SOUTHERN OLD BIKE CLUB - RIDE TO PHUKET
21-14 MAC 2018
Peserta Konvoi ✌✌✌Penulis (Yamaha FZ8), Shamsudin@Tajam-Tajam (Kawasaki ZX7R), Amin (Kawasaki ZX7R) Thamin (Kawasaki ZX7R), Kavi (Modenas Pulsar 200), Yol@Fauzi (Yamaha RXZ), Aman (Kawasaki KR150), Mansor (Yamaha FZ1), Ayien (Kawasaki Z800), Madi (Aprilia Shiver 750), Zaman (Kawasaki KR150), Angah (Kawasaki KR150), Anas@Ciku (Kawasaki ZX2R), Kughan (Kawasaki H2), Ganesh& Harsh (Kawasaki KR150), Zayd (Honda CBR500R)
Ride ini telah lama dirancang, kalau tak silap lepas kami pergi Betong Bike Week pada bulan Ogos 2017. Alhamdulillah berjaya dilaksanakan, konvoi selamat pergi dan pulang.
20 Mac 2018 (Rabu)
Aku dan Mansor bertolak awal. Aku gerak awal sebelah pagi memandangkan Mansor tak yakin untuk ride pada waktu malam untuk saing dengan ahli-ahli yang lain. Kumpulan besar konvoi akan bergerak pada sebelah malam.
DESARU KE GERIK PERAK
7.30 pagi : Tayar Golek dari Desaru
7.45 pagi : Isi minyak di RNR Layang SDE
RNR Layang- Senai Desaru Expressway |
8.30 pagi : masuk Tol Senai Lebuhraya Utara Selatan
9.30 pagi : isi minyak di Shell Pagoh PLUS
10.30 pagi : exit Simpang Ampat/Alor Gajah : Breakfast
12.30 tengahari : rehat di kawasan rehat jejantas Sungai Buluh
ketemu Nano dan Bai di sini. (Sepatutnya Nano dan Bai dan sampai utara, tapi disebabkan rantai motor Nano terlucut, tersadai le depa di Ayer Keroh menunggu bengkel buka).
2.30 petang : Exit Sungkai - Rehat dan makan di warong Mee Udang Kak Zai di Sungkai Perak.
Panas deting : Sib baik ada khemah |
Cendol 👍 Mee kari, Mee udang, laksa ..harga kasih sayang Sempoi la ini warung |
4.00 petang perjalanan diteruskan
Kami di timpa hujan 5 km dari Plaza Tol Sungkai hingga ke Terowong Manora.
isi minyak di RNR Sg Perak : Berpisah dengan Bai dan Nano (mereka meneruskan perjalanan
ke Perlis) mereka ada misi lain.
Ambil angin di dataran Tasik Raban |
Sampai di rumah agamku, Taman Desa Baiduri |
21 Mac 2018 (Khamis)
Suasana di Gerik awal pagi-ala ala Cameron Highland |
Selepas sarapan, aku pergi ke Klinik Dr Puah untuk ambil ubat dan Mansor ke Farmasi untuk membeli ubat sakit gigi. Aku mengajak mansor mengambil gambar kenang-kenangan di Gerik.
10.00 pagi: Aku dan Mansor sudah sampai di rumah. Aku mendapat perkhabaran konvoi dari Johor yang bertolak malam tadi terpecah dua. Satu kumpulan besar sudah berada di Tapah manakala kumpulan kecil, Amin, Ciku dan Zayd baru memasuki Negeri Sembilan (Semalam motor Ciku meragam di Air Keroh). Aku berkemas dan bersiap-siap. Kumpulan yang besar aku minta exit Kuala Kangsar dan menuju ke Gerik. Kumpulan Kecil meneruskan perjalanan ke Alor Star.
