Wednesday, 24 January 2018

ESCORT MAJLIS PERSARAAN TN HAJI ABDUL GHANI JAAFAR (GPK HEM SSTMI)



11 JANUARI 2018 (KHAMIS)

Tanggal ini, merupakan Majlis Persaraan Tuan Haji Abdul Ghani bin Hj Jaafar , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SSTMI. (2013-2017).
Idea daripada sahabat, Mansor bin Kadri untuk mengiring Tuan Haji pada majlis tersebut di sambut baik oleh pihak jawatankuasa pengelola majlis. Empat buah motorsikal berkuasa tinggi telah bersetuju untuk mengiring perarakan masuk ke dewan majlis dan perarakan "send off" selepas tamat majlis.

9.30 PAGI
Cikgu Mansor (Yamaha Fazer 1000) Cikgu Kamal'lulail (Kawasaki Z1000sx), Cikgu Fahmi (Kawasaki Versys 650) dan aku (Yamaha Fazer 800) telah berkumpul di Pejabat Asrama kerana perarakan bermula di situ. Tuan Haji bersama isteri menaiki Toyota Velfire yang telah dihias ala-ala menyambut pengantin baru 😁


walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai rider-rider begitu bersemangat






video clip perarakan ke Majlis Persaraan di Dewan Olimpik SSTMI







Majlis Persaraan Tuan Haji Abdul Ghani telah dijalankan di Dewan Olimpik SSTMI, beberapa acara dan aktiviti telah di susun untuk kelancaran program tersebut.

Dua dan tiga dari kanan/kiri ; Pengacara Majlis En Faris & Puan Masithah

Pengetua menyambut ketibaan yang diraikan

Credit untuk jurukamera : Cikgu Maznah
kiri  sekali : Pemangku HEM Cikgu Jamil
Presiden MPP Prauniversiti SSTMI menyampaikan tanda kenangan
Sesi Bergambar kenangan

Nampak seperti cocok dengan Cikgu Zainuddin πŸ˜‰



Pickup Tuan Haji Abdul Ghani yang banyak berjasa dengan SSTMI

Video clip Send Off Majlis Persaraan Tuan Hj Abdul Ghani



Selamat bersara Tuan Haji Abdul Ghani, semoga diberikan kesihatan dan berbahagia bersama keluarga tercinta.













Monday, 22 January 2018

TBC RIDE TO SEDELI BESAR


19 JANUARI 2018
JUMAAT

TEACHERS BIKER COMUNITY
ini merupakan aktiviti ride pertama TBC yang masih baru ditubuhkan iaitu pada 14 Januari 2018

2 buah jentera Yamaha dan sebuah Jentera Honda melaporkan diri


 3.15 petang
Selepas mengisi minyak, aku menuju ke RV (SSTMI), kelihatan Mansor telah pun sampai dah menunggu di dalam khemah. Alhamdulillah cuaca hari ini panas, sesuai untuk aktiviti ride. Tak lama selepas itu Zulhusni pun tiba dengan jentera Honda SR150nya.
Kami melalui jalan daripada Tanjung Balau, melalui Ladang Siang hinggalah ke Sedili Kecil. Jalan ini tidak sibuk, dan permukaan jalannya dalam keadaan amat baik. Tapi penunggang perlu berhati-hati kerana haiwan liar suka melintas tanpa memberi isyarat. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Maklumlah penunggang akan dihidangkan dengan belukar dan ladang-ladang sepanjang perjalanan hingga sampai di Sedeli Kecil.


Bergambaran di Pantai Jasembay
Kali kedua bergambar di sini tahun ini
Masih terdapat sistem jual minyak mengunakan pam manual di Sedili Kecil

 
Setelah hampir 60km menunggang sampailah kami di kawasan Jeti Sedeli Besar, kelihatan ada dua khemah terpasang yang menandakan dua buah warung dibuka. Setelah mengambil tempat kami pun memulakan operasi untuk menempah makanan dan minuman. Apa yang menarik di sini? Ikan, udang, sotong  dan ketam celup tepung, Keropok basah, Losong, Getuk Ubi, Cucur Badak malahan Nasi Lemak pun ada. Minuman yang special di sini Air Batu Campur dan Cendol. Harga masih lagi berpatutan.   πŸ˜‹πŸ˜‹Biasanya ada 3 buah warung berniaga, kami difahamkan sebuah warung yang menjual rojak tidak beroperasi pada hari itu.


Biar gambar yang berbicara 😊😊


Pelanggan boleh pilih menu mengikut selera masing-masing




Terletak di tepi sungai, menghidangkan panaroma yang indah
Keropok basah, keropok lesong, getuk ubi dan cucur badak dan lain-lain yang sudah digoreng

Masa untuk menjamu selera 😍😍
Menunaikan Solat Asar di Masjid Sedili Kecil

     6.30 Petang
     Kami selamat sampai ke rumah masing-masing.













Saturday, 6 January 2018

CERITA AKU BERSAMA KAWASAKI ZXR750





Assaalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca budiman,

Coretan ini sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman yang ingin dikongsikan penulis untuk dijadikan rujukan atau sekadar bahan bacaan santai.



11 Disember 2016

Sedang asyik membelek iklan di Mudah.my, perhatianku tertarik kepada sebuah model motorsikal  Kawasaki ZXR750-L spec tahun 1993. (abaikan tahun1997 tu, owner tersilap bagi info).



Model ini istimewa kerana lampu depannya yang bulat macam mata 😜. Intake udara menggunakan sistem K-RAS, satu lubang angin sebelah firing πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Model ini pengeluaran tidak lama seperti Model P, hanya sekitar 3-4 tahun 1993-1995.
Model P ada 2 lubang hidung. 😏 Tapi kedua-duanya masih menggunakan karburator sebagi alat campuran bahan bakar. Ada lagi model lain J kalau tak silap.

Model - H
Model-P


 15 Disember 2017

Setelah pertimbangan di buat :  aku, Sudin dan abang Halim pergi ke Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk merisik si mata bulat. Temujanji telah dimeterai dengan pemilik ZX7R saudara Danial di kawasan pakir Mc Donald Seberang Jaya pada jam 5.00 petang.

Ketibaan Owner si mata bulat-Daniel
Sesi rundingan selepas uji pandu 😍
Ketibaan ZX7R pun dah kira gempak, dia punya bunyi paduuuπŸ˜‹πŸ˜‹ tenggelam ZX2R yang kat rumah tu. Beratnya boleh tahan, dan lagi satu seatnya lebar, nampak rendah, berjinjit jugak aku dibuatnya πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Hasil uji pandu Sudin selaku pomen, Enjin motor tak de pentanda bunyi yang menunjukkan ada masalah major. Hanya pelarasan karburator sahaja perlu dibuat kerana setting angin dan minyak yang tidak ngam. Sudin menunjukkan isyarat ZX7R tu boleh di beli. Siap pesan, kalau lepas nie nak cari kuda lain, tolak motor nie kat dia dulu. πŸ™ŠπŸ™Š

Tanda persetujuan jual beli
Dah boleh di bawa balik, esok tinggal uruskan tukar hak milik  di JPJ Seberang Jaya.
Abg Lim dan ZX7R
Sudin sempat ronda-ronda dengan Geng Retro Gerik ~Suzuki Katana 400

Di belakang Suzuki GSXR 1100 abang Yusuf Kuala Rui
Aku meneruskan cuti di Gerik Perak, Sudin membawa pulang Kawasaki ZX7R  ke Johor untuk kerja-kerja pelarasan karburator dan projek seterusnya. 😘


Kerja-kerja pelarasan dan tukar warna baju

Beramah mesra dengan model P sebelum kerja-kerja baik pulih
Huii....togel dah...
Tak seperti ZX2R, part ZX7R lebih besar dan mudah diselenggara
kerja-kerja baik pulih cover set -TajamTajam😊
Peneraju: Sudin @ TajamTajam
😎
😍
Hasilnya...😊



Memori Ride Bersama ZX7R

Januari 2017 -Ride to Muar Johor
30 Mac - 1April 2017- Ride to Batang Kali Selangor

3-6 Ogos 2017 : Betong Thailand
 Betong Bike Week Thailand

Jelajah Semenajung Malaysia-Betong Thailand
26-30 OGOS 2017

Mersing Johor
Pekan Pahang
Kertih Terengganu


Jeli Kelantan
Puncak Banjaran Titiwangsa
Pengkalan Hulu Perak
Betong Thailand
Gerik Perak
Alor Setar Kedah
Jitra Kedah
Bukit Kayu Hitam Kedah
Kawasaki ZX7R L Spec : Sistem Enjin Empat Sebaris : Double Overhead Head Cam, 16 Injap, kapasiti 749cc (118hp/86kw@10500 rpm).  Fork jenis Usd  di hadapan dan monoshok di bahagian belakang memberi keyakinan rider untuk melayan selekoh dengan jayanya πŸ˜‹πŸ˜‹.

Kelajuan tak usah cerita, aku berani setakat 230 km/j sahaja, kalau ikut review web-web pemotoran kelajuan top speed untuk model enjin standard sekitar 258.1km/j. Kelajuan ZX7R 160km/j= 180km/j meter ZX2R. Aku bandingkan dengan ZX2R sebab aku pemilik model ZX2R. Bersatu dengan ZX7R, memberikan satu pengalaman baru, betapa nikmatnya memacu enjin berkuasa tinggi, pulas ja pergi, pulas je pergi. Naik Gunung Paku Pengkalan Hulu selamba jer.

Kelemahannya : 
>>Berat!!! (205kg berat kering, 221kg berat basah. Sedangkan Suzuki SRAD 750 dan Honda Fireblade 900 pun lebih ringan πŸ˜‡. 
>>Tiada fuel Guage, bergantung kepada setting odo meter@ Kilometer. 

Kelebihannya:
>>18 liter ZX7R mampu membawa penunggang sejauh 300km dengan kelajuan purata 160km/j-180km/j.
>>Alat ganti kawasaki masih boleh di dapati di Ejen Kawasaki Malaysia / sesetengah alat ganti berkongsi dengan model ZX2R seperti signal. main jet dan Plug.




Setelah puas bermesra dengan ZX7R, akhirnya Ride Jelajah Semenanjung Malaysia-Betong Thailand pada 26-30 Ogos 2017, merupakan ride terakhir aku dengan ZX7R. Tidak timbul rasa ralat, sekurang-kurangnya aku sudah merasa kepantasan sebuah mesin sportbike. Lagi pula model ini rare, ramai yang berhajat untuk memilikinya.



Sudin@TajamTajam secara rasmi telah menjadi tuan baru kepada si mata bulat penghujung bulan Disember, genap setahun aku bersamanya. Aku rasa sahabat aku nie punya keupayaan untuk menjadi pengasuh baru ZX7R tu. Tambahan pula beliau pomen rasmi ZX2R Johor, kalau enjin ZX2R dengan part yang halus-halus tu pun dia boleh buat apa tah lagi yang jenis kasar-kasar. Lagi pun dari awal lagi dia dah bagi tahu, tolak dengan dia motor tu kalau nak jual.

Sudin@TajamTajam - Ride to Durian Burung



Aku pula bercadang untuk tukar angin kepada motorsikal jenis touring dan semestinya dengan teknologi sistem pancitan bahan Api (Injection). Model touring amat sesuai untuk jiwa pengembara seperti aku.  Walau bagaimanapun jenis Enjin Empat Sebaris masih menjadi keutamaan. πŸ˜‰πŸ˜‰


.