Sunday, 26 August 2018

KEMBARA SOBC-TASIK KENYIR-CAMERON HIGHLANDS 2018


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA PEMBACA



KEMBARA SOBC
KOTA TINGGI JOHOR - TASIK KENYIR-GUA MUSANG-CAMERON HIGHLANDS
18-20 OGOS 2018



18.8.2018 (SABTU)

7.00 pagi
Aku dan Mansor bertolak dari Desaru ke Stesen Minyak BHP Jalan Mawai Kota Tinggi Johor. Setengah jam kemudian sampailah kami di BHP Jalan Mawai dan diikuti Nano tidak lama kemudian. Kami bertiga menunggu di situ hingga jam 8.30pagi. Setelah mendapat info yang lain masih di Ulu Tiram, kami bertiga mengambil keputusan bertolak ke Mersing dan menunggu yang lain di sana. Perut pun dah rasa lapar, sambil tunggu boleh le alas perut.



9.20 pagi
kami sampai ke Gerai Ali Nasi Padang. Aku, Mansor dan Nano memesan makanan dan air sambil menunggu yang lain. Lebih kurang 11.00 pagi semua bikers telah berkumpul di situ berperingkat-peringkat.

Gerai Ali Nasi Padang di Mersing


Perancangan kami dibelakang jadual, ini disebabkan ada motor bikers yang mengalami masalah. Namun begitu, Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. 12.30 tgh kami semua bergerak menuju ke Pekan Pahang. Namun, sekali lagi Konvoi tidak dapat bergerak serentak kerana masalah yang dihadapi sebuah jentera. Pomen SOBC Shamsudin@Tajam-Tajam mencadangkan konvoi meneruskan perjalanan ke Pekan Pahang dan tunggu di sana. Kami akur dan meneruskan perjalanan. Tajam-Tajam, Kavi dan Thamin masih di Mersing.

Endau-Menunggu yang tertinggal di belakang

2.00 petang
kami tiba di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan. Selepas menunaikan kewajipan, aku terima panggilan darpada Tajam-Tajam yang beliau baru bergerak meninggalkan Mersing dan mengatakan Thamin dan Kavi tidak dapat meneruskan misi. Tajam-Tajam mencadangkan separuh bikers teruskan perjalanan dan separuh lagi tunggu beliau di Pekan Pahang. Aku , Mansor, Hirman dan Irwan meneruskan perjalanan manakala Bai, Nano dan Amin menunggu Tajam-Tajam di Pekan Pahang sambil mengeteh di gerai tepi sungai. Aku dan rakan-rakan meneruskan perjalanan, dari Pekan Pahang kami menuju ke Kuantan,  setibanya di persimpangan Gambang-Kuantan, aku dan rakan-rakan memilih menggunakan jalan ke Gambang masuk ke LPT. Alasannya jalan tersebut dua lorong dan tidak sesak dan banyak lampu isyarat.
Restoren Hijau Gambang : Ikan Patin 😋😋😋😋

Sekolah Sukan Malaysia Gambang

3.30 petang
Kami memilih menaiki Lebuhraya Pantai Timur melalui Universiti Malaysia Pahang. Sampai saja di situ kami berhenti rehat di Restoren Hijau sambil menikmati sajian ikan Patin yang lazat.
Sebelum memasuki Lebuhraya Pantai Timur kami sempat mengambil gambar di Sekolah Sukan Malaysia Pahang.  


4.30 petang
kami bergerak masuk ke LPT.
Kami masuk ke RNR Perasing untuk mengisi minyak ZX2R Cikgu Hirman dan Irwan. Apakan daya Stesen minyak shell di Perasing belum beroperasi. Kami nekad teruskan perjalanan menuju ke RNR Paka, yang jaraknya 100km dari RnR Perasing.
Stesen Minyak di RNR Perasing masih belum beroperasi
Lepak sekejap di RnR Perasing sambil membawang 

5.30 petang
50km daripada Perasing terpampang di papan tanda Hentian Kijal ada stesen minyak. Tanpa berlengah kami masuk ke Hentian Kijal, Alhamdulillah ada stesen minyak mini Petron. Di sini kami semua bersatu kembali. Aku dapat berita dari Tajam-Tajam Kavi dan Thamin tidak dapat meneruskan perjalanan kerana motorsikal Thamin mengalami kerosakan. Kavi dan Thamin ni adik beradik.


