RIDE PENHUJUNG TAHUN 2019 KE AONANG KRABI THAILAND
SIPNOPSIS RIDE
RIDERS
AKU YAMAHA FAZER800
MANSOR YAMAHA FAZER1000
HIRMAN HONDA CBR 600 f2
TAJAM-TAJAM KAWASAKI ZX7R L
3rd Dec 2019
12.00am Aku dan Tajam-tajam bertolak dari RNR Layang Lebuhraya Senai-Desaru E22
10.00am Aku dan Tajam-tajam sampai di Gerik, Chek in kat rumah agam aku di sana
RnR Layang |
Sungkai Perak |
4th Dec 2019
830am Hirman dan Mansor bertolak dari Hentian Sebelah Yong Peng
4.30pm mereka sampai ke rumah ku.
8.00pm makan kat Star Park Atan Batu 2 Gerik
spoket depan aku pulak buat hal, Alhamdulillah Tajam-tajam kasi settle 😁
5th Dec 2019
7.30am Bertolak dari Gerik melalui jalan Gerik -Baling
dan masuk Lebuhraya melalui Plaza Tol Kulim.
10.00am Refresh dan sarapan ringan di BHP RNR Gurun
11.30am Hirman dan Tajam-tajam tukar duit Thai dan kami beli sim kad Thailand (RM15.00 utk 9 hari unlimited) - beli kat Bukit Kayu Hitam atas sikit dari Changlon
12.30pm Cross Boader di Kompleks Imigresen Wang Kelian Perlis
Kabus masih kelihatan |
2.00pm Singgah Route CJS 406 Satun- Beli baju dan sticker, lagipun aku tempah penginapan di Bara Resort melalui Cikgu Joe
2.30pm Lunch di NAVA Seafood tepi pantai.....tahun lepas berdua kena Bath 800.00
kali nie berempat kena Bath 1100.00, aku dah pandai sikit adjust menu kali nie berbanding tahun lepas.
3.30pm Check in di Bara Resort Bath 700 x 2 chalet
Malam kami pergi ke karnival Local Food di depan Resort (view point Pak Bara)
Pak Bara View Point |
pemandangan waktu matahari terbenam di Pak Bara |
Minggu nie ada Festival Local Food di Pantai Pak Bara, tak dapat la peluang Hirman dan Mansor bergambar bersama motorsikalnya di view point.
6th Dec
Sarapan dulu di warung Melayu di Pak Bara dekat dengan masjid, ini kali ke dua aku
dan Tajam-Tajam sarapan di situ.
aku suka roti canai dan teh tariknya, mengimbau kenangan ngeteh bersama atuk aku dulu-dulu |
9.00am Bertolak
12.30pm Refresh di PAKMENG Beach
4.30pm Sampai di Aonang Eco Inn, Check in
Hotel tempat kami menginap |
Masjid erhampiran tempat penginapan kami |
banyak kedai makan Halal di area penginapan kami |
banyak kedai makan Muslim di situ. Lepas makan ronda-ronda dan shopping buah tangan
untuk dibawa pulang.
7th Dec
7.00am Bertolak
Bergambar di Aonang Viewpoint-ikan layar
9.00am Bergambar di monumen ketam dan sarapan
kali kedua sampai di sini |
9.30am teruskan perjalanan
4.00pm selamat cross boader Malaysia melalui wang Kelian
8.30pm kami check in di Rumah Kayu Homestay Bedong, Sungai Petani Kedah
Gunung Jerai nuuu |
dari kamar, terbentang luas jelapang padi |
Rumah kayu ini berasal dari Changloon dipasang semula di sini aku suka sangat dengan rumah kayu nie, mengimbau kenangan |
8th DEC 2019
11.30am kami check out, lewat dari planning asal kerna nak tunggu bengkel tayar buka, Tayar Tajam-tajam dah nazak tu.
Artic Sungai Petani |
Kami menyambung perjalanan dan turun Taiping untuk makan tengahari dan Solat. Terkandas di situ hampir satu jam lebih kerana hujan lebat. Selepas Asar kami meneruskan perjalanan ke selatan. Kali ini kami ditimpa hujan bermula selepas melepasi terowong Monora. Hujan semakin lebat setibanya di kawasn Jelapang Ipoh, akau dan Mansor berteduh sebentar, selepas hujan reda kami meneruskan perjalanan. Di jelapang semasa berteduh aku hampir tergelincir semasa melangkah melepasi divider besi untuk berteduh, akibatnya aku terseliuh dan jari sebelah kiri kaki ku yang hujung sekali retak. Tuhan je yang tahu macam mana aku menanggung kesakitan pada masa itu menunggang dari situ hingga ke Tapah.
Lepas isi minyak di Tapah aku menuju ke arah kawan-kawan ku yang telah lama sampai. aku buka kasut sapu ubat dan telan Pain Killer. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Tanjung Malim (Homestay Kembara). Kebetulan anak saudara ada tinggal berdekatan aku pinjam kereta untuk basuh baju di Dobi dan pergi makan di kawasan sekitar. Thank You Along dan Suami..semoga Allah membalas jasamu.
9th DEC
8.30am kami check out
selepas sarapan kami meneruskan perjalanan
Perhentian kami di RnR Dengkil, Warung Pisang Goreng Tepi Masjid Simpang Ampat Melaka, RnR Pagoh dan RnR Layang E22
Alhamdulillah 4.30 petang selamat sampai di rumah.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete