Sunday, 21 June 2015

KAWASAKI ZXR250:Ride to Event Retromania SK 4.0 Dataran Nusajaya JB 2015






30 Mei 2015 (Sabtu)
     
Perancangan last minute....pukui canang pon lebih kurang seminggu je. Tapi Alhamdulillah dapat gak kumpul kan rider untuk konvoi ke event tu. Aku, Nas, Samsuddin, Azmi Redbull dan Bai. Sebenarnya kelab kami nie tak kisah apa jenis moto pun...tapi nampaknya rider zx2r je yang confirm setakat nie.

8.30pagi, Aku bertolak dari Desaru memecah kesunyian pagi membelah lebuhraya Senai Desaru. 25 minit kemudian sampailah aku kat RV yang dirancang....rnr Layang. Sementara menunggu depa, aku sarapan dulu menu pilihan..nasik lemak telur dan air teh o...sedapnyea...
Sori la geng tak tunggu kome...aku dah dapat agak mesti setengah jam kang hangpa baru sampai...silap-silap dah siap bersarapan. Aku call Bai...dia dah kat Tanjung Langsat, tengah sarap dgn Nas dan Azmi...tunggu Samsuddin bersiap...haaaa...ok le tu.
Sedang enak menjamu selera, Shafik Tg Langsat Call...dia kata nampak aku sarapan sorang2...dia otw  nak ke Sagil dengan parent nya..So dia pon temankan lah aku sarapan sampai la Nas, Sam, Bai dan Azmi sampai. Terima Kasih Shafiq....

Menunggu geng2 di rnr Layang Lebuhraya E22
Ketibaan abang2 Tjg Langsat dan Masai
Tetiba moto Azmi demam panas
ok..krew zx2r Johor berjaya ubatkan kuda Azmi
9.30 pagi sampai la depa.....tetiba Aku dapat panggilan dari Cip Halim...dia nak join gak..minta kami tunggu di Petronas Pekan Rabu JB. Cip bertolak dari Pekan Nenas....wahh bertambah penyertaan...tanpa membuang masa kami isi minyak dan meneruskan perjalanan...belum pun sampai Tol Senai tiba-tiba kuda Azmi high tempture....hurmm...mungkin masalah kat hose atau radiator kata bro Nas ...krew rescue zx2r bertindak dan membantu dgn jayanya.....perjalanan diteruskan...kami keluar tol senai lebuhraya senai ~Desaru dan turun ke Bandar Senai.  Dari bandar senai kami merentasi Skudai, tampoi dan akhirnya tiba di Petronas Pekan Rabu. Selepas susun motor dgn kemas dan teratur kami membasahkan tekak. Ramai riders retro singgah di sini sebelum menuju ke Nusajaya.  
Petronas Pekan Rabu JB
Abang-abang rider zx2r Johor...hii..hii.
Yeahh...Cip dah Mai ...
Lebih kurang 20 minit Cip pun sampai dengan Yamaha LCnya... Kawasaki Cip dalam proses baik pulih selepas terlibat dgn kemalangan 2 minggu yang lalu. Tapi dek kerana semangat rider kental, dengan Yamaha LC pon jadii....haaa...wa sloute sama lu bro...Semasa abg Halim OTW tadi Man dari Pekan Nenas call, mtk tggu nak join sekali, ok la...tapi tu lah...tunggu punya tunggu tak sampai lagi. Cip call Man...Man ckp tengah otw nak ajak seorang kawan kat pandan..last2 kawan Man yang menunggang Er6n sampai dulu...tapi dia tak muncul2 lagi..ngeee.....masing-masing dah tak keruan dibuatnya....hampir sejam lebih menunggu, akhirnya sampai jugak budak Man bertuah tu.....patut la lambat gi angkat cikaro dia dulu....adehh...Lepas Man isi minyak kami teruskan ride ke dataran Nusajaya....Cip mengetuai konvoi. Wahhh penuh jalan dengan mat mat motor...
Ketibaan ahli Kelab Zx2r Jb
Setiba di pintu masuk Dataran Nusajaya...kelihatan ramai petugas mengawal lalulintas....memandangkan model Kawasaki Zx2r nie pon dah nak masuk 20 tahun...so kami diberi penghargaan untuk masuk melalui pintu utama ke tapak event di tengah dataran....kalau motor moden parking kat luar le gamaknya...terima kasih Jawatankuasa penganjur yang prihatin dengan kuda kami nie.
Posing dengan kuda kuda zx2r
dari kiri kuda: Azmi, Man, Sudin, Bai, Aku dan Nas
Tu dia....baru 1/4 tuu..
Cip bersama jenntera Yamahanya
Kami tiba pun dah hampir pukul 12.30tgh...cuaca sangat terik....kelihatan motorsikal disusun mengikut model....kalau kami awal tadi mungkin ada petugas yg melayan dan cadangkan tapak untuk kami parking....nampaknya parking je laa  kat mana yg sesuai....haaa...Lepas tu....apa lagi masing-masing beli air untuk dijadikan bekalan sambil tawaf kawasan dataran...teruja woo nak tgk motorsikal legend dan retro....apa yanga ada di sana??? Biarlah gambar kat bawah nie yg menjawab soalan tu....
Honda Nsr 250~2 stroke
Single arm tu yang teman tak tahan....
Geram jee tengok kuda kuda 2 stroke nie
Yamaha Rx King....
Suzuki Katana 400 - 1100 inline 4
Suzuki Rgv250~2 stroke
Suzuki RGF 250~2 stroke
Suzuki Rgv 125~ Hadiah Lucky Draw
Sebelah Timur dataran Nusajaya
Honda Rider
Baju....sticker...
Alat ganti tulen terpakai
Macam - macam ada

