ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA PEMBACA
KEMBARA SOBC
KOTA TINGGI JOHOR - TASIK KENYIR-GUA MUSANG-CAMERON
HIGHLANDS
18-20 OGOS 2018
18.8.2018
(SABTU)
7.00 pagi
Aku dan Mansor bertolak dari
Desaru ke Stesen Minyak BHP Jalan Mawai Kota Tinggi Johor. Setengah jam kemudian sampailah kami di BHP
Jalan Mawai dan diikuti Nano tidak lama kemudian. Kami bertiga menunggu di situ hingga jam
8.30pagi. Setelah mendapat info yang lain masih di Ulu Tiram, kami bertiga mengambil keputusan bertolak ke Mersing dan menunggu yang lain di sana.
Perut pun dah rasa lapar, sambil tunggu boleh le alas perut.
9.20 pagi
kami sampai ke Gerai Ali Nasi Padang. Aku, Mansor
dan Nano memesan makanan dan air sambil menunggu yang lain. Lebih kurang 11.00 pagi semua bikers telah berkumpul di situ berperingkat-peringkat.
Gerai Ali Nasi Padang di Mersing |
Perancangan kami dibelakang jadual, ini disebabkan ada motor
bikers yang mengalami masalah. Namun begitu, Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. 12.30
tgh kami semua bergerak menuju ke Pekan Pahang. Namun, sekali lagi Konvoi tidak dapat bergerak serentak kerana masalah yang dihadapi sebuah jentera. Pomen SOBC Shamsudin@Tajam-Tajam mencadangkan konvoi meneruskan perjalanan ke Pekan Pahang
dan tunggu di sana. Kami akur dan meneruskan perjalanan. Tajam-Tajam, Kavi dan Thamin masih di Mersing.
Endau-Menunggu yang tertinggal di belakang |
2.00 petang
kami tiba di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan.
Selepas menunaikan kewajipan, aku terima panggilan darpada Tajam-Tajam yang beliau baru
bergerak meninggalkan Mersing dan mengatakan Thamin dan Kavi tidak dapat meneruskan misi. Tajam-Tajam mencadangkan separuh bikers teruskan perjalanan dan
separuh lagi tunggu beliau di Pekan Pahang. Aku , Mansor, Hirman dan Irwan meneruskan
perjalanan manakala Bai, Nano dan Amin menunggu Tajam-Tajam di Pekan Pahang sambil mengeteh di gerai tepi sungai. Aku dan
rakan-rakan meneruskan perjalanan, dari Pekan Pahang kami menuju ke Kuantan, setibanya di persimpangan Gambang-Kuantan, aku dan rakan-rakan memilih menggunakan jalan ke Gambang masuk ke LPT. Alasannya jalan tersebut dua lorong dan tidak sesak dan banyak lampu isyarat.
Restoren Hijau Gambang : Ikan Patin 😋😋😋😋 |
Sekolah Sukan Malaysia Gambang |
3.30 petang
Kami memilih menaiki Lebuhraya Pantai Timur melalui Universiti
Malaysia Pahang. Sampai saja di situ kami berhenti rehat di Restoren Hijau sambil
menikmati sajian ikan Patin yang lazat.
Sebelum memasuki Lebuhraya Pantai Timur kami sempat mengambil gambar di Sekolah Sukan Malaysia Pahang.
Sebelum memasuki Lebuhraya Pantai Timur kami sempat mengambil gambar di Sekolah Sukan Malaysia Pahang.
4.30 petang
kami bergerak masuk ke LPT.
Kami masuk ke RNR Perasing untuk mengisi minyak ZX2R Cikgu Hirman dan Irwan. Apakan daya Stesen minyak shell di Perasing belum beroperasi. Kami nekad teruskan perjalanan menuju ke RNR Paka, yang jaraknya 100km dari RnR Perasing.
Kami masuk ke RNR Perasing untuk mengisi minyak ZX2R Cikgu Hirman dan Irwan. Apakan daya Stesen minyak shell di Perasing belum beroperasi. Kami nekad teruskan perjalanan menuju ke RNR Paka, yang jaraknya 100km dari RnR Perasing.
Stesen Minyak di RNR Perasing masih belum beroperasi |
Lepak sekejap di RnR Perasing sambil membawang |
5.30 petang
50km daripada Perasing terpampang di papan tanda Hentian Kijal ada stesen minyak. Tanpa berlengah kami masuk ke Hentian Kijal, Alhamdulillah ada stesen minyak mini Petron. Di sini kami semua bersatu kembali. Aku dapat berita dari Tajam-Tajam Kavi dan Thamin tidak dapat meneruskan perjalanan kerana motorsikal Thamin mengalami kerosakan. Kavi dan Thamin ni adik beradik.
Selepas mengisi minyak kami meneruskan perjalanan.