Ronda-Ronda Pekan Gerik : Siapa yg lukis tu....😍😘
Base Camp RAMD Gerik |
Tak sangka Mansor ada kawan sekampung kat IPD Gerik |
(Kavi, Madi, Thamin, Zaman, Angah, Ayien, Kughan, Ganesh, Harsh,). Aku terpaksa mengubah haluan mereka ke Gerik kerana perlu menyelesaikan 2 perkara sebelum ke Thailand esok. Thamin perlu mengambil salinan geran di JPJ Gerik. Setelah selesai,
Group pecah dua : Kavi, Thamin, Kughan, Ganesh & Harsh, Zaman, dan Angah terus ke Alor Star melalui highway baru Gerik-Butterworth (Tapi aku nasihatkan exit Plaza Tol Gurun.
Group kedua: Aku, Mansor, Madi dan Ayien menghala ke IPD Polis Pengkalan Hulu untuk endorsment geran fotostat motorsikal Ayien.
Balai Polis Ayer Panas Pengkalan Hulu - Sekarang dah tak boleh buat endorsment geran fotostat di balai balai kecil |
Sekitar Pekan Keroh (Pengkalan Hulu) |
Gunung Baling (2017: Kawasaki zx7 - 2018: Yamaha Fazer pulak 😉) |
Kami meneruskan perjalanan dari Pengkalan Hulu ke Baling, dari Baling kami mengambil laluan ke Lata Bayu, melalui Sik,
Jeniang dan akhirnya exit di Plaza Tol Gurun. Kami berhenti rehat di Caltex RnR Gurun, tunaikan solat, uruskan insuran, white card dan lain-lain. Di sini kami berjumpa dengan Angah, Ayien dn Zaman. Mereka tertinggal daripada group Kavi, dan exit ikut Kulim katanya, 😅😅. Stesen minyak Caltex tak de Surau, kalau nak solat pergi stesen minyak Shell di belakang Caltex.
RNR Gurun |
CALTEX RNR GURUN : Urusan membeli insurans, white card dan borang TM 2 & 3 |
7.00 petang kami selamat sampai di Grand Jublie Hotel Alor Star |
Menara Alor Star dari tingkap Hotel |
Dinner : Up Town Menara Alor Star |
22 Mac 2018 (Khamis)
7.00pagi : Tayar golek, meninggalkan kawasan hotel tempat kami menginap malam tadi.
7.30 pagi kami berhenti di Petronas Changlun, mengisi minyak dan terdapat
beberapa orang riders yang belum membeli insurans, membeli di sini. Kami juga mengalas perut dengan air dan roti untuk sarapan pagi.
Tukar duit kat sini |
Melalui kaunter Imigresen Bukit Kayu Hitam |
Bergambaran sebelum memasuki sempadan Thailand Parking motorsikal dulu naaa.... |
Urusan isytihar membawa masuk motorsikal di Kaunter Kastam Kompleks ImigresenThailand |
sampai terlena Aman dibuatnya 😅😅😅 |
White card nie pun sama, simpan baik-baik, kena serah kat Imigresen Thai masa keluar nanti |
DANOK@ SADAO THAILAND
Masuk je sempadan Thailand terus cari tempat makan 😄 |
Berderet kedai jual sim kad di restoren tempat kami makan |
Sim Kad Thailand Bath 150.00 internet unlimited 5 hari 😍😍 |
22 Mac 2018
12.00 tengahari : Dari Danok menuju ke Hatyai
ON THE BIKE... |
Zaman -Kawasaki Kr150 |
Kavi : Modenas Pulsar 200 |
22 Mac 2018
1.00 PETANG : SEKITAR HATYAI
22 MAC 2018
Hatyai >>> Trang >>>Pathalung>>>Krabi Thailand
Amin mengaktifkan google Map untuk mengesan location |
Kawasaki H2R bukan biasa-biasa bang....super chager 😮 |
Bearing tayar belakang RXZ ditukar di sini |
haus-haus nak minum 😅😅😅😅 |
minyak Ron berapa ko pakai nie Man...😇😇 |
Trang Andaman Gateway |
Macam real aje patung Gajah tu |
Kita Rehat dulu- Alhamdulillah ada surau kat stesen minyak nie |
Yol dan RXZnya |
Macam bermimpi kata Mansor..😎😃 |
Alhamdulillah - sampai dah Krabi |
Perjalanan dari Krabi ke Phuket paling mencabar kerana konvoi terpaksa bergerak pada waktu malam (Tidak digalakkan bermotorsikal pada waktu malam di Thailand). Bukan sahaja terpaksa menempuhi kepekatan malam malah konvoi ditimpa hujan. Pergerakan menjadi pelahan kerana jalan agak licin.
Konvoi selamat tiba di Phuket dalam jam 11.30 malam. Alhamdulillah kerana penginapan kami telah ditempah oleh Kavi, maka urusan menjadi semakin mudah. Masuk bilik bersihkan diri, solat dan tidur. Nenyakkkk. Kami menginap di Patong Studio Aapartments, 47 Rat-U-Thid Road 200, Patong, Kathu District, Phuket 83150, Thailand (http://patongstudioapartmens.com/). Tempat penginapan 👍👍👍👍
Anas @ KAWASAKI ZX2R MALAYSIA DARI JOHOR |
TAJAM-TAJAM ZX7R |
MADI SATU-SATUNYA RIDER DARI SELANGOR |
Check in - Patong Studio Apartment |
ini lath tempat kami beradu di Phuket |
23 MAC 2018 (JUMAAT)
Hari ini aktiviti bebas, riders boleh meronda Phuket sepuas-puasnya sampai Lebam. 😄
Perjanjian menyewa motorsikal |
8.00 pagi, perkara pertama yang aku buat hari ini dari ialah menyewa sebuah skuter dengan kadar 250 Bath sehari. Passport terpaksa dijadikan cagaran. Aku rasa lebih baik menyewa skuter memandangkan keadaan yang sesak di Phuket. Tempat pertama yang aku dan Mansor tuju ialah kedai makanan Islam berdekatan dengan Masjid Nurul Islam. Restoren Halal Hashim. Sangat berbaloi.
Jentera Honda yang kami sewa |
👉Hashim Halal Food, 4029 Tambon Patong, Amphoe Kathu, Chang Wat Phuket 83150, Thailand
pekena kopi secawe |
saya bagi 👍👍👍👍👍 untuk restoren ini |
Jalan ini banyak kedai makanan Islam (Masjid Nurul Islam) |
Sticker Kelab disemadikan di Restoren tempat Amin lepak 😅😅😅 |
Sticker kelab dan event selamat disemadikan di Restoren Hashim |
MASJID NURUL ISLAM PHUKET
Hari ini penghulu segala hari, Syukur Alhamdulillah aku dapat menunaikan Solat Jumaat di bumi Thailand, hajatku tercapai. Pertama kali aku dengar Kuthbah dalam bahasa Thai. Ramai saudara seagama dari pelusuk dunia berhimpun di masjid ini. Selepas menunaikan solat jumaat aku tidak melepaskan peluang mengambil gambar di aras satu dan dua bangunan masjid.
Pandangan dari Aras satu Masjid Nurul Islam |
pandangan dari Aras dua |
kawasan ini dikelilingi bukit bukau |
PATONG BEACH DAN SEKITAR PHUKET
HIGH VIEW POINT PHUKET |
Ayien teringin sangat nak naik tut tut |
3D Art Gallery-Phuket |
Zayd dan Ciku
Aman berjaya menawan hati bakal mak mertua |
PHUKET NIGHT MARKET
Tak lengkap rasanya ke tempat orang tanpa bawa balik ole-ole untuk keluarga di rumah. Aku dan Mansor mengunjungi kawasan ini untuk membeli ole-ole. Aku lebih suka beli baju untuk isteri dan anak-anak serta bondaku. Kalau nak cari buat tangan di bawa pulang saya syorkan beli di sini kerana harganya lebih murah. Sehelai baju boleh jatuh 120-150 Bath sehelai. Pandai-pandai le kome negotatie dengan peniaga di situ yea. 😁
lebih kurang macam UpTown kat tempat kita |
Sempat pulak Amin bergambar di sini |
24 MAC 2018 (SABTU)
7.00 PAGI
Pagi ini semua rider memberi kerjasama yang sangat baik, semua sudah check out dan berada di atas jentera masing-masing. Selepas selesai urusan serahan kunci oleh Kavi, konvoi bergerak meninggalkan Phuket tepat jam 7.30 pagi.
