Saturday 28 December 2019



KEMBARA SOBC V2 : JELAJAH PANTAI BARAT

BAHAGIAN 3 : 15-16 OGOS 2019

GERIK-LENGGONG ROUTE A76 - TASIK RABAN-KUALA KANGSAR-CAMERON HIGHLAND-JOHOR




GERIK-LENGGONG-KUALA KANGSAR

Hari ke-3 Kami mengambil sarapan dahulu, sebelum meneruskan konvoi. 9.00am kami bertolak meneruskan perjalanan.





ROUTE A76 LENGGONG




Sayang Sekali Pit Stop A76 tutup daaa,,,,


TASIK RABAN








KATI 



Konvoi berteduh dari hujan dalam setengah jam di sebuah surau di Kati



KUALA KANGSAR NBANDAR DIRAJA








Kami makan tengah hari di Medan Selera Kuala Kangsar dekat dengan sungai dan Arena Square KK



CAMERON HIGHLANDS

Kami tiba di tempat penginapan Darul Makmur Chalet di Tanah rata hampir masuk waktu Asar,
selepas mandi dan berehat kami turun ke bawah mencari kudapan petang. Memandangkan ini kali ke 3 konvoi SOBC ke Cameron Highlands tak banyak gambar yang di ambil semasa naik ke Tanah Rata 


Perut dah lapar nasib baik depan homstay ada warung Burger

Deriannn


Malam kami pergi ke Pasar Malam beli ole-ole untuk dibawa pulang, selepas tu makan durian pulak..hahaha...
sejuk arrr malam hari di Cameron Highlands




Lepas belasah Durian, gi  ngeteh pulak,,, balik terus tido.




16 OGOS 2019

Hari ini perjalanan pulang selepas solat Jumaat, Musafir pun tetap kena tunaikan, lebih -lebih lagi di Malaysia melambak Masjid di mana-mana. Oleh itu pagi ini ramai yang mengambi peluang meronda-ronda dan membeli belah lagi. Aktiviti Bebas. Bilik extend sampai jam 3.00 petang. 

kebun Teh


Aku pergi kat Kedai anak saudara bekerja di bawah Chalet nu,,,Abang Strawberry

nampaknya yang belum pernah ambil yang berhenti bergambar di sini

perjalanan pulang, Refresh di Sungkai



RNR SUNGAI BULOH SELANGOR

Selepas Sungkai, perhentian seterusnya di Sungai Buluh, Selain Refresh, solat dan fixkan kabel minyak motor Hirman Rosli dan Akmal telah membuat temujanji untuk urusan jual beli helmet di sini


Akmal pun mai sini





Urusan jual beli helmet (Rosli-Akmal)



Kami meneruskan perjalanan dan kemudian keluar di Plaza Tol Simpang Ampat Alor Gajah untuk makan malam, walaupun dah puku 10.30 malam. Selepas makan yang lain terus sambung perjalanan pulang, Aku Rosli dan Tajam-Tajam tidur di Alor Gajah malam ini. Aku dapat berita lori tereller bawak minyak tumpah di lebuhraya E22, laluan aku nak balik tu. So aku call orang rumah esok baru balik lebih selamat.


17OGOS 2019

Esoknya pagi-pagi lepas subuh aku dah gerak pulang ke Johor Tajam-tajam dan Rosli gerak lewat, Aku singgah Kari Kambing 40 hari, masa tu baru pukul 7.45pagi. makan dan siap bungkus lagi. Puas hati orang belum ramai kedai baru memulakan operasi. 9.30pagi aku selamat sampai di rumah.
Alhamdulillah.

sekian utk ride kali ini. 😎














1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete