BETONG BIKE WEEK (BBW) : 3-6 OGOS 2017
Aku pun tak ingat siapa yang post
event BBW nie dalam group wassap, lepas dapat tahu aku berminat dan tertarik untuk ride ke sana 😍😘. Aku terus nekad ajak beberapa rider untuk ke sana.
Shamsudin dan
Fauzi (Yol) orang kedua dan ketiga yang berminat untuk pergi, kemudian diikuti
Oden dan Nano. Alhamdulillah walaupun perancangan tidak sampai 3 minggu, ride ini berjaya
dilaksanakan. Tambahan pula Betong Thailand tu dekat sangat dengan
rumah agam aku kat pekan Gerik. Tu yang berkobar-kobar. 😄😄😄
3 OGOS 2017 (KHAMIS)
Seperti yang dirancang dalam pukul 5.30 petang aku menunggang Kawasaki ZX7R
L Spec menuju ke Kampung Tanjung Langsat. Tiba di sana aku terus menuju ke
Jeti laut kerana Amir dan Sam sedang minum di restoren Sri Bahagia. Aku ambil
kesempatan untuk mengalas perut sambil
menunggu masuknya waktu Maghrib. 8.15 malam, selepas menunaikan Solat Maghrib dan
jamak Isyak, Kami bertiga: aku (ZX7R) Sam (ZX2R) dan Yol (ZX2R) bertolak ke
check point seterusnya. Amir dan Azmi menyaksikan keberangkatan kami.
|
Tg Langsat |
Kami berhenti mengisi minyak di Shell RnR Layang Lebuhraya Senai-Desaru.
Jentera Sam meragam, air tangkinya tendang. Selepas berbincang aku meneruskan
perjalanan ke Hentian Kulai kerana Oden sudah menunggu di sana.
|
RnR Layang |
Manakala Yol
mengikuti Sam pulang ke bengkel Tg Langsat untuk menyelesaikan masalah pada
jenteranya. Lebih kurang 9.15 malam, aku tiba ke hentian sebelah Kulai,
kelihatan Mat Noh menemankan Oden (ZX2R) di wakaf, barangkali dia dari
perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Skudai. Kami bersembang di situ
menunggu kedatangan Nano dari Kulai. Hampir sejam barulah Nano muncul dengan
jentera Suzukinya RG500.
10.30 malam kami berempat bergerak ke Air Hitam, cadangnya nak tunggu Sam
dan Yol di situ sambil mengeteh. Restoren
Raudah bukan lah asing bagi kami, restoren tu tempat port geng ZXRian Johor
berkumpul paling kurang sekali setahun.
4 OGOS 2017 (JUMAAT)
Hampir jam 12.00 pagi akhirnya Sam
dan Yol pun sampai, kami memberi peluang kepada mereka untuk minum dan makan.
Hampir jam 1.00 pagi baru lah kami berlima meneruskan perjalanan manakala Mat
Nor yang menunggang Yamaha Lagendanya pada malam itu bertolak pulang ke
rumahnya di Simpang Rengam. Respect dengan semangat brotherhood yang ada pada
Mat Nor.
|
Stesen Minyak Shell RnR Pagoh |
Kami berhenti mengisi petrol di Shell Pagoh, jentera Sam meragam lagi,
kami terkandas hampir 40 minit di situ sebelum meneruskan perjalanan dan
berhenti rehat di RnR Seremban pada jam 4.00 pagi. Selepas berehat selama 30
minit kami meneruskan perjalanan setelah mengisi petrol di Shell Seremban. Pada
pukul 5.30 pagi, kami berhenti rehat di
Hentian sebelah Tanjung Malim, isi petrol dan menunaikan solat Subuh.
|
Hentian Sebelah Tanjung Malim |
6.30 pagi kami meninggalkan Hentian Rehat
Tanjung Malim untuk menuju check point kami yang seterusnya RnR Sungai Perak. Semasa melalui kawasan Tapah aku sudah terpisah dengan kawan-kawan yang
lain kerana aku tetap meneruskan perjalanan walaupun hujan turun di sekitar
kawasan Tapah. Selepas Simpang Pulai hujan mulai reda, tapi ku sangka cerah
sampai ke petang rupa-rupanya bersambung setibanya aku di Terowong Menora
hingga lah ke Sungai Perak. Aku tiada
pilihan, nak berhenti berteduh memang tiada tempat yang sesuai kerana kawasan
lereng berbukit yang curam, sambil berdoa aku meneruskan perjalanan semoga
sentiasa di dalam lindungan Allah SWT. Alhamdulilah berkat kesabaran akhirnya
aku dan jenteraku selamat sampai di kawasan RnR Sungai Perak, tanpa berlengah
aku terus menuju ke stesen minyak Petronas untuk mengisi bahan api, keadaan di
situ agak sesak kerana puluhan rider berteduh daripada hujan. Selepas tangki
jenteraku penuh, aku meletakkan jenteraku di kawasan RnR dan menunju ke tempat
persalinan untuk menukar T-shirtku yang sudah basah. Sambil menunggu yang lain
aku sarapan pagi dan memesan air panas untuk menghangatkan badan yang
kesejukan.
|
Muka rider yang kelaparan dan kesejukan 😆😆😆 |
20 minit kemudian sampailah
kawan-kawan ku di RnR Sungai Perak. Betul tekaan aku mereka berhenti berteduh
di kawasan Tapah semasa hujan turun. Kami berehat, sarapan dan berteduh
daripada hujan hampir sejam di situ. Lebih kurang 10.00 pagi kami meneruskan
perjalanan dengan memasuki persimpangan Kuala Kangsar untuk menuju ke Gerik.
Belum pun sampai di Lenggong Sam bagi isyarat untuk berhenti kerana Oden dan
Nano tersalah haluan. Aku kurangkan kelajuan untuk mencari tempat yang sesuai
menunggu mereka. Akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti menunggu di Dataran
Warisan Lenggong dan ikuti oleh Sam dan Yol. 10 Minit kemudian Nano dan Oden
pun sampai dan berhenti di tempat kami.
|
Dewan Warisan Lenggong |
Kami meneruskan perjalanan dan selamat
sampai di rumahku di Desa Baiduri pada jam 11.30 pagi.
12.00 tengahari abang
iparku Halim singgah di rumah berjumpa dengan aku dan kawan-kawanku . Selepas
menunaikan solat Jumaat aku masuk ke bilikku dan melelapkan mata untuk berehat.
Jam 5.00 petang abang aku janji nak ajak tts dengan geng motor dia di Gerik.
Lebih kurang 5.30 petang kami bertolak ke Kuala Rui bersama abang Halim yang menunggang
Suzuki Katana 400 menuju ke rumah abang Ucop pemilik Suzuki GSXR 1100.
Kehadiran kami memang telah di nanti oleh abang Ucop.
|
OTW Kuala Rui |
|
Berkumpul di rumah abang Ucop Gsxr 1100 |
Selepas beramah mesra
kami menuju ke bengkel Abang Atan di Batu 2 Gerik. Abang Halim memimpin kami ke
sana melalui jalan belakang Kuala Rui tembus ke pekan Gerik. Lebih kurang 6.30
petang kami sampai ke kawasan bengkel abang Atan, beliau menyambut kehadiran
kami dengan penuh gembira lebih-lebih lagi dengan kehadiran jentera Suzuki
RG500 milik Nano yang sangat rare dan terhad unitnya di Malaysia.
|
Depan bengkel bro Atan, Batu 2 Gerik |
Sempat juga
abang Atan menunggang uji jentera RG500 Nano. Petang itu raut kegembiraan dan
keghairahan jelas terpancar di wajah abang Atan. Selepas itu kami TTS di
warung besebelahan bengkel abang Atan, turut hadir petang itu ialah abang Amin
pemilik Suzuki X7 250. Selepas TTS kami melawat bengkel abang Atan, kawan-kawan
ku begitu teruja melihat mesin-mesin kerja milik abang Atan. Dua buah jentera
Suzuki GSXR 750 dan RGV 250 milik abang Atan. Ditambah lagi dengan kepakaran
abang Atan menghasilkan helmet.
|
Abang Amin memberi taklimat semasa lawatan rasmi di bengkel Abang Atan |
Kami pulang menunaikan solat dan bersiap siaga kerana telah berpakat dengan
abang Atan untuk ride ke sempadan Pengkalan Hulu-Betong. Abang Atan diiringi 2
orang lagi rider dari Gerik Motor Retro Club membawa kami ke sana melalui Gunung
Paku dan Kelian Intan, bukan main lagi seronok depa melayan selekoh, aku tak
berani sangat, mata pun kurang awas. Hebat betul jentera ZX750R ni, walaupun sudah berusia hampir 24 tahun, selamba
je mendaki Gunung Paku tak payah nak drop sampai gear 4, 5 pon dah okey. Teruja
le teman dibuatnya 😊
|
TTS DI Pengkalan Hulu |
Dalam pukul 10.30 malam, akhirnya kami sampai ke sempadan setelah melayan selekoh-selekoh yang mencabar di sepanjang perjalanan. Kami melepak di
situ sambil berkongsi cerita dan pengalaman. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran Suzuki Katana abang Halim dan
Kawasaki ZZR1000 milik Ijat Keroh. Selepas bersembang dan beramah mesra di situ
kami menuju ke sebuah warung di Pengkalan Hulu atas permintaan Ijat (Keroh
Rider Club). Kami menyambung perbualan sambil minum dan makan. Oden payung
malam tu, rupanya birthday dia hari tu,
semoga dipanjangkan umur bro dimurahkan rezeki bro
5 OGOS 2017 (SABTU)
|
Abang Halim dan Abang Halim sedang bersosial |
Tepat jam 12.00 pagi kami bertolak pulang ke Desa Baiduri, esok kami ada
program penting. Sampai di rumah ingatkan semua pakat nak tido rupanya Sam
dengan Yol start godeh jentera masing-masing, Aku pun melayan, sampai la perasan dah dekat 3.00
pagi, terus aku masuk bilik tidur. 😴😴
Suasana pagi di Gerik amat nyaman, kabus masih tebal, macam kat Paris je
rasanya. Kami tidak bercadang untuk bertolak awal ke event Betong Bike Week.
Nano berbesar hati membeli sarapan untuk semua di warung penjaja tepi jalan di
taman Desa Baiduri. Terima kasih Nano semoga Allah swt limpahi rezeki buat mu.
10.30 pagi kami bertolak ke destinasi yang hendak di tuju. Baru je sampai
Kilang Kayu jentera Sam meragam lagi. Aku, Nano dan Oden meneruskan perjalanan
manakala Sam dan Yol balik semula ke rumah untuk merawat jentera Sam. Aku
memilih untuk melalui Felda Nenering, kesian kat member nak mendaki gunung Paku
yang tinggi tu. Jarak perjalanan lebih kurang 20km, jalanya kaya dengan selekoh
dan tidak sibuk, seronok juga main corner di sepanjang jalan. Sampai je di Pengkalan Hulu, kami berhenti di
sebuah warung di tepi simpang untuk menunggu Sam dan Yol. Masa minum dan makan
di situ berderu-deru kumpulan motorsikal menghala ke Betong. Sambil menjamu
selera dan berehat, Oden pergi ke IPD PDRM Pengkalan Hulu untuk mendapatkan
pengesahan perakuan salinan geran motornya.
Pukul 12.00 tgh kami bertolak ke Betong melalui kawasan imigresen Malaysia
dan Thailand. Ramai pulak orang nak masuk Betong pada hari nie.
|
Sebelum melepasi Imigresen Malaysia |
|
Sebelum melintasi Imigresen Thailand |
Satu ilmu baru
yang aku pelajari hari ini. Mengisi borang pengistiharan membawa kenderaan
masuk ke Thailand. Satu salinan
Imigresen Thai simpan dan satu lagi pemilik/penunggang motorsikal simpan dan perlu di
serahkan ketika hendak keluar dari Thailand. Jika gagal berbuat demikian siapkan
lah duit untuk membayar denda.
|
Borang Pengistiharan membawa kenderaan memasuki Thailand |
Borang lain,.... kena isi borang putih, yang tu sama
je macam nak masuk mana-mana negara. Memandangkan kami hanya masuk balik hari, kami tidak membeli insuran, jarak
pekan Betong dari Sempadan pun tak sampai 10 KM. Kami terus menuju ke tapak
event mengikut petunjuk yang telah diberikan oleh Ijat (Keroh Bikers). Mungkin
ramai orang luar yang tidak tahu ‘Keroh’ tu sebenarnya nama lama untuk
Pengkalan Hulu.
|
Bengkel Abang Atan-operasi operate moto Sam |
6 OGOS 2017 (AHAD)
Hampir ke pukul 12.00 pagi kami bertolak ke Petronas Gerik untuk mengisi
bahan api. Di pondok bas berdepan Balai Polis Gerik jenteraku pula meragam, air
keluar mungkin suhu enjin terlalu panas. Alhamdulilah dengan kepakaran Sam dan Oden masalah air tu berjaya di atasi.