Hentian Sebelah Kijal : Stesen Minyak Mini Petron |
ada juga yang sudi ambil gambar |
7.16 petang
Kami semua selamat tiba di Plaza Tol Ajil dan kami menuju ke Kuala Berang. Cikgu Ahmad Fadhli sahabat lama semasa di Sekolah Sukan Bandar Penawar bermurah hati menawarkan rumah keduanya yang merupakan seunit Banglow. Banglow beliau hanya menunggu masa grill dipasang untuk diduduki mereka sekeluarga. Memandangkan homestay di kawasan Kuala Berang dah penuh, beliau cadangkan kami tidur dirumahnya malam itu. Bukan itu saja, kami di layan sebagai tamu dengan dihidangkan makanan dan minuman. Alahmdulillah terima kasih sahabat, semoga Allah swt murahkan rezeki mu sekeluarga.
Malam tu Amad sempat bawak aku Mansor dan Hirman gi ngeteh. Negteh cikgu-cikgu, ha ha ha.
Plaza Tol Ajil |
Sekali Bunglow laaa....😱😱😱😱😱 |
Bersama sahabat lama Cikgu Ahmad Fadhli @ tuan rumah (kiri) |
Tajam-Tajam sentiasa memastikan jentera rakan-rakan dalam kondisis yang baik sloutee utk Tajam-Tajam |
19.8.2018
(AHAD)
7.38 pagi
Kami check out tanpa tuan rumah, kerana Ahmad ada
urusan dengan ayahnya di Marang Terengganu. Konvoi menuju ke pekan Kuala Berang
yang sedang giat membangun.
Gambar kenangan sebelum tayar golek |
Kami bersarapan di
D’Kenanga Café sebelum mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas dan meneruskan perjalanan menuju
ke Tasik Kenyir.
masing-masing tekun menikmati sarapan 😁😁 |
9.00 pagi
Kami tiba di Tasik Kenyir, kami tidak lepaskan
peluang bergambar di situ.
Simpang menuju ke Tasik Kenyir |
Barisan Jentera menyahut cabaran Kembara SOBC 2018 |
saujana mata memandang |
Jambatan di belakang itu akan menghubungkan tanah besar dengan Pulau yang akan di bangunkan menjadi Taman Tema Air |
9.35pagi
kami meneruskan perjalanan, melalui kawasan Hutan
Simpan di sekitar kawasan tasik kenyir
menuju ke Felda Aring dan seterusnya Gua Musang untuk mengisi minyak dan berehat. Maha
Besar Allah yang mencipta keindahan Alam. Aku terpesona melihat keindahan ciptan Nya sepanjang perjalanan dan lantas membuatku
merasa insaf betapa kerdilnya aku disisi Nya.
10.15pagi
Konvoi terhenti di tengah hutan simpan, Bai ditimpa
kemalangan kerana hilang kawalan di satu selekoh. Alhamdulillah
beliau hanya cedera ringan, mengalami luka di bahu dan tangan. Hanya motorsikalnya sahaja yang mengalami kerosakan. Allah swt permudahkan
urusan kami hari tu, seorang pakcik memberhentikan lorinya dan membantu membawa
Bai dan motorsikalnya hingga ke Kampung Raja Cameron Highland.
Kami meneruskan perjalanan melalui jalan yang mencabar terutama di Felda Aring dengan lebih berhati-hati. Kami mengisi minyak di stesen minyak Shell selepas keluar dari kawasan ladang Felda Aring. Selepas mengisi minyak kami meneruskan perjalanan. Harapan kami agar dapat sampai ke Kampung Raja serentak dengan lori untuk memudahkan kerja menurunkan motor Bai. Namun kami terpaksa menyerah kalah apabila melihat papan tanda yang menunjukkan jarak ke Cameron Highlands lagi 145km dari tempat kami mengisi minyak. Maklumah dah lebih sejam menunggang tadi.
lokasi kejadian |
Kami meneruskan perjalanan melalui jalan yang mencabar terutama di Felda Aring dengan lebih berhati-hati. Kami mengisi minyak di stesen minyak Shell selepas keluar dari kawasan ladang Felda Aring. Selepas mengisi minyak kami meneruskan perjalanan. Harapan kami agar dapat sampai ke Kampung Raja serentak dengan lori untuk memudahkan kerja menurunkan motor Bai. Namun kami terpaksa menyerah kalah apabila melihat papan tanda yang menunjukkan jarak ke Cameron Highlands lagi 145km dari tempat kami mengisi minyak. Maklumah dah lebih sejam menunggang tadi.
12.03 tengah hari
Kami ambil keputusan berehat dan makan di gerai
tepi jalan simpang masuk ke Felda Perasu dengan andaian Pakcik tadi dan Bai
akan berhenti makan. Andaian kami tepat
mereka berhenti makan kenduri di Gua Musang (Info nie kami dapat semasa di
Kampung Raja).
Aku suka suasana gerai makan macam ni |
Sedap jugak menu nasi berlauk dan sirap Ais |
kuda kuda besi berehat sekejap |
Selepas rehat dan makan kami meneruskan perjalanan.
