Sunday, 31 December 2017

AKU DAN YAMAHA FAZER 8 : RIDE TO DURIAN BURUNG KEDAH WITH ZX7R




MISI RIDE KE KOMPLEKS IMIGRESEN DURIAN BURUNG KEDAH 2017

TARIKH: 24-26 DISEMBER 2017


YAMAHA FAZER 800 ~ 2011

23 DISEMBER 2017  (JUMAAT)

9.00 malam :
Selesai menunaikan solat isyak, aku beransur ke Tanjung Langsat bagi menjayakan misi untuk menemankan Sudin menyelesaikan isu berkenaan sekatan membawa masuk motorsikal ke Thailand. Ini adalah rentetan daripada peristiwa beliau terlupa untuk menurunkan tandatangan di dalam buku loq di imigresen Thai di Bukit Kayu Hitam semasa ride ke Krabi 2 tahun yang lepas. Sebenarnya Sudin pun tak tahu kena turunkan tandatangan pada buku loq tersebut kerana dokumen pengisyhtiaran membawa kenderaan telah pun dikembalikan kepada pihak Imigresen Thailand.

Nasib tak menyebelahi aku malam tu, semasa melalui jambatan di Lebuhraya E22, hujan turun selebat-lebatnya hingga ke Tanjung Langsat. Rupanya Sudin ada bagi mesej suruh  gerak lewat sikit tapi aku tak alert. Hasilnya basah kuyup sekuyupnya. Sampai bengkel aku terus tukar pakaian. 11.00 pm aku Yol, Aman dan Sudin pergi ke Kota Masai, lepak di restoren mamak sambil menunggu pakaian dikeringkan di dobi layan diri. Selesai urusan di Dobi, Kami pulang semula ke bengkel Sudin, hujan semakin lebat, kami setuju untuk lewatkan perjalanan. Aku cuba tidur tapi mata tak mau lelap manakala Sudin pula masuk ke rumahnya bersebelahan bengkel.💤💤💤💤😜

3.30 pagi :
Aku call Sudin, hujan dah reda, aku ajak ride, aku tak boleh tidur nie....😁😁😁😁


24 DISEMBER 2017 (SABTU)

4.00 pagi :
Aku dan Sudin bertolak dari Tanjung Langsat. Kami berehat di Restoren Raudah Air Hitam hingga masuk waktu Subuh. Selesai enunaikan solat subuh di ruang solat restoren tu.

6.00 pagi :
Perjalanan diteruskan, keadaan trafik lancar dan tidak sibuk.
7.00 pagi : Air Keroh Melaka - Isi Minyak
7.30 pagi : Seremban
9.00 pagi : kami mengambil keputusan untuk berehat di RnR dengkil. (30 minit)

Ketika berehat di situ sambil makan dan minum aku ternampak sekumpulan penunggang motorsikal berkuasa tinggi dari singapore, apa yang memeranjatkan aku riders tu semuanya daripada kalangan warga emas berumur dalam lingkungan 55 dan ke atas. Motosikal depa tak usah cerita lah Suzuki Hayabusa 1300, Kawasaki ZZR1400, BMW GS1200, Yamaha FJR1300 dan lain-lain. Beruntung lah mereka diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menunggang dalam usia emas.

Selepas berehat, aku dan Sudin meneruskan perjalanan seperti biasa, sehinggalah tiba-tiba trafik sesak menghala ke Rawang. Kenderaan sudah berderet di atas lebuhraya, maklumlah esok (Ahad) cuti Krismas (Cuti panjang : Sabtu-Isnin).

10.30 pagi:
Kami ambil keputusan turun jalan lama dan keluar semula di Plaza Tol Rawang.
Kami mengisi minyak dah berehat. di Rawang

11.00 pagi:
Perjalanan diteruskan, trafik mulai sesak dan pelahan, kami banyak mengunakan lorong sebelah kiri sahaja. Kelajuan juga dikurangkan.

12.30 tgh:
Aku bagi isyarat kat Sudin untuk exit susur persimpangan Sungkai, perut dah mengelegak nak makan 😁😁

Lalu Jalan Lama ~ Sungai Buluh >>> Rawang


Nasi Bamboo Sungai Klah-Sungkai Perak

Masjid Ubudiah - Kuala Kangsar

Kami meneruskan perjalanan dan keadaan Trafik semakin lancar setelah melewati Ipoh Perak hinggalah ke susur keluar Kuala Kangsar lebih kurang pukul 2.00 petang.