Selepas mengisi minyak kami meneruskan perjalanan.

Hentian Sebelah Kijal : Stesen Minyak Mini Petron 

ada juga yang sudi ambil gambar


7.16 petang
Kami semua selamat tiba di Plaza Tol Ajil dan kami menuju ke Kuala Berang. Cikgu Ahmad Fadhli sahabat lama semasa di Sekolah Sukan Bandar Penawar  bermurah hati menawarkan rumah keduanya yang merupakan seunit Banglow.  Banglow beliau hanya menunggu masa grill dipasang untuk diduduki mereka sekeluarga. Memandangkan homestay di kawasan Kuala Berang dah penuh, beliau cadangkan kami tidur dirumahnya malam itu. Bukan itu saja, kami di layan sebagai tamu dengan dihidangkan makanan dan minuman. Alahmdulillah terima kasih sahabat, semoga Allah swt murahkan rezeki mu sekeluarga.
Malam tu Amad sempat bawak aku Mansor dan Hirman gi ngeteh. Negteh cikgu-cikgu, ha ha ha.


Plaza Tol Ajil





Sekali Bunglow laaa....😱😱😱😱😱

Bersama sahabat lama Cikgu Ahmad Fadhli @ tuan rumah (kiri)

Tajam-Tajam sentiasa memastikan jentera rakan-rakan dalam kondisis yang baik
sloutee utk Tajam-Tajam

19.8.2018 (AHAD)

7.38 pagi
Kami check out tanpa tuan rumah, kerana Ahmad ada urusan dengan ayahnya di Marang Terengganu. Konvoi menuju ke pekan Kuala Berang yang sedang giat membangun.

Gambar kenangan sebelum tayar golek


Kami bersarapan di  D’Kenanga Café sebelum mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas dan meneruskan perjalanan menuju ke Tasik Kenyir.


masing-masing tekun menikmati sarapan  😁😁





9.00 pagi
Kami tiba di Tasik Kenyir, kami tidak lepaskan peluang bergambar di situ.

Simpang menuju ke Tasik Kenyir


Barisan Jentera menyahut cabaran Kembara SOBC 2018


saujana mata memandang


Jambatan di belakang itu akan menghubungkan tanah besar dengan Pulau
yang akan di bangunkan menjadi Taman Tema Air


9.35pagi
kami meneruskan perjalanan, melalui kawasan Hutan Simpan di sekitar kawasan tasik kenyir  menuju ke Felda Aring dan seterusnya  Gua Musang untuk mengisi minyak dan berehat. Maha Besar Allah yang mencipta keindahan Alam. Aku terpesona melihat keindahan  ciptan Nya sepanjang perjalanan dan lantas membuatku merasa insaf betapa kerdilnya aku disisi Nya.

kawasan Hutan Simpan 

Aman

Damai

Tenteram

10.15pagi

Konvoi terhenti di tengah hutan simpan, Bai ditimpa kemalangan kerana hilang kawalan di satu selekoh. Alhamdulillah beliau hanya cedera ringan, mengalami luka di bahu dan tangan. Hanya motorsikalnya sahaja yang mengalami kerosakan. Allah swt permudahkan urusan kami hari tu, seorang pakcik memberhentikan lorinya dan membantu membawa Bai dan motorsikalnya hingga ke Kampung Raja Cameron Highland.


lokasi kejadian 

Kami meneruskan perjalanan melalui jalan yang mencabar terutama di Felda Aring dengan lebih berhati-hati.  Kami mengisi minyak di stesen minyak Shell selepas keluar dari kawasan ladang Felda Aring. Selepas mengisi minyak kami meneruskan perjalanan. Harapan kami agar dapat sampai ke Kampung Raja serentak dengan lori untuk memudahkan kerja menurunkan motor Bai. Namun kami terpaksa menyerah kalah apabila melihat papan tanda yang menunjukkan jarak ke Cameron Highlands lagi 145km dari tempat kami mengisi minyak. Maklumah dah lebih sejam menunggang tadi.



