi KTM menarik diri kerana motorsikalnya masuk wad akibat berlaku keretakkan pada rimnya. Sehari sebelum pula, Zulkifli dan kuda Two strokenya membuat pengesahan tidak dapat turut kerana ada urusan yang perlu diberi keutamaan. Maka 4 orang rider termasuk aku sahaja yang confirm akan meneruskan program.
Pagi, 16 Jun 2013 yang nak kata panas pun tak... nak kata mendung pun tak....mungkin jerebu kesan pembakaran terbuka aktiviti pertanian di Indonesia telah menampakkan kesan. Pagi tu tepat jam 7.20pagi aku sudah mula memanaskan kudaku....lima minit kemudian, aku bergerak meninggalkan rumah selepas minum teh panas yang disediakan oleh isteriku. Sampai je di depan sekolah....sekor kuda pun belum ada....so aku ambil satu lap dulu bagi memastkan kudaku betui-betui panas heee....5 minit aku tunggu, akhirnya Zulhusni dan Jironi pun sampai. Jam menunjukan pukul 7.40 pagi, kelibat Yazid belum nampak lagi....tak pe rileks, pujuk hatiku...bila jam dah hampir ke pukul 8.00 pagi. Aku terus call Yazid, ohhh...dia kata dia pergi, tapi lewat sikit kerana uruskan kereta. Yazid mencadangkan kami bergerak dulu dan tunggu di kawasan rehat Layang Lebuhraya E22. Tanpa berlengah lagi, kami pun meninggalkan kawasan sekolah, konvoi dipimpin oleh Zulhusni sebagaimana yang dirancang.
Perjalanan berjalan lancar, Zulhusni dengan mesin two stroke nya memimpin konvoi dengan baik. Satu ketika, berlaku satu insiden mencemaskan semasa aku di belakang sebuah lori...tayar lori tu pecah...pemandunya main lanyak je....abis tayar tu rabak....serpihan tayar melantun ke belakang,....satu serpihan melantun tepat ke helmet.... Alhamdulilah aku memakai jaket dan full face, nasib baik tak de apa-apa. Aku menjarakkan kuda ku dari belakang lori tu....bila laluan clear aku terus memotong tanpa berlengah lagi...Zulhusni dan Jironi dah jauh di depan sebab dia dah overtake lori tu awal lagi sebelum tayarnya pecah......akhirnya aku nampak kelibat mereka di atas jambatan.
|
Mercu Tanda Lebuhraya E22 Senai-Desaru |
Kami berhenti rehat di Layang seperti yang dirancang untuk bersarapan, Pergghh....pagi tu Zul pekena Sup gear box...heee..heee..nak kerja keras lepas nie katanya.....Aku dengan Jironi bedal Nasik lemak jee...
|
sekali lagi konvoi didominasi jentera Kawasaki
|
|
Punggung Kuda-kuda yang seksi.....heee..hee
|
|
Gear box power racing |
Setengah jam menjamu selera, kami dikejutkan dengan bunyi ekzos KLX Yazid. Setelah selesai Yazid meneguk secawan teh o, tepat jam 9.30 pagi kami meneruskan konvoi setelah memberi kuda-kuda minum Ron 97/95 di stesen minyak Shell RR Layang....Aku memimpin konvoi dengan kelajuan purata 120-130km/jam.
|
Linkedua |
|
Tol Lima Kedai Linkedua |
Lebih kurang 20 minit konvoi sampai ke Plaza Tol Lima Kedai dan kemudiannya keluar ke persimpangan Pulai. Aku memberi Yazid laluan untuk memimpin konvoi sebaik keluar dari lebuhraya, perjalannyan lancar sehinggalah kami keliru di satu persimpangan lampu isyarat, sama ada terus atau belok ke kiri. Akhirnya aku putuskan untuk ke kiri dulu dan berhenti di bahu jalan.
