Sunday, 31 December 2017

kawasaki ZX7R - Jelajah Semenanjung Malaysia-Betong Thailand 2017






Ride Jelajah Semenanjung Malayisa-Betong Thailand 5 Hari 4 Malam


26 Ogos 2017~Sabtu

6.00 pagi :

Selesai solat subuh, aku minum Min Cafe yang disediakan isteriku, aku hidupkan enjin jentera ZX7R si mata bulat. Adiknya ZX2R parking di sebelah masih lena diselubungi selimut. Aku mulakan perjalanan dengan doa semoga konvoi sentiasa di dalam lindunganNya. Aku melalui jalanraya-Sungai Rengit Kota Tinggi dan mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk sampai ke RV:Stesen Minyak BHP jalan Kota Tinggi-Mersing. Aku orang pertama sampai, diikuti oleh Abg Rosli (ZX2R) dari Gelang Patah dan kemudiannya Amir (ZX2R), Sudin (ZX2R), Thamin (ZX2R), Fauzi (RXZ) dan Aman (ZX150R). Alhamdulillah pukul 7.10 pagi semua rider dah sampai. Terbaik !!!! 
Amin belum sampai lagi, dia berhajat nak escort sampai Terengganu sahaja, cuti tak banyak katanya. 

BHP Kota Tinggi-Mersing



7.30 pagi, Amin tak muncul lagi, maka terpaksalah kami meneruskan perjalanan, selepas ini kami akan bersarapan di kedai Lempeng Sungai Ara. Di situ check point seterusnya. Belum sampai simpang Mawai brek motor Thamin pula meragam, 


Alhamdulillah ketangkasan Sudin masalah dapat diselesaikan. Aku tunggu Rin (ZX2R) di depan Balai Polis Mawai untuk bagi baju dan sticker. 

Kemudian Rin dan aku menuju ke Sungai Ara. Tapi apa kan daya, tiada rezeki kami di situ, warungnya tutup. Kami meneruskan perjalanan ke Mersing dan Rin ke Kota Tinggi untuk bekerja. Kami berhenti sekejap di simpang tiga jalan Mersing dan Kluang untuk menunggu ahli-ahli lain yang belum sampai. Ketika itulah juga Amin (ZX2R) sampai. Jalan Kota Tinggi-Mersing rider-rider dihidangkan dengan jalan yang kaya dengan selekoh. Boleh la kalau nak asah lutut tu. Tapi beringat la, malang tidak berbau. So, jalan selamat jangan terlalu ghairah. 

Selepas mengisi minyak di stesen minyak Petron Mersing, kami berhenti rehat dan sarapan di sebuah kedai makan. Sambil makan Fauzi betulkan brek belakang motor Thamin, Sedang asyik besembang tetiba kami dikejutkan dengan kehadiran Salleh. Nampak gaya nak join ride, sehingga malam semalam dia tak ada beritahu nak ikut. Aku dah faham dengan Salleh nie, So ikut hang lah Salleh, asal hang bahagia. Kami meneruskan perjalanan, jumlah kami sudah menjadi 9, Salleh (ZX2R) Ikut serta sehingga Gerik Perak sahaja. Semasa dalam kawasan Endau, Kami diduga sekali lagi, konvoi tertunda selama sejam kerana motor Salleh tayar pancit, kebetulan juga masa tu hujan turun. Pun begitu ada hikmahnya, masa tersebut dimanfaatkan oleh Amir, Thamin dan Aman untuk melelapkan mata. Aku, Rosli dan Amin masih steady. 

Sarapan di Mersing
💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤😊



Masjid Pekan Pahang



Perjalanan diteruskan, dari Mersing melalui Endau- Rompin  dan kemudian mengisi minyak di Pekan Pahang, sebelum berhenti rehat dan solat di masjid Pekan. Kami meneruskan perjalanan, setibanya di pinggir Kuantan kami menuju ke arah Kuala Terengganu, Tapi ketika itu keadaan trafik sangat sesak. Amin yang mengepalai konvoi menggunakan jalan alternatif dan kami memasuki lebuhraya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sebelum turun semula ke Cherating dan menuju ke Kemaman melalui jalan lama. Konvoi berhenti rehat di Medan Selera Pantai Kemasik Kemaman Terengganu. 



Kemaman Terengganu
Kami meneruskan perjalan dan memasuki semula LPT. Setibanya di Plaza Tol Kertih kami menghentikan konvoi, satu rider sudah hilang. Thamin sudah salah laluan. Setengah jam juga kami tunggu Thamin sebelum meneruskan perjalanan.



menunggu Thamin 😅
Memasuki kawasan lebuhraya memang seronok, jalan luas, tiada kesesakan  dan kelajuan boleh dipertingkatkan. Sedikit yang perlu ditambah baik- kawasan RNR LPT masih kurang stesen minyak. Kami terpaksa turun di Bukit Besi semata-mata untuk mengisi bahan api sebelum naik semula ke LPT dan meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Kuala Terengganu. 
 