12.03 tengah hari
Kami ambil keputusan berehat dan makan di gerai tepi jalan simpang masuk ke Felda Perasu dengan andaian Pakcik tadi dan Bai akan berhenti makan.  Andaian kami tepat mereka berhenti makan kenduri di Gua Musang (Info nie kami dapat semasa di Kampung Raja).

Aku suka suasana gerai makan macam ni

Sedap jugak menu nasi berlauk dan sirap Ais

kuda kuda besi berehat sekejap

Selepas rehat dan makan kami meneruskan perjalanan. Perjalanan dari Gua Musang ke Kampung Raja Cameron Highland semakin menarik, jalannya semakin besar dan luas serta suhu yang semakin dingin dan nyaman menjadikan mood ride menyeronokan.

2.20 petang
Kami tiba di kawasan medan selera Kampung Raja Cameron Highland, sambil menunggu lori sampai kami memesan air untuk membasahkan tekak. 20 minit kemudian Lori pun sampai, kami bergotong royong menurunkan motorsikal Bai. Selepas meletakkan lori di tempatnya. Pak cik tu ikut serta kami minum sambil berkongsi pengalaman.

3.30 Petang
Kami meneruskan perjalanan, Amin membawa Bai ke klinik untuk check up dan rawatan. Motorsikal Bai kami akan bawa ke Tanah Rata malam ini menaiki pickup kawan pakcik tadi. Jalan mulai sesak menuju ke Jalan Rata, Walaupun jarak hanya 19km daripada Kampung Raja, kami mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke Homestay Darul Makmur Kampung Taman Sedia. 4.00 petang kami check in. Petang tu kami hanya beriadah di sekitar Kampung Sedia. Rasanya kat sini pun dah lengkap, ada kedai makan, ladang strawberry dan kedai – kedai menjual produk strawberry.

sekitar kawasan Homestay



10.40 Malam
Kesan kesejukan pada suhu 16 darjah Celcius, kami mengagahkan diri menunggang jentera ke Tanah Rata pekena kari Mamak untuk membendung rasa kelaparan. 😁😁😁. Nasib baik tak jauh dari tempat penginapan kami. 



20.8.2018 (ISNIN)



Selepas bersarapan kami bergambar di depan Chalet, Amin bergerak awal turun melalui Tapah kerana perlu sampai ke rumah sebelum malam. Manakala Aku, Sam, Mansor, Hirman, Nano dan Irwan turun melalui Simpang Pulai kerana ada satu lagi misi yang perlu disempurnakan. Laluan turun melalui Simpang Pulai lebih lebar berbanding laluan turun melalui Tapah dan selekohnya juga agak panjang.



Alhamdulillah, Allah sempurnakan hajat kami 
11.44 pagi
Kami masuk ke Sungkai Perak untuk berehat, Gerai Kak Zai Mee Udang menjadi tempat persinggahan kami. Ini kali ketiga aku pernah singgah dengan bermotosikal ke gerai  Kak Zai. Sepatutnya hari isnin tutup, tetapi kerana cuti sekolah gerai ini beroperasi memandangkan sambutan yang memberangsangkan.




Selepas menjamu selera dan berehat kami meneruskan perjalanan. Keadaan cuaca agak perit hari ini. Kami meneruskan perjalanan dan aku berhenti di Hentian Sungai Buluh pada jam 1.35 petang untuk mengisi minyak sebelum masuk ke RNR Dengkil tempat check point kami berkumpul.

Hentian Sebelah Sungai Buluh

Simpang Ampat Melaka
4.30 petang
Kami turun di persimpangan Simpang Ampat Melaka untuk berehat di gerai makan tepi jalan dan menunaikan solat di Masjid Jamek Dol Said berhampiran dengan gerai makan tersebut. Hampir sejam berehat kami teruskan perjalanan semula. Kami masuk ke RNR Air keroh untuk mengisi minyak sebelum menyambung perjalanan. Cikgu Mansor turun di persimpangan Sungai Mati/Bukit Gambir menuju ke Muar. Cikgu Hirman turun di persimpangan Ayer Hitam menuju ke Kluang. Nano terus shoot ke Kulai meninggalkan kami selepas mengisi minyak di Machap kerana hendak membantu ibunya di kedai malam itu. Aku Tajam-Tajam dan Irwan sahaja yang masih ride bersama. Kami berhenti di RNR Layang untuk rehat dan solat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dan berpisah di persimpangan Cahaya Baru.

 Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah pada pukul 8.40 malam. 😉😉





 
Sekian Terima Kasih







Wednesday, 11 July 2018

RIDE KUYUP KE TANJUNG SEDILI - ZIARAH SAHABAT DI BULAN SYAWAL

21 SYAWAL 1439 @ 20 JULAI 2018
Rabu



Setelah persetujuan di buat antara aku dan Mansor semasa di sekolah tadi. Kami sepakat untuk beraya ke Tanjung Sedili menziarah Cikgu Ab Razak sahabat kami yang telah pencen perkhidmatan pendidikan pada tahun lepas. Walaupun langit tidak berapa cerah. Kami sudah merancang untuk ride ke sana pada hari Ahad, namun keadaan cuaca yang kurang memuaskan telah menghalang hajat kami. Kali ini kami nekad untuk ke sana. Kami bersetuju RV di Bus Stop LGM menghala ke Tanjung Balau

4.00 petang
Aku terus bertolak menuju ke Bus Stop berhampiran dengan pejabat LGM. Manakala Mansor pergi mengisi minyak dahulu di Petronas Bandar Penawar. Setibanya aku di bulatan Desaru hujan mulai turun,  aku memecut menghala ke Bus Stop tapi ku lihat ada sebuah lori berhenti di situ, manakala pekerjanya berteduh di Bus Stop. 

Oleh yang demikian aku pun meneruskan perjalanan hingga ke Bulatan Tanjung Balau.  Aku berhenti kira kira 50 meter dari bulatan  arah pukul 12.  Aku tunggu Mansor di situ walaupun hujan renyai-renyai. Lima minit kemudian Mansor pon sampai, aku dah maklumkan kedudukan aku ketika itu melalui telefon pintar. 
jalan basah  dan licin




Kami meneruskan perjalanan, semakin lama hujan semakin lebat namun kami teruskan perjalanan, bak kata pepatah alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Hujan mula reda ketika kami sampai di Jasembay. Kami berhenti sebentar di situ sambil bergambaran 😆😆😆😆

Best wooo main hujan 😅😅

Mansor dengan penuh semangat

saujana mata memandang


kami memang biasa berhenti sebantar di sini 


Selepas berehat dalam 10 minit kami  meneruskan perjalanan, cuaca semakin baik, Alhamdulillah kering sikit baju dan seluar kami. Kami sampai di kedai makan di jeti lebih kurang jam 5.00 petang. Kami masuk ke kedai membuat pesanan dan terus menghubungi cikgu Ab Razak.  Lima minit kemudian sampai lah cikgu Ab Razak ke tempat kami ngeteh tu. Kami rancak bersembang maklumlah lama tak jumpa. Tepat Jam 6.00 petang kami bertolak pulang ke Desaru Utama. 

Ckgu Ab Razak tiba dengan kenderaan Kelajuan Tanpa Bunyi  😂😂

Roti canai lawankan dengan Asam pedas kepala Jenahak....😍😍😋😋

Terima Kasih cikgu Ab Razak kerana sudi menerima kunjugan kami. 😎💪💪💪💪






Monday, 25 June 2018

ESCORT MAJLIS PERSARAAN GURU SSTMI : TUAN HJ JAAFAR HASSAN & TUAN HJ KASBOLAH IDERIS


MAJLIS PERSARAAN 

TUAN HAJI KASBOLLAH BIN IDERIS & TUAN HAJI JAAFAR BIN HASSAN

SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL
BANDAR PENAWAR, JOHOR

3 JUN 2018 (AHAD)





            9.40 pagi : Aku dan rakan-rakan bikers dari SSTMI iaitu :
            En Kamal'lulail bin Hj Suleiman, En Jasri bin Mohd Isa, Mansor bin Kadri, Wan Mohd
            Roslan dan Fahmi bersiap sedia di depan pintu utama sekolah untuk mengiringi SUV
            membawa VIP yang diraikan untuk ke tempat majlis persaraan my brothers Tuan Hj
            Jaafar bin Hassan  (GPK Ko-Kurikulum) dan Tuan Haji Kasbolah bin Ideris (Guru Prau
            DG52 & Ketua jurulatih Pasukan Sepak Takraw SSTMI) akan dilangsungkan.