Dua kali rasanya Aku pernah masuk ke Pusat Pentadbiran Nusajaya nie....iaitu semasa dilantik sbg JK Protokol utk tukar nama Jabatan yg lama kepada nama Tengku Mahkota Ismail. Ingat lagi pengalaman berurusan dengan setiausaha sulit TMJ....satu pengalaman berharga.

Hajat nak beli baju Event Retromania terbantut apabila penganjur memaklumkan dah sold out....waaaa....sedeynya. Tanpa diduga Salleh pon datang ke Event tu bersama Isteri dan babynya....perghh nie lagi kental....bahu masih berbalut lagi pon mai jugak.....jadi rider nie semangatnya... memang lain macam laa....
Bersama Nas dan Salleh 
Jam menunjukkan pukul 2.40petang....kami mengambil keputusan beredar dari tapak event dan menuju ke tempat makan. Cip lead di depan, Cip lebih arif kawasan nie...akhirnya kami rehat dan makan di medan selera berhampiran Mydin Nusajaya. Menu pilihan kawan hari nie..Nasi Ayam Penyet....

Parking kuda bawah pokok
Makan di Medan Selera Mydin Nusajaya
Jam menghampiri pukul 3.40ptg...kami bertolak pulang....singgah sebentar di rnr Layang untuk solat dan mengisi tangki petrol.....perjalanan diteruskan dan aku sampai di halaman rumah tepat jam 5.30petang. Alhamdulillah....Ride selamat dan berjaya mencapai objektifnya.

KAWASAKI ZXR250 RIDE TO AIR HITAM JOHOR: TTS D'TEPIAN RAUDAH



RIDE TO AIR HITAM-BATU PAHAT : TTS D’TEPIAN RAUDAH

14 JUN 2015 (AHAD)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Sebenarnya selepas ride ke event Retromania SK4.0 bertempat di Dataran Nusajaya pada 30 Mei 2015, aku, Nas dan Sudin bercadang untuk up event ride ke Mersing Johor, maklumlah jalan ke sana banyak selekoh, memang seronok la kalau nak asah lutut…heee....selama dua minggu event dicanangkan di dalam group zxrjb. Alhamdulillah dapatlah juga kumpulkan beberapa orang riders.

Bumi Tanjung Langsat basah ditimpa hujan

port di warung Nasi Beriyani menungggu hujan reda

Manusia hanya merancang, segalanya Allah yang menentukan. Program ke Mersing terpaksa dibatalkan setelah menunggu kelibat matahari yang tak kunjung tiba sehingga jam 11.00pagi. Walaupun berat hati untuk membatalkan rancangan ke Mersing namun keselamatan riders perlu diutamakan. Baik mengelak risiko dari menyerap risiko. Memandangkan ada kawan-kawan yang telah mengambil cuti dan berkobar-kobar untuk ride maka plan ride ke Mersing ditukar ke Air Hitam-Baru Pahat. Menurut Mat Nor (Abg Kawasan Simpang Rengam), area sana cuaca cerah dan redup. Cadangannya nak TTS kat stesen keretapi Kluang....agak2 jadi tak??