Kami
memeruskan perjalanan dan berhenti rehat di RnR Sungai Perak. Selepas itu kami
meneruskan perjalanan dan berhenti rehat di RnR Tapah. Kami ambil keputusan
untuk tidur sekejap di situ memandangkan hujan mulai turun. Selepas Solat Subuh
kami mengisi minyak di BHP Tapah sebelum meneruskan perjalanan ke Kawasan Rehat
Ulu Bernam untuk bersarapan. Selepas bersarapan kami meneruskan perjalanan dan
berhenti mengisi minyak di Petronas RnR Sungai Buluh. Selepas mengisi minyak kami
berehat sebentar di tepi stesen minyak tersebut. Sedang kami duduk berehat kami
di sapa oleh seorang warga Jepun yang menunggang jentera KTM, beliau berhajat
untuk mengambil gambar motorsikal kami. Kemudian kami ambil gambar bersamanya.
Beliau adalah pemilik kawasaki ZX2R di Osaka Jepun 20 tahun yang lalu.
|
Sebelum keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar |
|
Isi minyak di BHP RnR Tapah |
|
Kawasan Rehat Ulu Bernam |
|
Bersama Rider Japan di RnR di Petronas Sungai Buluh |
Beliau
yang bekerja di Malaysia merasa amat kagum kerana ZX2R masih wujud dan
digunakan di Malaysia. Dia agak terkejut
bila kami maklumkan yang kami dari Johor ke Betong Thailand dan sekarang
dalam perjalanan pulang. Kami meneruskan perjalanan dan keluar ke
persimpangan Pedas Linggi untuk menikmati makan tengahari di Restoren Sabak
Salai. Anda boleh menikmati keenakan daging, ayam, puyuh, keli dan itik salai
yang di masak lemak cili api (berapi) di sini. Memang Lazat tapi podas gilerrr....haaaaaaa. 😋😋😋😵
|
Comelnya si mata bulat nie 😝😝 |
|
Depan Restoren Sabak Salai |
Selepas menjamu selera kami meneruskan perjalanan, setibanya di Pagoh hujan
mulai turun mujurlah aku dah sampai wakaf RnR, hujan pun turun dengan lebatnya.
Aku, Oden dan Nano berteduh di situ. Kami menunaikan solat di RnR Pagoh selepas
hujan mulai reda. Nano maklumkan yang Sam dan Yol berhenti di Air Keroh untuk
melelapkan mata kerana rasa mengantuk yang amat sangat katanya.
|
Berteduh di RnR Pagoh |
|
Berteduh dari hujan-sempat landing 10 minit 😂😂😂 |
|
Sejak berjumpa geng-geng jentera retro Suzuki di Gerik-Nano tidak keruan dibuatnya 😀 |
Selepas mengisi
petrol kami bertiga meneruskan perjalanan sebelum berteduh di bawah fly over
kerana hujan. 10 minit kemudian kami meneruskan perjalanan, Aku dan Nano masuk
ke lebuhraya E22 manakala Oden meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Lebih
Kurang jam 4.30 petang aku sampai di RnR Layang dan mengisi petrol di Shell.
Semasa mengisi petrol aku di sapa oleh Anas@ Ciku ahli baru kelab ZX2R.
Aku
meneruskan perjalanan setelah selesai mengisi petrol dan selamat sampai di
rumah pada jam 5.00 petang.
Alhamdulillah Ride ke Betong Thailand mencapai objektifnya, Syukur
Alamdulillah semua peserta yang terlibat selamat pergi dan pulang. 😊😊😊😊😊
#Ride Santai
Janji Sampai#
Penggunaan minyak
kawasaki ZX7R sehala (RnR Layang-Gerik-RnR Layang) :
Purata pengisian RM15.00 x 5 kali =
RM75.00
Jumlah keseluruhan 2 hala = RM 150.00