Perjalanan dari Gua Musang ke Kampung Raja Cameron Highland semakin menarik,
jalannya semakin besar dan luas serta suhu yang semakin dingin dan nyaman
menjadikan mood ride menyeronokan.
2.20 petang
Kami tiba di kawasan medan selera Kampung Raja
Cameron Highland, sambil menunggu lori sampai kami memesan air untuk
membasahkan tekak. 20 minit kemudian Lori pun sampai, kami bergotong royong menurunkan motorsikal Bai.
Selepas meletakkan lori di tempatnya. Pak cik tu ikut serta kami minum sambil berkongsi pengalaman.
3.30 Petang
Kami meneruskan perjalanan, Amin membawa Bai ke klinik untuk check up dan rawatan. Motorsikal Bai kami akan bawa ke Tanah Rata malam ini menaiki pickup
kawan pakcik tadi. Jalan mulai sesak menuju ke Jalan Rata, Walaupun jarak hanya
19km daripada Kampung Raja, kami mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke
Homestay Darul Makmur Kampung Taman Sedia. 4.00 petang kami check in. Petang tu
kami hanya beriadah di sekitar Kampung Sedia. Rasanya kat sini pun dah lengkap, ada kedai makan, ladang strawberry
dan kedai – kedai menjual produk strawberry.
10.40 Malam
Kesan kesejukan pada suhu 16 darjah Celcius, kami mengagahkan diri menunggang jentera ke Tanah Rata pekena kari Mamak untuk
membendung rasa kelaparan. 😁😁😁. Nasib baik tak jauh dari tempat penginapan kami.
20.8.2018
(ISNIN)
Selepas bersarapan kami bergambar di depan Chalet, Amin
bergerak awal turun melalui Tapah kerana perlu sampai ke rumah sebelum malam. Manakala Aku, Sam, Mansor, Hirman, Nano dan
Irwan turun melalui Simpang Pulai kerana ada satu lagi misi yang perlu
disempurnakan. Laluan turun melalui Simpang Pulai lebih lebar berbanding laluan
turun melalui Tapah dan selekohnya juga agak panjang.
11.44 pagi
Kami masuk ke Sungkai Perak untuk berehat, Gerai
Kak Zai Mee Udang menjadi tempat persinggahan kami. Ini kali ketiga aku pernah
singgah dengan bermotosikal ke gerai Kak
Zai. Sepatutnya hari isnin tutup, tetapi kerana cuti sekolah gerai ini
beroperasi memandangkan sambutan yang memberangsangkan.
Selepas menjamu selera dan berehat kami meneruskan perjalanan. Keadaan cuaca agak perit hari ini. Kami meneruskan perjalanan dan aku berhenti di Hentian Sungai Buluh pada jam 1.35 petang untuk mengisi minyak sebelum masuk ke RNR Dengkil tempat check point kami berkumpul.
4.30 petang
Kami turun di persimpangan Simpang Ampat Melaka untuk berehat di gerai makan tepi jalan dan menunaikan solat di Masjid Jamek Dol Said berhampiran dengan gerai makan tersebut. Hampir sejam berehat kami teruskan perjalanan semula. Kami masuk ke RNR Air keroh untuk mengisi minyak sebelum menyambung perjalanan. Cikgu Mansor turun di persimpangan Sungai Mati/Bukit Gambir menuju ke Muar. Cikgu Hirman turun di persimpangan Ayer Hitam menuju ke Kluang. Nano terus shoot ke Kulai meninggalkan kami selepas mengisi minyak di Machap kerana hendak membantu ibunya di kedai malam itu. Aku Tajam-Tajam dan Irwan sahaja yang masih ride bersama. Kami berhenti di RNR Layang untuk rehat dan solat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dan berpisah di persimpangan Cahaya Baru.
Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah pada pukul 8.40 malam. 😉😉
Hentian Sebelah Sungai Buluh |
Simpang Ampat Melaka |
Kami turun di persimpangan Simpang Ampat Melaka untuk berehat di gerai makan tepi jalan dan menunaikan solat di Masjid Jamek Dol Said berhampiran dengan gerai makan tersebut. Hampir sejam berehat kami teruskan perjalanan semula. Kami masuk ke RNR Air keroh untuk mengisi minyak sebelum menyambung perjalanan. Cikgu Mansor turun di persimpangan Sungai Mati/Bukit Gambir menuju ke Muar. Cikgu Hirman turun di persimpangan Ayer Hitam menuju ke Kluang. Nano terus shoot ke Kulai meninggalkan kami selepas mengisi minyak di Machap kerana hendak membantu ibunya di kedai malam itu. Aku Tajam-Tajam dan Irwan sahaja yang masih ride bersama. Kami berhenti di RNR Layang untuk rehat dan solat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dan berpisah di persimpangan Cahaya Baru.
Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah pada pukul 8.40 malam. 😉😉
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment