Friday, 27 December 2019

KEMBARA SOBC V2 : JELAJAH PANTAI BARAT

BAHAGIAN 2 : 14 OGOS 2019

TAIPING-BATU KURAU-LENGGONG-GERIK-BANJARAN -PULAU BANDING



8.00pagi : Kami berkemas dan bersiap-siap untuk check out dan meneruskan konvoi. Route ke Gunung Jerai dibatalkan. Route di tukar  ke Timur Perak.







gambar di depan Chalet Kamal Loadge Tasik Taiping

meninggalkan Tasik Taiping yang indah dan damai

apa-apa pun sarapan dulu, route hari ni tak jauh



TAIPING-BATU KURAU-LENGGONG


Perhentian pertama
Air Terjun Tebing Tinggi



Kawasan Hutan Simpan 








Perhentian Ke-2 D'IMPIANA RIVERVIEW KG SUMPITAN LENGGONG



kami masuk mandi sahaja, dikenakan bayaran RM10.00 Seorang












Sayangnya kunjungan tak kena masa yang tepat, musim kemarau air sungai cetek pun begitu kami enjoy segarkan diri dengan air yang jernih dan sejuk. Selepas mandi, dapat minum air kelapa muda free syaratnya ambil dan kopek sendiri
😆😆😆😘

Selepas puas mandi manda dan minum air kelapa , konvoi meneruskan perjalanan ke Gerik, kami makan tengah hari di sana dan berehat sebentar di rumah agamku. Malam ini tidur di sini. Selepas
Asar kami bergerak menuju ke Puncak Banjaran Titiwanga Lebuhraya Timur Barat. Sebelum naik Puncak kami singgah di Pulau Banding





ini aje gambar yang dapat dikumpul semasa di Pulau Banding

Puncak Banjaran Titiwangsa

Tak banyak gambar, mungkin ramai dah biasa sampai sini


So aku payung video pendek je laa..


perjalanan pulang sungguh mencabar, kami bertolak dari puncak jam 6.00 petang, tiba-tiba  awan mendung, menjadikan kawasan Royal Belum gelap dan hujan turun membasahi bumi. Kami meneruskan perjalanan dengan berhati-hati kerana tiada tempat berteduh di sekeliling kami kerana lebuhraya Timur-Barat adalah kawasan Hutan Simpan. Alhamdulillah semua selamat sampai ke penginapan. Malam itu, selepas makan malam ada yang ke dobi  basuh dan keringkan baju dan kemudian tidur.








1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete