TTS MENGELIBAS KARI
KAMBING
LOKASI: KLUANG JOHOR
TARIKH: 21 MEI 2016, Sabtu
Baru je 20 hari pulang dari event
di Morib, Selangor. Ramai dah yang mengelibas nak ride, dah gigil lutut lama
tak ride katanya. So hasil kata sepakat, kelab bersetuju untuk TTS di Restoren
Nasi Beryani Umai di Kluang Johor. Cadangan pada mulanya nak TTS di Kari Kambing 40 Hari (KK40H), namun akhirnya terpaksa di ubah memandangkan di KK40 Hari tak berapa sesuai untuk
port lama-lama atas sebab jumlah pelangannya yang ramai dan tak putus-putus.
Pagi tu dalam pukul 7.15, aku
dah sampai Kampung Tanjung Langsat, sebelum tu, kira-kira jam 4.00 pagi Shamsudin mesej aku kata tak
dapat join ride. Adehh... lemah semangat aku bila rider harapan tak dapat join.
Pagi tu aku kuatkan semangat, Sampai je Kg Tanjung Langsat aku terus tuju ke Warung Nasi Beryani (Kedai tu tak buka pagi, sesuai sangat jadi tempat aku tunggu Jepun, Yan, Irwan, Angah dan Abang Nazri Yunus. Jentera Abang Nazri Yunus merajuk pulak pagi nie, dah hidup tak
boleh nak mati…nasib baik dia pomen yang handal, heeee. Kami bertolak agak lewat pagi tu,
sampai di RV Kulai pun tak de sesiapa. Rupa-rupanya Abang Rosli dah gerak ke
Simpang Rengam, dia ingatkan dia dah kena tinggal. Azmi Redbull tetiba muncul
membuatkkan kami kaget, haaa ingatkan
dia tak jadi pergi…
|
RV: HENTIAN SEBELAH KULAI |
Abang Halim pula tak muncul-muncul rupa-rupanya kuda dia buat
hal jugak, start tak nak hidup, ada masalah sikit pada wiring di bahagian kunci…banyak juga rintangan pagi nie. Nampaknya cip
Halim pun dah macam putus asa. Beliau mintak kami gerak dulu. Tiba-tiba muncul seorang
rider dengan menunggang Kawasaki Z800, Siapakah gerangannya?? laaa Sofri
rupanya,..amboi dah upgrade dah kawan kita nie,…tahniah bro.
|
Abg Halim dan jenteranya |
|
Tengok jam pun dah jauh behind
schedule, dengan berat hati konvoi yang disertai 8 buah jentera bergerak menuju
ke plaza tol Simpang Renggam. Ketibaan kami di plaza tol disambut oleh Nazrun,
abang Rosli dan Hasnul. Baru je nak sambung perjalanan, Abg Nazri Yunus bagi signal
suruh tunggu dulu sebab Abang Halim on the way, dia mai juga tapi naik kereta.
Perghhh semangat brotherhood macam nie yang susuah nak cari nie. Sedang asyik
menunggu Salleh dan Fikri tiba di lokasi memberi kejutan. Depa memang tak kata
confirm nak join sebelum nie, tu yang agak terkejut tu.
Okey la tu dah bertambah riders, baru le
meriah. Untuk makluman, Fikri dah upgrade ke Honda Cbr919, perghh marvelousss.
|
Plaza Tol Simpang Renggam |
|
ketibaan Fikri dan Salleh |
Lebih kurang jam 10.30 pagi 13 buah jentera beroda dua dan sebuah jentera
beroda empat bergerak meninggalkan Plaza Tol Simpang Rengam. Sampai di Mardi
Simpang Renggam, Nazri Sulam sudah
menunggu untuk escort kami ke restoren yang hendak dituju. Konvoi melalui jalan dalam yang berliku-liku,
wahhh seronok lee memasing melayan selekoh-selekoh sepanjang perjalanan.
Lebih kurang jam 11.20pagi kami
tiba di tempat kami nak bertts, memasing melepaskan penat sambil bersembang dan
ada juga yang mengambil kesempatan menguji jentera z800 dan xj6 untuk dijadikan
berkat, heeeeee. Patut le motor abang Nazri Yunus dan abang Halim buat hal pagi
nie, merajuk rupanya, tak rela dimadukan, bhaaaaa.
|
motor legend Nazri Yunus-Jdt yang merajuk tak mahu di madu, bhaaa |
|
first time irwan-West ride dengan geng-geng zx2r Johor |
|
Tu dia CBR 919 Md Kri @ Fikri...macam kilat perginya |
|
sebelah kiri xj6 laaa.....macam ada makna jaa niee,,,, |
|
Bun tengah mengecek rim 17 zx2 Sofi...bhaaaa |
|
Azmi terus surf mudah.my, ngeeee... |
|
Abang Rosli pegang tak lepas-lepas z800 sofi tu ngeee... |
|
Alien sudah mari... |
|
macam mana kuda aku boleh park sebelah z8 dan xj6...macam rela dimadu ajer, |
|
Nazri Sulam@ Bun beramas mesra dengan z800 |
|
Cip Halim bermanja-manja dengan xj6 |
|
Nazri Yunus "streching" dulu sebelum nak bermesra dengan XJ6 |
|
"Z8 KE XJ6.." |
20 minit selepas tu, kami pun
mengambil tempat di dalam restoren tersebut dan mula memesan minuman dan
makanan. Tidak lama kemudian Hirman, Shafiq, Adi dan John Labu pun sampai
mengiringi geng-geng riders daripada Batu Pahat, adalah dalam 12 orang rider
semuanya, depa nie member kepada Hafizi@Panjang, sayangnya Si Hafizi pula tak
dapat join sebab ada hal kecemasan. Sesi beramas mesra, makan dan minum
berlanjutan hinggalah ke jam 12.30 petang.
|
Hansul sedang berpuisi |
|
sabar menanti Nasi Arab Kari Kambing...nyum..nyum.. |
|
Haii, cip lain macam tenungnya... |
|
Alhamdulillah.....tangki dah full nie... |
|
happy-happy |
|
22 orang riders semuanya, berhimpun jalinkan silatulrahim-minat yang sama |
Ok nak promote sikit betul kata
Bun@Nazri Sulam , boleh tahan juga Nasi Beryani kambing kedai member dia tu,
standing dengan kari kambing 40 hari.
Harga kat restoren nie pon ekonomi sikit.
Setelah penat bersembang dan tak
ada modal lagi nak sembang, Konvoi pun bergerak pulang. Alhamdulillah,
semua rider selamat sampai ke rumah
masing-masing.
Video clip : Keberangkatan Pulang ZXRian Jaybe
|
Susur keluar Tol Senai Utara |
|
Lepak Jap...sambil tunggu kekawan yang belum sampai |