|
Logo Kelab Terbaru : Hasil tangan Nano |
RIDE TO PANTAI KLEBANG MELAKA
2 DISEMBER 2017
Ride santai ini merupakan ride pertama aku bersama kuda baru- Yamaha Fazer8, Kuda aku ZX7R aku dah jual kat Sudin, tak daya nak layan kuda tunduk tu, laju pon terukk sangat,,,haaa...haa...biar la Sudin yang jaga, dia tahu nak ubat dan jaga si mata bulat tu.
Pukul 8.00 pagi aku dah sampai Hentian sebelah Kulai, Oden dah ada, yang lain belum nampak batang hidung, selepas 5 minit Deen R1 pun sampai.
Aku, Oden dan Deen ambil keputusan untuk bergerak dulu ke Raudah sambil menunggu depa boleh lee sarapan. Sepuluh minit aku duduk kat restoren tu Temek CBR250 dan Nano pun sampai.
|
Azmi@Temek Parit King |
|
Nano Suzuki rider |
Lebih Kurang 10.30 pagi Sudin dan Yol pun sampai, setengah minit selepas tu kami pun bertolak menuju ke Klebang. Tapi sebelum tu semua dah pakat nak isi minyak kat Pagoh. Amin dari KL dia akan tunggu kami di Ayer Keroh bersama ZX9R nya
|
RXZ Yol meragam-JEM rod 😢😢 |
|
Honda Cbr 900 Fireblade |
Exit je Plaza tol Ayer Keroh, Motor Yol Jem, tak boleh buat apa dah...kena overhaul. So lepas setengah jam godeh moto Yol kat Plaza Tol Ayer Keroh kami bersetuju tolak dan cari bengkel terdekat. Malangnya kedai pulak tiada spare part. Temek cuba mohon bantuan membernya di Melaka, tapi dukacita kerana jek rod tak dee. bengkel banyak tutup. So kami lepak di sebuah warung tepi jalan berdekatan dengan Masjid, dekat dengan Taman Ayer Keroh Height, tempat aku dulu menyewa ketika menjalani latihan pratikal selama 10 minggu. Masjid tu la tempat aku berjemaah dan solat jumaat. Dah lebih 17 tahun aku tak mai , Masjid tu dah besar, ada dewan orang ramai kat sebelah masjid dan banyak warung kat bawah pokok nuu...Sedap gak pekena goreng pisang dan cendol kat situ.
|
Ayer Keroh Height |
Kami tak de jalan lain, kami tinggalkan motor Yol kat warung tu, Yol bonceng dengan Amin kami teruskan misi ke Klebang.
|
Panas tak ingat....😓 |
|
Honda CBR 250 inline 4- rare model bro!!!! |
Memasuki bandaraya Melaka pada waktu tengahari bukanlah idea yang baik, ditambah dengan kesesakan trafik, pemanduan menjadi ekstrem, tempture engine pon mencanak-canak. Tapi apa boleh buat tiada pilihan lain, tak kan nak patah balik,,haaaa......😆😆😆😆😆😆😜💪💪💪
Tunggangan yang mencabar tadi berbaloi apabila di balas dengan coconut Shake dan Char kwea teaw. Terbaekkkk...
|
Sekitar pemandangan di Pantai Klebang Melaka |
|
Barisan jentera SOBC yang Hadir : Dari kiri, Yamaha R1, Suzuki RG500, Honda CBR 250, Yamaha Fazer8, Kawasaki ZX9R, Kawasaki ZX7R, Honda Fireblade 900, Yamaha RXZ (Tiada dalam gambar) |
|
|
|
Pandangan dari meja warung |
|
Ok bersiap untuk bertolak pulang |
Perjalanan pulang lebih mencabar kerana bekerjasama menunda motor Yol guna kaki. Alhamdulillah ride berjalan lancar semua rider selamat pulang ke rumah masing-masing.
No comments:
Post a Comment