11.30pagi: Aku dari Desaru bertolak ke Kg Tanjung Langsat, sepanjang perjalanan aku disirami hujan, walaupun tidak begitu lebat namun basah kuyup jugak teman dibuatnya. Lebih kurang jam 12.00tgh sampai la teman ke Tg Langsat. Kesian teman melihatkan Sudin, Ejart, Bai , Ayie dan Shafiq... dah lama terperangkap kat situ. Hujan menyambung nyambung katanya. Dapat pulak info Adi dan membernya dari Batu Pahat dah OTW ke Mersing. Aduii…cam mana yea,,, kat sini cuaca  memang tak menyebelahi. Aku ambil keputusan teruskan ride ke Air Hitam-Batu Pahat, maaf Adi, aku tak nak tanggung risiko, mungkin beliau melalui jalan Kluang –Bandar Tenggara, so tak kena Hujan..kami pula terpaksa menempuhi laluan Kota Tinggi dan Mawai yang sejak pagi tadi disirami hujan yang lebat untuk ke Mersing.

12.30tgh: Kami berenam bergerak ke RNR Layang untuk mengisi petrol dan sekaligus bertemu dengan Sofri yang akan menunggu di sana untuk turut serta. Setelah mengisi petrol 6 buah jentera zx2r dan sebuah jentera ninja z250  meneruskan perjalanan melalui lebuhraya senai-Desaru dan kemudian menggunakan lebuhraya Utara Selatan dari Plaza Tol Senai Utara menuju ke destinasi yang dituju. Cuaca amat baik dan aktiviti ride berjalan lancar. Mungkin ada hikmahnya kami tidak ke Mersing, Allah swt Maha Mengetahui.
Isi perut kuda dengan Ron95


1.15ptg: Kami dah sampai Plaza Tol Air Hitam-Batu Pahat, Mat Nor tak dapat jemput kami kerana motornya yang sedang diservis belum siap, tugas diserahkan kepada Nazri Sulam. Lebih setengah jam menunggu, Nazri tak kelihatan, aku faham sebab tadi dia beritahu nak uruskan anak di sekolah dahulu.  Jam sudah menghampiri pukul 2.00ptg, lewat sangat nie....memandangkan tekak dah kering dan perut pun dah berkeroncong,,,maka kami mengambil keputusan berehat di D'Tepian Raudah yang terletak kira-kira 2 km sebelah kiri selepas Plaza Tol Air Hitam-Batu Pahat. Nampaknya program TTS ke Kluang Railway station pergi ke laut...haaa...kami dah memesan makanan dan minuman. Bagus gak restoren nie..ada kemudahan tempat solat...walaupun kecil tapi cukup memadai....tahiah!!! kepada tokey restoren tersebut.  

Plaza Tol Air Hitam~ Batu Pahat

Menunggu abg kawasan kluang

Restoren tempat kami ber TTS
                                     
10 minit selepas kami memesan minuman dan makanan, sampailah Nazri Sulam, tidak lama kemudian Mat Nor pun sampai. Selepas Mat Nor sampai, Nazri Yunus pun sampai, beliau tak dapat bersama ride dengan kami kerana terpaksa pergi menyiapkan passport pagi tadi.  Namun beliau tetap hadir bersama kami,,,cayalah bro…..Majlis tts diserikan lagi dengan kehadiran Hasnul dari Simpang Rengam. Sedang seronok bersembang tiba-tiba Adi Tora yang telah ke Mersing tadi sampai juga ke tts di D’Tepian Raudah.  Sesi bersembang semakin rancak dan masa mencemburui kami. 6.00petang selepas sesi bergambar kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Terima Kasih kepada Nazri Sulam (Kluang), Mat Nor (Simpang Rengam), Hasnul (Machap) dan Adi Tora (Batu Pahat) yang melayan kami sebagai tamu.

                                   
Lokasi TTS kami

Dari kiri: penulis, Ejart, Samsudin,Ayie, Bai dan Sofri
Shafiq berbaju biru

Lapar bebenor Nas...maklumlah dia dr pagi tak makan lagi

Nazri Sulam @Bun...rider zx2r dr Kluang

Ok jgk tts kat sini....parking senang, kedai pun luas....corner lot 

Ejart Repsol meneruskan perjalanan ke utara, beliau pulang ke kampung halamannya di Cheras, Kuala Lumpur.  Bai turun di susur Tmn Perling, Sofri susur Ulu Tiram,
Anol otai zx2rjohor...abg kwsn Machap...skrg Xj6 daa...