           
            Empat buah SUV Honda CRV milik Tuan Hj Jaafar, Tuan Hj Kasbolah, Encik Zainuddin dan              Puan Anida digunakan untuk mengiringi VIP yang diraikan ke Majlis Persaraan di Dewan                  Olimpik SSTMI

Geng bikers bergambaran sebelum menjalankan tugas 😄😄

Sabar menunggu ketibaan Tuan Hj Kasbolah (Wak Bol)


sesi fotografi diteruskan dengan para peminat 😂😂😂

Cikgu Zainudin (Kiri berdiri), mengetuai konvoi SUV Honda CRV

Fahmi GS Jadian tak sabar nak golekkan tayar 
                             
                                         Clip video : Pergerakan mula mengiringi VIP ke tempat Majlis



                                       
Clip video : Pergerakan masuk VIP yang diraikan ke Dewan Olimpik





Barisan VIP

Barisan Guru dan Jurulatih 

Sijil Penghargaan

VIP
Dari Kiri: En Zulkifli wakil PPD Kota Tinggi, YDP PIBG Dato Seri Hj Ahmad Burak
Dua dan 3 dari Kiri, yang diraikan: Tuan Hj Kasbollah Ideris, Tuan Hj Jaafar Hassan,
Kanan sekali : Pengetua Cemerlang SSTMI : En Suhaimi Sun bin Abdullah

Penulis diberi penghormatan menyampaikan cenderahati
dari PIBG kepada Tn Hj Jaafar Hassan

Tn Hj Kasbollah menerima cenderahati daripada
 wakil Unit Bimbingan & Kaunseling : Cik Nor Aiezan

Pengacara Majlis Persaraan : Gandingan Tuan Hj Mohd Faris Jasma & Hafizah Atan

kenangan port membawang geng prau  di bilik guru 😜
bergambar kenangan sehari sebelum majlis persaraa

Simbolik hari terakhir perkhidmatan
                              Tarikh mula berkhidmat sebagai guru : 1985
                                 Sekolah Pertama : SM Tenom Sabah
                                 Berkhidmat di SSBP/SSTMI : 1999-2018
                                 Jawatan terakhir : Penolong Kanan Ko-Kurikulum
                           
Tuan Hj Kasbollah genap 60 tahun
                                 Tarikh mula berkhidmat sebagai guru : 1980
                                 Berkhidmat di SSBP/SSTMI :                1999-2018
                                 Jawatan terakhir : Guru Prauniversiti SSTMI (2012-2018)
                                                             : Ketua Jurulatih Sepak Takraw SSTMI (1998-2011)
                           

Tuan Hj Kasbollah menjadi iman solat Zuhur buat kali terakhir
 di surau bangunan pentadbiran SSTMI

Majlis Iftar terakhir Tuan Hj Jaafar di SSTMI

                                       KENANGAN BERSAMA TUAN HJ JAAFAR
Kenangan aku bersama Hj Jaafar - Lawatan Hari Teknologi di KUTHO
28.08.2004
Kenangan XPDC Royal Belum Perak 2013

Air Tangan Hj Jaafar 😋😋😋😋😋
Lawatan ke Kg Orang Asli -Royal Belum Perak


KENANGAN BERSAMA TUAN HJ KASBOLAH 
Bengkel Menanda Prauniversiti di SSBJ 2017

Program Pengantarabangsaan 2015 : Batam Indonesia

Jamuan Makan Prauniversiti

Perkhemahan Prau 2018: Belukar Durian Wetland

XPDC Prauniversiti ke Pulau Tioman : 2016


Selamat besara dan berehat kepada Tuan Haji Jaafar dan Tuan Haji Kasbollah. Terima kasih di atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu  sepanjang bersama. Semoga diberikan kesihatan dan sentiasa dalam Rahmat Allah SWT. 

                                                 YangTua dihormati yang muda di Sayangi


















































































AA