Air Tendang Pulakk...😅
Ketika di Bukit Besi keadaan pun sudah gelap, kami beberapa kali disirami air hujan sepanjang perjalanan. 


Plaza Tol Kuala Terengganu-Penghujung Lebuhraya LPT
Kami berkumpul selepas keluar dari Plaza Tol dan meneruskan Perjalan ke Homestay di Kampung Raja, Besut. Dugaan kami berat juga malam tu, sepanjang perjalanan dari Kuala Teregganu ke Jertih yang mngambil masa hampir dua jam. Kami diiringi dengan hujan lebat di dalam kepekatan malam. Pun begitu aku bersyukur semuanya selamat sampai di Azfaha Homestay tepat jam 9.45 malam. 

Tuan punya homestay nie namanya en Suhaimi rumahnya di belakang homestay kami. Sempat juga kami berborak dalam 20 minit, selepas tu masing-masing mandi dan solat. Fauzi dan Aman keluar ke depan Homestay untuk bungkus makanan. Lepas makan, kami terus bersembang sebelum masuk tidur. Homestay nie bagus sebab ada pagar, tidak le rasa bimbang sangat  kuda di culik.
Ini lah perancangan di atas kertas di bengkel Sudin selepas ride ke Morib tidak kesampaian pada penghujung bulan April 2017. 
Alhamdulillah dapat direalisasikan.


Nie pula baju dan yang direka khas kurang dari 2 minggu, terima kasih Mohd Anizam Daud, roomate aku masa di UTM Skudai dulu. Harga cantik, design menarik kualiti terbaik. Kedai printing beliau terletak berhampiran dengan Stesen Bas Air Hitam.

27 0g0s 2017~Ahad

Pukul 6.30 pagi :
Aku dah bangun, mandi dan bersiap, cuaca pagi tu di Kuala Besut sungguh sejuk dan nyaman, maklumlah malam tadi hujan. 



Tepat jam 7.30 pagi konvoi bergerak meninggalkan homestay untuk meneruskan jelajah kami. Amin patah balik ke Johor kerana esok dia bertugas. Pagi itu Konvoi melalui kawasan kampung, sangat indah dan seronok. Kami melalui Jertih-Pasir Putih-Machang-Jeli dan terus ke Gerik. Kami berhenti di kawasan Machang untuk bersarapan pagi di restoren Ustaz.



Setengah jam kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Stesen Petronas Jeli untuk mengisi bahan Api. Mulanya nak singgah sebentar, namun disebabkan kecederaan yang menimpa motosikal Yol (Bearing belakang rosak) kami terpaksa menunggu di situ hampir satu jam untuk mencari alat ganti dan membaikinya. 




Alhamdulillah, bila semua dah okey kami meneruskan perjalanan. Perjalanan bertambah mencabar dan seronok, konvoi  melalui Jeli masuk ke Lebuhraya Timur-Barat yang menghidangkan selekoh besar dan pemandangan indah Hutan Simpan Kekal Belum. Konvoi berhenti di RNR Puncak Banjaran Titiwangsa untuk berehat dan mengambil gambar. SubahanAllah cantik sungguh pemandangan dari atas puncak Titiwangsa.
Kelantan

Puncak Banjaran Titiwangsa


Dari Kiri: Amir, Aku, Rosli,Yol,Salleh,Aman,Sudin, Thamin

Rider Z800 tu dari Kelantan nak pi Penang-Zul

Panaroma Indah ciptaan Ilahi...Subhanallah
Lebih kurang jam 12.00 tgh konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Taman Desa Baiduri, Gerik Perak. Sebelum check in sempat juga kami ngeteh dan makan di Restoren Rahim Maiden. Pukul 1.00 petang kami check in dan berehat. Aku dah deal dengan Ijat Keroh untuk guide kami masuk ke Betong Thailand petang nie dalam pukul 4.00 petang. Tanpa membuang masa aku mandi dan terus melelapkan mata begitu juga dengan yang lain.
3.30 petang aku gerakkan semua untuk bersiap kerana misi jelajah pada petang ini ke Betong Thailand. Abang Rosli dan Salleh tidak turut serta kerana tiada pasport. Jadi mereka berehat di rumah je. Aku, Sudin, Amir, Thamin, Yol dan Aman terus ke Pengkalan Hulu menuju ke rumah Ijat Keroh. Lebih kurang jam 4.00 petang kami masuk ke sempadan Thailand. Alhamdulillah urusan kami di Imigresen Thailand pun berjalan Lancar. Bila masuk Ke Thailand masa jadi lambat sejam.  Jam di tangan menunjukkan pukul 4.30 petang tapi sebenarnya baru pukul 3.30 petang di Thailand. 




Imigresen Malaysia
Bersama Ijat Keroh Bikers
Thailand Kingdom
Ijat-lead ride ke Betong
Piyament Tunnel Betong
Tempat pertama yang kami tuju ialah Piyamet Tunnel : Muzium Terowong Parti Komunis Malaya  yang menghubungkan pangkalan mereka ke Baling Kedah dan Pengkalan Hulu. Jarak Piyamet Tunnel daripada pekan Betong Lebih kurang 20km, melalui kawasan kampung, ladang getah dan dusun durian. Jalannya tidak sibuk, bersih tapi agak kecil. Kami dikenakan bayaran RM7.00 seorang untuk bayaran tiket masuk dewasa. Jangan terperanjat jika bangsa Cina yang berada di situ fasih berbahasa Melayu, kerana mereka lah dulu ahli PKM. Mereka telah bermasutatin di situ dengan persetujuan Raja Thailand ketika itu di atas balasan persetujuan ahli PKM meletakkan senjata. Apa yang menarik? anda boleh melalui terowong buatan manusia, melihat gambar, keratan akhbar dan peralatan yang digunakan oleh ahli PKM yang telah menjadi artifak sejarah. 

dalam terowong




muzium

Pintu Gerbang masuk ke Piyament Tunnel





Lebih kurang 40 minit di Tunnel kami bertolak ke Betong Hot Spring, kami tak mandi pun air panas, hanya lepak santai sambil berkenalan dengan lebih rapat dengan Ijat Keroh. Pada mulanya kami rancang nak makam malam kat Betong, tapi atas nasihat Ijat, kami makan di Keroh je. Lebih Jimat. Malam itu rezeki kami, Nasik Lemak berempah yang lazat. Lebih Kurang jam 9.00 malam kami bertolak pulang ke penginapan di Gerik Perak.
Sudin isi minyak - sistem botol
Betong Hot Spring

Sekitar Pekan Betong

Singgah Pekan sat beli Cenderahati  sebelum pulang
28 Ogos 2017-Isnin

6.00 pagi:
Aku dah bangkit, Salleh pun sama, Salleh bertolak pulang awal pagi  ke Johor. Setakat di Gerik sahaja jelajahnya. 7.00 pagi Salleh bertolak pulang turun di Kuala Kangsar terus masuk lebuhraya Utara Selatan.
8.30 pagi kami telah besiap sedia, Kami bersarapan di warung tepi sungai bersama abang Halim. Abang Halim akan mejadi jurupandu  kami sampai simpang ke Kuala Nerus. Kami melalui lebuhraya baru daripada Gerik ke Baling. Hajat nak bergambar berlatar belakang Gunung Kerunai dan Kenderong, tapi Kabus tebal pada pagi itu telah memadamkan hajat kami. Tak apa lah mungkin di lain kesempatan.
Lebuhraya Gerik-Sungai Petani
My Brother in Law- Aby Lim KATANA
Kabus tebal-Gunung Kenderong dan Kerunai menyembunyikan diri
Kupang-Kedah
Baling-Kedah
Kami mengisi minyak di stesen minyak kupang, dan kemudian meneruskan perjalanan. Kira-kira 20 minit kami sampai di simpang Kuala Nerus. Kami berheti rehat di sebuah warung untuk berehat manakala abang Halim pulang semula ke Gerik. Perjalanan diteruskan dengan melalui kawasan kampung yang mengembalikan semula memori zaman 80an semasa aku di sekolah rendah dahulu. Teringat  dulu semasa pulang ke kampung atuk di Parit Sulong, seronok meihat rimbunan pokok getah yang memayungi jalan, ini lah yang berlaku pada aku semasa ride sepanjang Kuala Nerus-Gurun.  Kira-kira jam 12.30 tengahari sampailah kami di Plaza Tol Plus Gurun. 

Baling-Kuala Nerus-Jeniang-Gurun
Gurun Kedah

Jeniang-Kedah
Kami meneruskan perjalanan dari Plaza Tol Gurun lebih kurang jam 1.00 petang, setelah semua rider telah sampai di checkpoint. Ketika kami bertolak memasuki lebuhraya, awan kelabu telah menyelubungi kawasan yang hendak di tuju. Ketika memasuki kawasan Bandaraya Alor Setar, jalan basah kerana hujan telah membasahi bumi Alor Setar sebelum kami tiba di sana. Di pertengahan jalan ke  penginapan seorang rider hilang dari radar. Kami semua berkumpul di bawah pohon yang rimbun sebelum amir dan Aman u-turn dan mengesan Yol. Kami dimaklumkan Tayar moto Yol Pancit dan perlu diperbaiki. Kami menunggu Yol di bawah pokok yang rimbun dan hujan mula turun renyai-renyai.
Selepas RXZ Yol pulih kami check in di Oriental Hotel, Kira hotel Budget tapi keselamatan terjamin kerana tempatnya berpagar. Petang hingga ke malam tu kami sekadar berlegar di kawasan berhampiran hotel, Hujan membataskan pergerakan. Kebetulan dataran dekat dengan tempat kami menginap. 


Alor Setar

Grand Jublie Hotel-Penginapan kami
hu hu dekat dengan menara Loq Staq

Malam-perjumpaan tak dirancang dengan brader Joe-ZX2R Utara (Pendang Kedah)
29 Ogos 2017~Selasa 
8.30 pagi :
kami bergerak menuju ke Jitra kedah untuk bergambar kenangan di kawasan Jelapang Padi. Kami bersarapan di sebuah restoren, menu Roti Bakar di situ menyelerakan. Selepas bersarapan kami menuju ke kawasan jelapang padi dan bergambaran. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Kawasan jitra nie aku pernah duduk dulu selama 2 minggu semasa menjalani latihan ROS di SMK Sultan Abdul Hamid. 2 minggu aku berkampung di rumah keluarga Marzuki (Sahabat semaktab) di Kampung Nyiur. Bila??. 16 tahun yang lalu.


😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋
Jelapang Padi-Jitra



ewahhh ko main lagi posing

hebat jurufoto tajam-tajam 😆😆

Selepas bergambar di kawasan padi kami bergerak menuju ke Bukit Kayu Hitam, Sempadan Malaysia-Thailand bagi melengkapkan misi kami jelajah sebelah Utara. Lebih Kurang Jam 2.00 petang kami bertolak kearah selatan meninggalkan kenangan indah di Utara. 
 
otw Bukit Kayu Hitam





Bukit Kayu Hitam-Kompleks Imigresen

3.00 petang kami berehat  dan menunaikan solat di Kawsasan Rehat Gurun.  Kami meneruskan perjalanan dan berhenti rehat di RnR Sungai Perak. Kami meneruskan perjalanan dah berhenti di RnR Tapah ketika tibanya waktu Maghrib. Kebetulan pula hujan turun dengan lebatnya. 9.00 Malam kami meneruskan perjalanan, dan akhirnya sampai ke tempat penginapan di Bangi Guest House jam 11.00 malam. Malam itu tiada aktiviti, selepas mandi semuanya terbongkang di atas katil. Oh yaa…Amin ada mai kat penginapan kami, tapi tak lama sebab dia bertolak semula ke Johor malam itu. 

Plaza Tol Kuala Kangsar

Bangi Guest House

30 Ogos 2017~Rabu

8.30 pagi: 
Pergerakan hari agak terlewat kerana hos air ZX7 aku buat hal, bocor…dah koyak, nasib baik ada kedai Hardware yang berdekatan. Masalah berjaya di selesaikan dan kami dapat meneruskan perjalanan. Kami berhenti lebih kurang sejam di Restoren Raudah untuk rehat dan makan.  Selepas berehat kami meneruskan perjalanan, setibanya area kulai-Senai, hujan turun selebat-lebatnya. Kami terpisah. Aku perasan Amir ada dibelakang aku sebab spotlight dia yang terang benderang tu, harapan nak berhenti di Plaza Tol Senai juga tidak kesampaian kerana lebatnya hujan, aku meneruskan perjalanan sehingga memasuki lebuhraya E22 Senai – Desaru baru la Matahari memancor mancor. Aku Berehat di Kawasan rehat Layang, sambal keringkan pakaian. Tidak lama kemudian, Yol, Aman pun sampai. 
 
RnR Pagoh


Raudah Air Hitam

Lima minit kemudian Sudin pun sampai. Kami berehat lebih kurang 40 minit sebelum bertolak pulang dan selamat ke destinasi masing-masing.
Alhamdulillah Program Jelajah Semenanjung Berjaya dilaksanakan. 
Terima kasih kepada yang terlibat dengan ride jelajah ini dan juga terima kasih kepada yang mendoakan keselamatan kami sepanjang program berjalan. 



No comments:

Post a Comment