|
Mengesan arah menggunakan tiupan angina...heeee.. |
Dengan machonya aku mengeluarkan note 2 di tengah panas untuk mengesan laluan mengunakan aplikasi Google Maps. Alhamdulilah laluan ke kiri tu betul....Yazid terus memimpin konvoi, kami melalui Kg Ulu Pulai menghala ke Pekan Nenas.
|
Mercu tanda Pekan Nenas
|
Berpandukan papan tanda kami menuju ke Pekan Nenas melalui Skudai-Pontian Highway dan kemudian melalui Jalan Tenggayun, hingga bertemu simpang tiga. Konvoi belok ke kiri dan meneruskan perjalanan hingga melalui beberapa buah kampung seperti Kampong Sawah, Kg Bugis Batu Enam, Pekan Penerok, Kg Air Masin, Kampung Permas dan melintasi pekan Kukup. Akhirnya setelah 30 minit menunggang dari simpang kg Ulu Pulai, kami berhenti di sebuah stesen minyak Petronas yang letaknya hanya 8 km dari Tanjung Piai. Kesempatan ini, kami ambil untuk berehat sebentar, minum dan mengisi petrol.
|
Yazid memberi kuda kesayangannya minum sambil ditemu ramah pekerja di stesen minyak |
Tiba-tiba Yazid memohon maaf kepada ahli-ahli konvoi kerana terpaksa berpatah balik. Yazid terpaksa pulang kerana kereta yang hendak digunakan oleh isterinya untuk ke satu program penting mengalami kerosakan. Dengan rasa berat hati terpaksa lah Yazid meninggalkan kami. Tak pe Yazid, kami faham, uruskan dulu yang utama. Nampaknya tinggal kami bertiga le gamaknya, perjuangan belum selesai, selepas bunyi motor Yazid hilang dari gegendang teliga kami, kami meneruskan perjalanan, Kami sampai di Taman Negara Tanjung Piai lebih kurang jam 10.30pagi.
|
Jironi terus landing..... |
|
......Orang muda sedang menanggung keletihan.....
|
Setelah meletakan kuda di tempat yang teduh dan selamat, kami terus menuju ke salah satu pondok di depan pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai. Apa lagi masing- masing terus
landing le.....penat gak wehhh...selepas lima minit aku dan Zulhusni pergi ke pintu masuk ke Taman Negara, Aku beberapa kali mengajak Jironi untuk ikut serta tapi dia menolak, mungkin keletihan...."tak pe la, pergilah... biar saya jaga barang". Aku pun hairan kenapa dia tak nak masuk, mungkin Jironi tak tahu tarikan utama pengunjung datang ke sini. Selepas beramah mesra dengan akak yang jaga kaunter tu, dan
ejas-ejas nak minta diskaun tapi tak dapat, akhirnya keluar le RM5.00 seorang utk dewasa sebelum dibenarkan melangkah masuk ke Taman Negara Tg Piai....
|
Laluan utama pintu masuk ke Taman Negara Tg Piai |
|
kanak-kanak RM 3.00 |
|
suasana tenang dan nyaman...lautan terbentang luas |
|
Zulhusni menunjukan isyarat Jempol=Best!! |
|
Nasib baik ada orang baik hati tolong snap gambar |
|
Zul...kagum sungguh.... |
Pada hari yang sama satu program amal membersihkan kawasan Taman Negara sedang dijalankan oleh peserta yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan Singapura. Murni sungguh hati mereka. Taman Negara nie adalah kawasan Hutan Bakau. Sepanjang laluan dari pintu masuk hingga ke hujung jeti dihubungkan mengunakan jambatan kayu...suasananya redup di bawah rimbunan pokok-pokok Bakau. Terdapat beberapa pondok disediakan untuk pengunjung berehat kerana jarak dari pintu utama ke hujung jambatan lebih kurang 300 meter. Selepas 30 minit berjalan dan bergambar kami pun mengambil keputusan untuk keluar. Sebelum keluar, kami beli dulu cenderamata....Aku tak lupa pesan isteri tersayang supaya membeli cenderamata yang boleh ditampal di peti sejuk. Dari dulu lagi kalau ke mana-mana memang aku tak kan lupa kesukannya tu...bila keluar je, aku tunjukkan gambar kat Jironi, melihat gambar, terkejut gak dia, rasa menyesal gak sebab tak masuk. Untuk mengubati sedikit rasa terkilan jironi membeli sedikit cenderama dan kemudian kami mengambil gambar kenang-kenangan di Tugu Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.
sedang warming up sebelum bertolak pulang
Lebih kurang 11.30pagi kami bergerak pulang ke Bandar Penawar, sepanjang perjalanan beberapa kali kami keliru hingga termasuk ke Jeti Kukup....heee.....tapi akhirnya konvoi selamat menuju naik ke highway....bila dah naik highway lega rasanya....lagipun highway yang kami lalu tu tak sibuk.....Aku mengepalai konvoi....bila line agak clear aku meningkatkan kelajuan 140-160km....dikuti rapat Jironi di belakang...hinggalah aku terlupa Zulhusni.....aku mengurangkan kelajuan kepada 140km/jam, tapi masih tak Nampak kelibat motor Zulhusni..Jironi terus memecut sambil aku mengikuti dari belakang. Sebenarnya sebelum bergerak balik tadi kami dah setuju untuk makan tengah hari di kawasan rehat Layang. Bila dah semakin hampir dengan kawasan rehat layang, Jironi memperlahakan kelajuan dah berhenti di lorong tepi, mungkin nak tunggu Zulhusni. Aku terus masuk ke kawasan rehat, check hphone.. tak de miss call...its mean Zul ok le tu....2 minit kemudian Zulhusni dan Jironi pun sampai......Zul tension sebab kena tinggal...rupanya masa naik lebuhraya tu minyak dia dah tinggal sikit...silap aku tak check betui-betui....aku nampak dia tunjuk jempol kat Jironi masa naik highway tu....aku ingat ok....aku terus je la....maaf la Zul, harap tak serik yea...lepas makan, isi minyak, sambung perjalanan.....Zul memecut laju diikuti Jironi...wah boleh tahan laju...aku still kat belakang, tak nak tinggal member lagi macam tadi...tiba-tiba Zul memperlahankan motorsikalnya ...aku masih di belakang dia...kelajuan sekarang 100km/jam....Jironi semakin jauh di depan....tak pe, sekurang-kurangnya aku masih ada menemani Zulhusni.....bila sampai di Petronas Bandar Penawar aku tanya Zul kenapa....dia kata bila rpm cecah 3k...pulas tak gi....mmmm....seperti berlaku kerosakan kat silinder tu....tekanan dah lemah....mungkin ring piston dah longgar....
Apa-apa pun, Alhamdulilah Konvoi selamat sampai ke rumah masing-masing lebih kurang jam 2.40 petang.
Terima Kasih Semua.......
Next Trip...mungkin lepas raya kot (bulan September)....destinasi: Air Papan Mersing...
Setakat nie prestasi kudaku Kawasaki Ninja ZXR250 amat cemerlang....cuma posisi menunggangnya yang terlalu ekstream menyebabkan bahu aku rasa cepat lenguh. Hai nampak gayanya, kalau nak selesa berkonvoi aku kena cari kuda yang tak terlalu membongkok. Zx2r nie top speed memang terbaik, Ninja 250r pun tak boleh gigit....maklumlah inline 4. Tapi bila masuk bab selenggara, ramai akan tertarik dengan pakej Ninja 250r. Ninja 250r mungkin bukan pilihan ku kerana aku sekarang pon line 250....pilihanku mesti above 250....but, maybe not inline 4....twin pun dah ok...semestinya yang ada firing....agak-agak model apa tu....tunggu dah lihat, kalau ada lebih rezeki InsyaAllah......