21 SYAWAL 1439 @ 20 JULAI 2018
Rabu
Setelah persetujuan di buat antara aku dan Mansor semasa di sekolah tadi. Kami sepakat untuk beraya ke Tanjung Sedili menziarah Cikgu Ab Razak sahabat kami yang telah pencen perkhidmatan pendidikan pada tahun lepas. Walaupun langit tidak berapa cerah. Kami sudah merancang untuk ride ke sana pada hari Ahad, namun keadaan cuaca yang kurang memuaskan telah menghalang hajat kami. Kali ini kami nekad untuk ke sana. Kami bersetuju RV di Bus Stop LGM menghala ke Tanjung Balau
4.00 petang
Aku terus bertolak menuju ke Bus Stop berhampiran dengan pejabat LGM. Manakala Mansor pergi mengisi minyak dahulu di Petronas Bandar Penawar. Setibanya aku di bulatan Desaru hujan mulai turun, aku memecut menghala ke Bus Stop tapi ku lihat ada sebuah lori berhenti di situ, manakala pekerjanya berteduh di Bus Stop.
Oleh yang demikian aku pun meneruskan perjalanan hingga ke Bulatan Tanjung Balau. Aku berhenti kira kira 50 meter dari bulatan arah pukul 12. Aku tunggu Mansor di situ walaupun hujan renyai-renyai. Lima minit kemudian Mansor pon sampai, aku dah maklumkan kedudukan aku ketika itu melalui telefon pintar.
Kami meneruskan perjalanan, semakin lama hujan semakin lebat namun kami teruskan perjalanan, bak kata pepatah alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Hujan mula reda ketika kami sampai di Jasembay. Kami berhenti sebentar di situ sambil bergambaran 😆😆😆😆

jalan basah dan licin |

Best wooo main hujan 😅😅 |
Mansor dengan penuh semangat |
saujana mata memandang |
kami memang biasa berhenti sebantar di sini |
Selepas berehat dalam 10 minit kami meneruskan perjalanan, cuaca semakin baik, Alhamdulillah kering sikit baju dan seluar kami. Kami sampai di kedai makan di jeti lebih kurang jam 5.00 petang. Kami masuk ke kedai membuat pesanan dan terus menghubungi cikgu Ab Razak. Lima minit kemudian sampai lah cikgu Ab Razak ke tempat kami ngeteh tu. Kami rancak bersembang maklumlah lama tak jumpa. Tepat Jam 6.00 petang kami bertolak pulang ke Desaru Utama.
Ckgu Ab Razak tiba dengan kenderaan Kelajuan Tanpa Bunyi 😂😂 |
Roti canai lawankan dengan Asam pedas kepala Jenahak....😍😍😋😋 |
Terima Kasih cikgu Ab Razak kerana sudi menerima kunjugan kami. 😎💪💪💪💪
No comments:
Post a Comment