Setengah jam perjalanan konvoi berhenti di sebuah stesen minyak, mengisi minyak dan mengalas perut merangkap sarapan. Tiba-tiba Thamin muntah-muntah, risau dibuatnya. Selepas dia okey kami meneruskan perjalanan sebelum berhenti sekali lagi, Thamin nampak lemah, kami beri dia minum air garam dan sapu minyak angin.
Akhirnya kami membeli ubat di sebuah Farmasi di Krabi. Keadaan Thamin semakin baik.
Taklimat Ringkas sebelum keberangkatan pulang |
Patong Studio Apartment |
Driver teksi ni banyak bagi info dan fasih bahasa Inggeris 👍👍 |
Refuel Minyak dan breakfast |
Kalau dilihat di dalam peta, jambatan inilah yang menghubungkan Phuket dan Phang Nga sebelum sampai ke Krabi.
Kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar di jambatan tersebut. Perjalanan diteruskan menuju ke Krabi.
Berbaki lagi 15 km menghampiri Pekan Krabi rantai ZX2R Ciku putus, Alhamdulillah rantai terlucut dan tidak tersekat pada motorsikal. Moto di tunda oleh Zyad, rantai diganti di sebuah bengkel berdekatan. Kami selamat sampai di Krabi jam 11.30pagi, kami singgah di sebuah kedai makan muslim dan menikmati makan tengahhari di situ.
KRABI
Phuket-Phang Nga-Krabi-Trang-Hat Yai - Bukit Kayu Hitam |
Banyak sungguh gajah kat Thailand ekkk |
Selepas mengambil gambar
di poodium Krabi kami meneruskan perjalanan menuju ke stesen minyak
terhampir untuk penuhkan tangki dan kemudian singgah di sebuah Masjid
besar di Krabi untuk menunaikan kewajipan.
Selepas keluar daripada Kawasan masjid konvoi terpecah dua kerana salah laluan. Mujur Madi cepat mengesan kesilapan. Aku, Madi, Zaman, Mansor, Angah, Yol, Aman meneruskan perjalan menuju ke Trang, Manakala Sudin, Kavi dan Thamin berpatah balik, juga salah laluan. 30km berjalan konvoi terpaksa berhenti berteduh di sebuah bank kerana hujan turun dengan lebatnya. Maka tempat itu lah kami jadikan tempat menunggu kumpulan yang dibelakang.
😊👍👍 |
Krabi Central Mosque-Kami Solat di sini |
Pada masa yang sama kami cuba mengesan kedudukan Amin, kerana sebelum ini difahamkan dia menunggu di tepi jalan sebab dah terlepas kawasan masjid. Alhamdulillah dengan teknologi whatassp dan google map Amin dikesan kira-kira 20km dari tempat kami. Zaman pergi ke tempat Amin mengulurkan bantuan, bateri motor dia weak rupanya.
Setelah Sudin, Kavi dan Thamin sampai, Aku meminta kesemua konvoi bergerak dahulu, manakala aku dan Madi menunggu Amin dan Zaman. Hampir 20 minit setelah mereka bergerak ke Trang, barulah Amin dan Zaman sampai. Kami berempat meneruskan perjalanan. Jalan yang baik dan konvoi yang sedikit memudahkan kami memecut lebih pantas menjejak kumpulan konvoi yang berada di hadapan. Hampir 100km menunggang akhirnya kami sampai di Trang, kami mengambil keputusan berhenti disebuah stesen minyak dan berehat sambil cuba mengesan kedudukan kumpulan besar tadi. Mereka beraya dikesan, 30km dari tempat kami, kami dah advance di hadapan. Oleh itu kami menunggu mereka di sini.