                                 
refuel minyak di Petronas rnr Machap

Belek kuda ...hee


       
Manakala aku, Nas, Samsuddin, Ayie dan Shafiq meneruskan perjalanan sebelum berhenti rehat dan menunaikan solat Maghrib di rnr Layang pada jam 7.00petang. 25 minit kemudian kami meneruskan perjalanan, mereka semua keluar di susur tol Cahaya Baru meneruskan perjalanan ke Kg Tanjung Langsat, aku je sorang-sorang ride hingga keluar plaza tol Bandar Penawar.   Tepat jam 8.20malam aku selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah... semua riders selamat sampai pergi dan pulang ke destinasi.



Saturday, 20 June 2015

KAWASAKI ZXR250: Konvoi Majlis Perkhawinan Ijat Stoner di Labis Segamat Johor


RIDE TO KG TENANG LABIS JOHOR : WALIMATUL URUS IJAT STONER 

22 FEBRUARI 2015



Enjin Inline 4.....memang mantap di lebuhraya
 
5.30pagi
Awal aku dah bangun, setelah menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, aku bersiap dengan kelengkapan untuk ride menghadiri majlis Walimatul Urus Ijat Stoner bersama ahli kelab ZXRJB. Sementara memanaskan kuda besiku, Aku  membasahkan tekak dengan secawan teh dan sarapan yang disediakan oleh isteri tercinta. Tepat 7.30pagi, aku memulas telinga kudaku menuju ke RV 1.  Alhamdulillah cuaca sangat baik, seakan mengerti dan memberi sokongan kepada aktiviti kami hari ini.

Tepat jam 8.00pagi sampai la aku ke RV1 (Kawasan Rehat Layang Lebuhraya E22 Senai-Desaru). Hurmmm...... nampaknya aku je yang dah sampai, abang kawasan Tanjung Langsat dan Masai tak sampai lagi. Sementara menunggu depa aku isi minyak dulu, beli mineral water dan makanan ringan. Tunggu punya tunggu.., akhirnya jam 8.45pagi, sampailah bro Nas&Isteri, Kid&Isteri dan Samsuddin ke RV1. Setelah depa mengisi petrol ke kuda masing-masing kami bergerak menuju ke RV2 (Hentian sebelah Kulaijaya menghala utara, Lebuhraya Utara-Selatan.

RV 2: Hentian sebelah Kulaijaya

18 buah jentera dari RV2



9.30pagi: Aku dan rombongan dari RV1 sampailah ke RV2. Kelihatan Cip (Abang Halim) sedang menunggu ketibaan kami. Selain itu, kelihatan abg Rosli,  Rin&Isteri , Ash-d, Epul, Hami, Fami dan lain-lain pun sudah ada di RV2.  Jam 10.00pagi:  konvoi dari RV2 bertolak menuju ke RV3 (Plaza tol Air Hitam-Batu Pahat). Sebanyak 18 buah motorsikal (23 orang) bertolak dari RV2 menuju ke RV3.
                                       
Kami sarapan kat sini....memang terangkat sehhh.....

Lebih kurang jam 10.30pagi konvoi sampai ke RV3, di sini kami disambut oleh Hasnul, Adi, Mat Nor, Hirman dan lain-lain dan dibawa ke restoren Kari Kambing 40 hari jalan Kluang untuk bersarapan…..Wahhh dasyat gak kedai nie, tempat persinggahan bikerz  dan orang ramai. Dari tepi lebuhraya boleh nampak dengan jelas restoren nie. Menu popular di sini ialah roti canai, nasi Beriyani dan kari kambingnya…..kalau nak mai hujung minggu datang  awai sikit, sesak wooo…



Plaza Tol Air Hitam-Batu Pahat

Sarapan di Restoren Kari Kambing 40 hari

Nas...Sudin dan Ash-D

Semeja dengan Abg Rosli dan geng Fami

11.40pagi: Konvoi bertolak ke Labis Segamat, dari RV3 dianggarkan jumlah motorsikal lebih kurang 23-26 buah. Haaa….kat sini aku lupa nak kira, kira besar la jugak konvoi kali nie.  Kami melalui Yong Peng dan terus menghala ke Labis, Segamat.  Perjalanan amat menyeronokkan, melalui jalan lama merentasi kawasan kampung dan pekan-pekan kecil. Konvoi berhenti di Shell Ca’ah untuk mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan.  Peristiwa ini mengingatkan aku memori berkonvoi masa zaman student di UTM Skudai dulu....masa tu layan Yamaha RXZ....zaman 2 stroke.....Akhirnya lebih kurang jam 1.00 petang sampailah kami di Pusat Rekreasi Pekan Air Panas, Labis Johor. 

Pekan Labis


depa dah standby minyak spare satu tangki
Refuel minyak di Stesen Minyak Shell Caah

Rin dan Isterinya

Amboi....macho macho belaka....haaaa
masa nie Ron 97 tengah murah....tapi sebulan jee...heeee

Di sini konvoi berehat  menunggu ketibaan pengantin untuk di arak menaiki motorsikal.  1.40 petang konvoi berbaris dan bergerak mengiringi pengantin ke rumah pengantin lelaki. Wahh seronok betul la Ijat dan Nabillah…….pasti mereka tidak akan lupakan memori indah  ini. Lebih kurang 10 minit sampailah konvoi ke rumah pengantin, maka gegak gempita lah kawasan rumah penantin dengan bunyian jentera konvoi hari itu.

Hami, Ash-d, Fami, Rizal dan Kid
Berehat di bawah pokok di Pusat Reakrasi Pekan Air Panas

skaud!!!Buat dua Barisan!!!!

Displin

satu hati

seronok ko main yea ko Ijat....

Selamat pengantin baru my friend..

cip mengetuai konvoi....

Semoga Berbahagia hingga ke Jannah....Aminn

Setelah motorsikal disusun dengan rapi konvoi mengambil kesempatan  bergambarin dengan pengantin sebelum menjamu selera di rumah pengantin. Setelah mengisi perut, ahli konvoi berehat di bawah pokok sambil menunggu ketibaan Bro Art. Sebelum ketiban Bro Art, hadirin dikejutkan lagi dengan kehadiran konvoi motorsikal dari kelab Kawasaki Bersatu Johor (lebih kurang 15 buah motorsikal). Bertambah meriahlah majlis ijat hari itu.


dah sampai rumah pengantin






Riders bergambar bersama Raja Sehari

ready untuk makan...nyum...nyum...
Kid dan isteri....nasib baik bawak kipas...memang panas cuaca hari tu

ijat sempat lagi meminta petua dari otai otai...haaaaa..haa

Ladies bikerz

Ketibaan Professor Art

Setelah bersalaman dengan tuan rumah dan pengantin, konvoi bergerak ke Pusat Reakrasi Pekan Air Panas Labis untuk bersolat dan berehat. Lama jugak kami berehat, hinggakan ada ahli yang bergerak pulang awal atas urusan tertentu.

kawasan reakrasi Pekan Air Panas
Bertolak dari rumah pengantin
Kawasan parking yang luas dan kemudahan surau

Cip memang pantang jumpa air...haaa (air panas tu)

Kasut kuda Sudin tersusuk paku daa...


Sesi gambar terakhir sebelum berangkat meninggalkan Labis
Jam 4.30 petang:  konvoi bergerak meninggalkan kawasan reakrasi Pekan Air Panas. Perjalanan pulang sangat mencabar, aliran trafik sesak teruk memandangkan ramai yang pulang dari bercuti sambutan tahun baru Cina.  Nasib badan lah…..nak tak nak kena tempuh juga, motor pula tak boleh high speed, lenguh la jugak  al maklumlah posisi zx2r yang agak membongkok.

Setiba di susur Kulaijaya Cip dan lain-lain berhenti di tepi jalan menuju susur masuk ke Kulaijaya…aku pulak dah terlajak 30 meter di depan…nak pusing pun susah…semua lorong dipenuhi kenderaan…motor pulak berat tak ingat.  aku turun dari kuda pergi ke arah depa…rupanya cip nak ajak rehat dan minum-minum..,,aku tengok jam pun dah 6.30petang…so aku terpaksa menolak pelawaan cip dan rakan-rakan dan meneruskan perjalanan pulang sendirian.…aku target sempat menunaikan solat Maghrib kat rumah. Lebih kurang 7.45 petang sampailah aku di rumah.

Syukur Alhamdulillah…