Bukit Chandan Kuala Kangsar
Bandar Di Raja Kuala Kangsar
Masih dalam kawasan Kuala Kangsar

Aku mengambil kesempatan mengajak Sudin melawat sekitar Bandar Di Raja: Kuala Kangsar.
Aku membawa Sudin melintasi kawsan Lembah Sungai Kuala Kangsar, Medan Makan, Kedai Kraftangan, Bukit Chandan dan Masjid Ubudiah. 2.30 petang kami meneruskan perjalanan ke Gerik Perak dan selamat sampai di Taman Desa Baiduri jam 3.40 petang

Jelapang Padi dan Gunung-memang senonim


25 DISEMBER 2017  (AHAD)

8.30 Pagi :
Aku dan Sudin meneruskan Misi ke Durian Burung melalui Pengkalan Hulu. Tiba di Pengkalan Hulu Aku dan Sudin berhenti sarapan di warung berdekatan dengan pondok Polis jalan ke Kompleks Imigresen. Sedap roti canai kat warung nie. Selepas sarapan kami meneruskan perjalanan menuju ke Baling. Dari Baling kami melalui Weng, Tanjung Pari, daerah Sik hinggalah destinasi yang di tuju yang jaraknya hampir 100km.  Sepanjang melalui daerah Sik iaitu kawasan Hutan Simpan Kekal kami dihidangkan dengan jalan yang lebar, tidak sibuk dan kaya dengan selekoh yang panjang. Kami sempat mengambil gambar untuk kenangan kerana pemandangan yang sangat cantik seperti Empangan Muda dan Tasik Pedu. Aku ajak Sudin turun ke Jeti Dam Muda sebab aku pernah pergi, selain ada tempat pendaratan hasil ikan air tawar dan perkhidmatan bot memancing, ada juga warung mengadap tasik. Apa lagi ngeteh lee...Aku pekena Mee Kuah, boleh tahan gak sedapnya.. diperah dengan limau. Pehhh 😋😋😋👍👍👍👍. Banyak kami berhenti untuk bergambar, kami tak kejar masa. Ride santai janji sampai.

Pengkalan Hulu-Perak
Berlatar belakang Gunung Baling-Kedah

View yang menarik- Empangan Muda


Air sungai yang jernih

Daerah Sik


Tasik yang terhasil daripada pembinaan Empangan
Bersama Kuda Besi

Baling-Durian Burung (100KM)

Jalan Lebar, tenang dari kesesakkan



12.00 tgh :
Kami Tiba di Kompleks Imigresen Durian Burung, selepas minum Sudin melintasi sempadan Malasyia menuju ke Imigresen Thailand untuk mendapatkan maklumat sekatan terhadapnya seperti yang dicadangkan oleh pegawai Imigresen Malaysia. Hampir setengah jam aku tunggu, akhirnya Sudin masuk semula ke Malasyia dengan khabar gembira. Sekatan hanya dikenakan kepada motorsikal  yang pernah dibawanya ke Krabi 2 tahun yang lepas. Maknanya Sudin boleh masuk menunggang motorsikal lain. Ok Misi selesai. Alhamdulillah.

sekitar kompleks Imigresen Malaysia
Kompleks Imigresen  ni tenang dan tidak sibuk









Gunung Inas Baling Kedah
Awal tahun 2000 kawasan rehat ni popular, sekarang  sepi
Kampung Mertuaku-Plang
Perjalanan pulang, tak ada banyak yang boleh dikongsikan, sebab melalui jalan yang sama, Kami mengisi minyak kalau tak silap di stesen minyak BHP  Kampung Sungai Kap Nami. Sepanjang perjalanan pulang kami tidak banyak singgah di mana-mana sehinggalah kami tiba di kawasan Rehat Puncak Gunung Inas Baling (ambil gambar sahaja). Kami berhenti rehat di medan selera Pengkalan Hulu, Sudin nak makan, lapar katanya. Kebetulan pula, rezeki kami jumpa Ijat Keroh kat situ, melepak sakan le kami. Kami bersembang, bertukar fikiran dan berkongsi ilmu, maklumlah pomen Selatan dan Utara bertemu 😀😀💪💪💪 Ini kali ke tiga Aku dan Sudin bertts dengan Ijat Keroh.

5.30 petang kami mohon mengundur diri untuk pulang ke Gerik, sempat aku berhenti sekejap di simpang masuk ke Kampung Air Musang. Apa lagi bergambaran le. Kampung Air Musang terletak di kawasan Plang merupakan rumah pusaka peninggalan ibu dan bapa mertuaku. Sayangnya rumah tu tidak berpenghuni, sekali sekala abang ipar aku balik bersihkan..😞😞 Banyak memori aku di situ 💗.


26 DISEMBER 2017 (ISNIN)

3.30 pagi:
Kami bertolak pulang ke Johor, perjalanan lancar dan tenang. Namun apakan daya kuda besi Sudin meragam 3 km selepas Hentian Simpang Pulai.



9.00 pagi:
Syukur Alhamdulillah Biras ku Abang Haris datang membantu, kami bawa pulang semula kuda besi Sudin ke Gerik untuk diperbaiki menaiki Toyota Hilux. Jenguh juga nak menaikan kuda besi sudin atas Hilux.
Sudin bawa Kuda aku ke Gerik, aku naik Toyota abang Haris. Tengahari sampai le aku kat Desa Baiduri. Sudin selaku pomen terus saja di bedah kudanya.


Mujur kerosakannya tidak parah. Kami tangguhkan perjalan pulang pada kesesokan hari selepas Subuh. Terima kasih abang Halim, Abang Atan dan Amirul yang sudi membantu meminjamkan peralatan kepada Sudin.