Hampir masuk waktu Maghrib akhirnya kumpulan besar konvoi tiba di tempat kami. Kalau pagi tadi Thamin muntah-muntah, kali ini adiknya pula Kavi yang kena, kesian Kavi dia lemah dan tak berdaya. Hampir 2 jam tersadai di situ aku berunding dengan Sudin supaya Konvoi diteruskan. Sudin akan stay dulu dengan Ayien, Angah dan Zaman sementara memantu perkembangan Kavi.
Hampir masuk waktu Maghrib akhirnya kumpulan besar konvoi tiba di tempat kami. Kalau pagi tadi Thamin muntah-muntah, kali ini adiknya pula Kavi yang kena, kesian Kavi dia lemah dan tak berdaya. Hampir 2 jam tersadai di situ aku berunding dengan Sudin supaya Konvoi diteruskan. Sudin akan stay dulu dengan Ayien, Angah dan Zaman sementara memantu perkembangan Kavi.
Kami meneruskan perjalanan dan akhirnya tiba di sebuah stesen Minyak di kawasan Hatyai. Kami berhenti rehat dan makan. Aku hubungi Thamin bertanyakan khabar Kavi, dan memberi cadangan supaya mereka stay semalam di Trang atau Hatyai dan bertolak esok kerana bimbang keselamatannya. Akhirnya Thamin dan Kavi akur. mereka setuju tinggal semalam kerana tenaga sudah lemah dan perlukan rawatan doktor.Ganesh, Harsh dan Kughan bersetujuuntuk menemankan Kavi dan Thamin.
Dalam kepekatan malam Aku, Mansor, Madi, Amin, Angah dan Yol bertolak dari Hatyai ke Danok. Kami mengurangkan kelajuan kerana lebuhraya di Thailand sangat berbeza berbanding lebuhraya utara selatan. Akhirnya kami selamat sampai ke Pekan Danok pada jam 10.35 malam.
Ketika di Danok kami berhenti minum dan rehat sambil melihat motorsikal mundar madir maklumlah hari ini last dan esok Danok Bike week. Dalam 20 minit kemudian Sudin dan yang lain sampai ke Pekan Danok. Kami bergegas masuk ke kompleks Imigresen tapi di arahkan datang jam 5.00 pagi sebab kuanter dah tutup jam 11.00 malam. 😅😅😅
Tak de jalan lain terpaksa lah bermalam di Danok. Aku dan Mansor menginap di Golden Palace Hotel, Selesa, bilik luas, parking moto selamat dan hanya RM65.00 semalam. Ok la tu. Mandi, Solat dan 💤💤💤💤💤💤💤💤 Tidur.
25 MAC 2018 (Ahad)
7.00 Pagi :
Aku dan Mansor check out dari hotel dan keluar dari Tahiland. Kami mengisi petrol di Stesen minyak yang pertama selepas keluar sempadan. Selepas itu menuju ke sebuah restoren di Changlun untuk sarapan, Sudin, Ayien, Angah, Aman Zaman dan Yol sudah keluar awal dari sempadan dan mereka menunggu kami di situ. Dijadikan cerita hari tu Aku dan Mansor meneruskan perjalanan hingga sampai di rumah dalam jam 12.00 pagi. Tersadai 2 jam di Shell RnR Machap, Lampu motor aku buat hal kat Machap, Alhamdulillah berjaya dibaiki.
Sudin, Yol, Zaman, Angah, Ayien akan singgah di Alor Star dan menyambung perjalanan pada sebelah malam. Amin dan Madi pun sama, Masa aku dan Mansor Check out depa belum bangun lagi.
Ringkasan perjalanan
Aku dan Yamaha Fazer8 telah menempuhi perjalanan sejauh 2926.6 KM (Desaru-Kuala Kangar-Pengkalan Hulu-Baling-Gurun-Bukit Kayu Hitam-Hatyai- Krabi-Phuket-Bukit Kayu Hitam-Desaru). Sepanjang di Thailand (pergi dan pulang ke sempadan Malaysia) aku hanya mengisi petrol berjumlah Bath 1260.00 (Jimat le juga).
Atas permintaan ramai, Inshaa Allah Ride ke KO SAMUI Mac 2019. 😉😉😉🚲