27 DISEMBER 2018 (SELASA)

Tiada apa yang menarik hendak diceritakan sepanjang perjalanan pulang. Tetap aku buat laporan dan analisis rigkas pergerakan dan kadar penggunan minyak oleh Fazer 8 sepanjang perjalanan pulang.

6.15 pagi :
Bertolak pulang, isi petrol Shell Ron 97 di Gerik (RM31.00)

8.00 pagi :
Rehat di Hentian Sebelah Simpang Pulai : Sarapan

9/00 pagi
Rehat (20 minit) isi petrol Petron Ron 97 di RnR Ulu Bernam (RM 24.00)

9.50 pagi
Rehat (10 minit) Minum di RnR Dengkil

1040-11.30 pagi:
Rehat (40 minit) Makan Tengahari di Alor Gajah Melaka


12.00 tgh :
RnR Pagoh
Isi Petrol Petronas Ron 95 (RM 30.00)


1.30-2.00 ptg:
RnR Layang (Rehat 30 minit)

2.30 ptg :
Sampai di rumah ~ Desaru Utama
Minyak masih berbaki 2 bar.

Kelajuan Purata : 120-140 km/j
















































































ffffff

YAMAHA FAZER 8 RIDE TO PANTAI KLEBANG MELAKA



Logo Kelab Terbaru : Hasil tangan Nano

RIDE TO PANTAI KLEBANG MELAKA

2 DISEMBER 2017

Ride santai ini merupakan ride pertama aku bersama kuda baru- Yamaha Fazer8, Kuda aku ZX7R aku dah jual kat Sudin, tak daya nak layan kuda tunduk tu, laju pon terukk sangat,,,haaa...haa...biar la Sudin yang jaga, dia tahu nak ubat dan jaga si mata bulat tu.

Pukul 8.00 pagi aku dah sampai Hentian sebelah Kulai, Oden dah ada, yang lain belum nampak batang hidung, selepas 5 minit Deen R1 pun sampai.

Aku,  Oden dan Deen ambil keputusan untuk bergerak dulu ke Raudah sambil menunggu depa boleh lee sarapan. Sepuluh minit aku duduk kat restoren tu Temek CBR250 dan Nano pun sampai.


Azmi@Temek Parit King
Nano Suzuki rider
Lebih Kurang 10.30 pagi Sudin dan Yol pun sampai, setengah minit selepas tu kami pun bertolak menuju ke Klebang. Tapi sebelum tu semua dah pakat nak isi minyak kat Pagoh. Amin dari KL dia akan tunggu kami di Ayer Keroh bersama ZX9R nya


RXZ Yol meragam-JEM rod 😢😢
Honda Cbr 900 Fireblade
Exit je Plaza tol Ayer Keroh, Motor Yol Jem, tak boleh buat apa dah...kena overhaul. So lepas setengah jam godeh moto Yol kat Plaza Tol Ayer Keroh kami bersetuju tolak dan cari bengkel terdekat. Malangnya kedai pulak tiada spare part. Temek cuba mohon bantuan membernya di Melaka, tapi dukacita kerana jek rod tak dee. bengkel banyak tutup. So kami lepak di sebuah warung tepi jalan berdekatan dengan Masjid, dekat dengan Taman Ayer Keroh Height, tempat aku dulu menyewa ketika menjalani latihan pratikal selama 10 minggu. Masjid tu la tempat aku berjemaah dan solat jumaat. Dah lebih 17 tahun  aku tak mai , Masjid tu dah besar, ada dewan orang ramai kat sebelah masjid dan banyak warung kat bawah pokok nuu...Sedap gak pekena goreng pisang dan cendol kat situ.
Ayer Keroh Height
Kami tak de jalan lain, kami tinggalkan motor Yol kat warung tu, Yol bonceng dengan Amin kami teruskan misi ke Klebang.
Panas tak ingat....😓





Honda CBR 250 inline 4- rare model bro!!!!
Memasuki bandaraya Melaka pada waktu tengahari bukanlah idea yang baik, ditambah dengan kesesakan trafik, pemanduan menjadi ekstrem, tempture engine pon mencanak-canak. Tapi apa boleh buat tiada pilihan lain, tak kan nak patah balik,,haaaa......😆😆😆😆😆😆😜💪💪💪

Tunggangan yang mencabar tadi berbaloi apabila di balas dengan coconut Shake dan Char kwea teaw. Terbaekkkk...
Sekitar pemandangan di Pantai Klebang Melaka


Barisan jentera SOBC yang Hadir : Dari kiri, Yamaha R1, Suzuki RG500, Honda CBR 250, Yamaha Fazer8,           Kawasaki ZX9R, Kawasaki ZX7R, Honda Fireblade 900, Yamaha RXZ (Tiada dalam gambar)

Pandangan dari meja warung

Ok bersiap untuk bertolak pulang
 Perjalanan pulang lebih mencabar kerana bekerjasama menunda motor Yol guna kaki. Alhamdulillah ride berjalan lancar semua rider selamat pulang ke rumah masing-masing.